Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal 2012

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Syawal bulan meraikan kejayaan setelah berpuasa selama 30 hari di bulan Ramadhan. Nikmat merayakan Aidilfitri akan lebih dirasai apabila kita bersungguh-sungguh melaksanakan berbagai amalan di bulan Ramadhan. Syawal juga bulan ibadah tetapi malangnya selalu diraikan dengan hiburan yang tiada batasnya samada di TV, Radio, Pawagan dan Pasaraya seluruh negara.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan sebanyak 30 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 18 Ogos 2012 ini bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini. Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Sabtu itu menerusi radio dan televisyen.

Untuk mengetahui sejarah menetapan melihat anak bulan di Malaysia sila baca entri “Tarikh Melihat Anak Bulan Puasa, Syawal dan Sejarahnya“.

Paling menarik apabila dapat bertemu dengan ramai Rakan Blogger baru dan lama di tiga majlis Iftar Ramadhan bersama Denaihati. Alhamdulillah Ramadhan tahun ini memang ada banyak bezanya dengan Ramadhan yang lepas-lepas dan semuga apa juga amalan biar sekecil mana sekali pun mendapat redha Allah swt. Mendengar bacaan doa qunut Witir Ramadhan terakhir terasa sayu dan sebak di hati mungkinkah lagi bersua Ramadhan akan datang atau ini adalah witir Ramadhan terakhir dibaca.

Ramai Rakan Blogger yang akan pulang ke kampung menziarahi ayah dan ibu. Seandainya ada anak-anak yang tidak mahu pulang ke kampung kerana merajuk kepada orang tua ingatlah ayah dan ibu adalah jambatan ke Syurga seandainya kita meneruskan rajuk kita maka pasti Neraka lah tempat kita.

Kepada yang nak pulang ke kampung mesti baca entri “Tips Mengelakkan Kemalangan Jalanraya“, usaha mesti ada selebihnya tawakal. Jangan jadikan kita dan keluarga mangsa pusara di lebuhraya. Mungkin entri “Info Trafik Terkini” boleh dijadikan panduan sebelum atau ketika pulang ke kampung. Rancanglah perjalan pasti kita tidak akan terperangkap dalam kesesakan jalanraya yang boleh mengubah emosi hati dan menghancurkan amalan sepanjang Ramadhan. Akibat nila setitik rosak pahala sebulan.

Dalam bergembira kita hendak menyambut Aidilfitri setelah bermujahadah selama sebulan berpuasa jangan kita lupa kepada yang susah. Airmata aku tidak dapat ditahan mengenangkan sahabat Blogger yang ini yang sedang diuji Allah dengan ujian MAHA BESAR. Kali terakhir bersama beliau di majlis Iftar Ramadhan bersama Denaihati di Shah Alam dan entri ini adalah entri terakhir sebelum beliau menyepi.

Sejak penyakit no satu pembunuh manusia menyerang beliau kami sering berkongsi pendapat secara rahsia dan berikut adalah tweet terakhir beliau kepada aku sebelum menyepi tak menjawab tweet aku.

Aku Naik Saksi Bahawa Tiada TUHAN Melainkan ALLAH & Nabi Muhammad Itu Pesuruh ALLAH. Hidup Mati Ku Hanyalah kejalan ALLAH SWT, ALLAH HU AKHBAR. Thanks for Everything Bro … Insyallah Raya Nanti kita jumpa“.

Aku sentiasa mendoakan beliau dan keluarga diberi kekuatan dan ikhlas menerima ujian besar dari ALLAH SWT. Ingat ALLAH SWT tidak pernah kejam kepada hambanya kerana setiap kejadian pasti ada HIKMAHnya. Jangan putus asa terus berserah kepada ALLAH SWT kami sentiasa berada bersama ANDA TEMAN KU.

Insyallah Bro bukan setakat raya ini malah raya-raya akan datang kita pasti berjumpa lagi … kuatkan semangat mu teruskan berjuang jangan putus asa demi ALLAH SWT dan keluarga.

 


Spread the love

123 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!