Assalamualaikum dan salam 1Dunia, alhamdulillah tahun 2012 sempat juga beberapa kali berbuka puasa bersama Rakan Blogger. Semuanya program bidan terjun tetapi alhamdulillah menjadi. Program pertama Iftar Ramadhan di Hotel Cititel asalnya program Sweetkurma bersama Rakan Media tapi Denaihati menyelit bersama berbelas Rakan Blogger yang lain juga tetamu dari Pekanbaru, Indoensia. Boleh baca coverage di beberapa blog yg join antaranya Ariffshah dan Anarm.
Program Iftar Ramadhan kedua lebih santai di Shah Alam bersama keluarga isteri dan keluarga Rakan Blogger. Walaupun tak seramai kali pertama tapi ramai juga Blogger yang pertama kali bersua muka antaranya akuzie ayu. Jejai pun datang bawa famili dan selepas program ini beliau terus menyepi menguruskan hal peribadi … doakan beliau kuat dan tabah.
Pada minggu lepas team Denaihati ada menjemput beberapa orang blogger untuk turut serta dalam Majlis Iftar Ramadhan di Rumah Warisan Kaseh Darul Maghfiroh, Banting, Selangor. Terima kasih kepada blogger yang sudi meluangkan masa datang memeriahkan majlis berbuka puasa bersama warga emas, anak yatim dan pelajar tahfiz. Majlis hari tu merupakan program anjuran Kumpulan Al Ansar, eQurban dan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM).
Blogger dan pihak media berkumpul di masjid negeri Shah Alam pada pukul 3 petang, kemudian bertolak ke Rumah Warisan Kaseh dengan menaiki bas yang disediakan. Ada juga yang naik kenderaan sendiri follow dari belakang bas seperti yang disuruh untuk mengelakkan sesat dalam perjalanan ke sana. Perjalanan dari masjid negeri Shah Alam ke Warisan Kaseh, Banting makan masa lebih kurang 1 jam.
Selepas mendaftar dan diberi cenderamata yang diisi di dalam goodie bag, blogger dan pihak media berkumpul di teratak Warisan Kaseh bertemu dengan tuan rumah Hj. Masrukhin Marzoki, pemilik Warisan Kaseh Darul Maghfiroh.
Rumah Warga Emas Darul Maghfiroh juga dikenali sebagai Warisan Kaseh (rumah rehat dan pusat tarbiah warga emas). Menurut Hj. Masrukhin, di Rumah Warisan Kaseh tak wujud tanggapan atau andaian sesetengah pihak bahawa rumah orang tua hanya menempatkan golongan warga emas yang dipinggirkan, disingkirkan atau ‘dibuang’ oleh anak-anak atau ahli keluarga yang lain.
Warisan Kaseh melakar kelainan daripada kebiasaan rumah-rumah orang tua di negara ni apabila ada dikalangan penghuninya yang datang ke situ secara sukarela untuk bersama-sama rakan seusia menghabiskan usia yang masih berbaki dalam suasana yang lebih kondusif dan selesa.
Sementara menunggu waktu untuk berbuka puasa, pada petang tu blogger dan pihak media mengisi masa dengan aktiviti melawat sekitar Rumah Warisan Kaseh bagi melihat sendiri keadaan tempat tinggal dan segala fasiliti kelengkapan yang disediakan untuk keselesaan penghuni di situ.
Majlis Berbuka Puasa (Iftar)
Majlis berbuka puasa beramai-ramai melibatkan blogger, pihak media, warga emas, anak yatim dan pelajar tahfiz. Makanan yang disediakan oleh pihak catering semuanya sedap-sedap. Nasi, lauk ayam, lauk daging, satay, kambing panggang dan macam-macam lagi disediakan khas untuk santapan berbuka puasa mereka yang hadir pada hari tu.
Solat Maghrib diadakan secara berjemaah di surau yang terdapat di situ. Lepas solat Maghrib sambung makan sambil menikmati alunan nyanyian nasyid dan perkongsian kata-kata nasihat daripada artis jemputan, Mu’adz Dzulkefly.
Majlis diakhiri dengan pemberian hadiah penghargaan dan saguhati kepada warga emas, anak-anak yatim dan pelajar tahfiz. Blogger dan media juga diberi hadiah dan duit raya. Sebelum pulang diadakan sesi bergambar beramai-ramai bersama blogger dan media.
Lot 3886, Kampung Sungai Kelambu Timur,
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-3187 5304 / 013-388 8234
Email: atus@streamyx.com / salmas1963@gmail.com
84 Comments
Tahniah saya ucapkan kepada Tuan Denaihati dan rakan blogger lain yang telah menjayakan Iftar Ramadhan yang melibatkan anak Yatim dan warga emas..
Semoga program seumpama ini boleh diteruskan lagi pada tahun hadapan..
Curahan rasa Anuar @ ..Tempahan Pak Ya Homestay sempena musim Perayaan
Semua yang terbabit patut diiftiraf dan disokong supaya majlis ini mendapat keberkatan drps Allah Taala.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Wordless Wednesday # 2 Pelik tapi benar, Semuanya Merah.
Pasti anak2 yatim gembira, bila mana semua rakan2, para media dan pihak terbabit bersama berganding bahu, saling berkerjasama.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Wordless Wednesday # 2 Pelik tapi benar, Semuanya Merah.
Bila berbuka bersama, pasti lebih meriah, beramal, berkorban masa dan tenaga, sama2 berganding bahu menjayakan majlis yg penuh bererti dan bersejarah ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Wordless Wednesday # 2 Pelik tapi benar, Semuanya Merah.
Dengan adanya majlis ifftar ini, dapat mengeratkan salatulrahim sesama rakan blogger serta penghuni rumah warisan kaseh.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Wordless Wednesday # 2 Pelik tapi benar, Semuanya Merah.
Satu amalan yg mulia, patut disertai oleh wargakota berdekatan. Alahamdulillah..selamat diadakan dgn jayanya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Wordless Wednesday # 2 Pelik tapi benar, Semuanya Merah.
Tahniah dan bersyukur segalanya berjalan dengan lancar buat warga DH dan seluruh peserta, media, bloggers terlibat. Didoakan segalanya telah berjalan dengan lancar dan memperoleh manfaat di dunia dan akhirat kelak – insyaAllah.
Curahan rasa irsah @ ..Strategi PLUS 2012 – Jadual Perjalanan Balik Kampung Raya
wah menarik tu..
Curahan rasa zool @ ..Bekas jaguh badminton, Datuk Punch Gunalan meninggal dunia
Syukur alhamdulillah, semua bisa berjalan lancar…
Curahan rasa Dadan @ ..Hasil PLPG 2012 Cilacap dan Banyumas Tahap I-VI
senangnya bisa berbuka bersama-sama para blogger dan media, sehingga tali silaturahmi akan semakin erat
Curahan rasa Dadan @ ..Hasil PLPG 2012 Cilacap dan Banyumas Tahap I-VI
Iya yah Kang…. Sayang sekali tempat kita sangat jauh sehingga tidak bisa ikutan join.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Julia Child | Chef Masakan Prancis di Logo Google Hari Ini
Kemeriahan acaranya tergambar melalui tayangan foto diatas.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Julia Child | Chef Masakan Prancis di Logo Google Hari Ini
alhamdulillah, semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang…walaupunt tak dapat bersama tapi tempias kemeriahan dapat ku rasakan melalui review dari rakan2 blogger yang hadir
Curahan rasa sweetkurma @ ..setitis cahaya di aidilfitri
satu aktiviti yang bermanfaat. semoga beroleh kebaikan dunia dan akhirat.. lepas ni majlis raya pulak yea? hehehehe
Curahan rasa KiD @ ..Sampul Raya vs Duit Raya vs Kuih Raya
impak sebuah networking blogger yg sebegini yg kita nak. tahniah buat DH dan rakan-rakan yg menjayakan event ni. smoga barakah Ramadhan akan dibawa ke bulan2 seterusnya utk diberi lebih kejayaan di masa akan dtg, insyaAllah
Curahan rasa Ekspresi Ruang @ ..Teater Rumah RM6.25 Juta Bertemakan Filem Dark Knight Rekaan Elite HTS
Meriah nampaknya semua majlis iftar yang telah dianjurkan, semoga semuanya diberkati dan mendatangkan manfaat.
Curahan rasa Eizil @ ..Disebalik keriangan, terselit duka lama yang tak mungkin hilang
bilalah boleh join team ni 🙂
Curahan rasa auc dot com @ ..Syiling Paling Mahal di Dunia
Senangnya bisa berbuka puasa bersama serta bersilaturahmi
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..CPNS UNDIP Semarang 2012
Apalagi bersama serta bersilaturahmi dengan sahabat-sahabat blogger
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Pengumuman Hasil Seleksi CPNS Kemenkes 2012
Apalagi salam kegiatan iftar tersebut bersama dengan anak-anak yatim dan pelajar tahfidz
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Pengumuman Hasil Seleksi CPNS Kemenkes 2012
Tentunya kegiatan berbuka bersamanya akan semakin berkah aamiiin
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Pengumuman Hasil Seleksi CPNS Kemenkes 2012
Banyak berkah karena mengikutsertakan anak-anak yatim karena mereka tidak setiap saat bisa menikmati hidangan seperti yang digambarkan sahabat DH di atas
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Pengumuman Hasil Seleksi CPNS Kemenkes 2012
Kapan yah? kita bisa ikutan acara seperti ini Mas.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Julia Child | Chef Masakan Prancis di Logo Google Hari Ini
Comments are closed.