Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, majlis atau event yang dianjurkan oleh Denaihati Network kerap diadakan di Hotel Singgahsana PJ. Event Sepetang Bersama Blogger 2013 baru-baru ni pun Hotel Singgahsana PJ dipilih sebagai lokasi majlis atas beberapa sebab.
Hotel Singgahsana Petaling Jaya terletak di tengah-tengah Petaling Jaya dalam kawasan perniagaan dan komersial menjadikan Hotel Singgahsana PJ mudah bagi orang ramai untuk sampai ke tempat urusan kerja dan ke tempat yang menjadi tarikan bandar.
Lokasinya 15 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur. Hotel Singgahsana PJ ini mempunyai akses yang mudah kepada kemudahan awam dan kemudahan perbandaran seperti Stesen LRT Taman Jaya, perkhidmatan bas RapidKL Bersepadu dan pusat membeli-belah yang popular Amcorp Mall yang kesemuanya terletak dalam jarak 5 minit berjalan kaki.
Di Hotel Singgahsana PJ, rekabentuk kontemporari dan hiasan lembut dengan pencahayaan lembut memberikan suasana sekitar yang menarik dan menenangkan di dalam 50 bilik di hotel ini termasuk bilik deluxe dan keluarga.
Kalau nak ngeteh di sini dihidangkan Teh Tarik antara yang terbaik di Kuala Lumpur. Kalau buntu mencari tempat untuk makan tengahari dan makan malam datang sahaja ke Hotel Singgahsana yang menyediakan makanana citarasa Melayu yang enak dan murah. Kepada yang suka cendol memang tak akan kecewa sebab biasanya ada dalam buffet makan tengahari.
Kalau nak buat majlis kenduri kahwin, seminar, latihan, majlis berbuka puasa, reunion dan gathering seperti #SBB2013 memang sesuai sebab ada berbagai saiz dewan yang boleh ditempah mengikut jumlah tetamu. Paling bagus bagus Hotel Singgahsana menyediakan ruang parkir yang luas dan murah.
Hotel Singgahsana memang istimewa kerana pada tahun 2012 Denaihati telah menganjurkan Seminar WordPress di sini memang terbaik ditambah dengan fasiliti WiFi yang sediakan. Denaihati Network juga telah menganjurkan Sepetang Bersama Blogger di sini dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2012 dan 2013.
Untuk tempahan dan pertanyaan boleh hubungi talian 03-7956 2100 atau email kepada [email protected] atau layari laman web www.hspj.com.my untuk maklumat lanjut.
Dapatkan bantuan peribadi oleh wakil jualan untuk tempahan bilik dan majlis di Hotel Singgahsana:
- Abd Manaff: 013-339 7311
- Norliza: 017-397 3829
- Julyn: 016-643 0474
- Nani: 013-377 2633
- Najah: 012-667 7276
HOTEL SINGGAHSANA PETALING JAYA
Persiaran Barat, Off Jalan Sultan,
P.O Box 512,
46760 Petaling Jaya, Selangor
Malaysia
72 Comments
Pendek cerita, mmg puas hati lepak satu malam di singgahsana selepas #sbb2013 harintu
Curahan rasa hafizmd @ ..Jadual Siaran Langsung Liga Super Februari 2013 Astro Arena 801
Hotel Singgahsana telah mengukir kenangan abadi dalam hidup saya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..George Ferris – Penemu Komedi Putar di Logo Google Hari Ini
Terima kasih banyak untuk Tuan Haji Amir Hassan
Curahan rasa Bang Iwan @ ..George Ferris – Penemu Komedi Putar di Logo Google Hari Ini
Moga suatu saat bisa kembali lagi…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..George Ferris – Penemu Komedi Putar di Logo Google Hari Ini
boleh sembang dengan anak cucu bila sudah besar suatu hari nanti bang
Assalammualaikum wbt.
Hotel singgahsana pj, nitahu sebab buat Noss tahun 2008. Semenjak tu, memang dah jejak kaki berapa kali dah. Lokasi pun senang kalau naik putra, jalan kaki tak jauh.
Pada harga yang ditawarkan, memang best makanan yang disediakan. Kalau kena pergi sana, buffet makanan tengahari dia best. Ada cendol ada abc. Untuk makanan melayu, memang best la, dari kueh, ada goreng pisang, keledek goreng, ulam ulaman pun ada. Whoaho!
Kalau bulan puasa, kadang ada rabbani sekali di situ buat buka puasa sama. The best bang for your buck untuk kategori hotel ni. : )
Memang setuju sangat. Kalau nak rasa teh herba pun boleh memang lain daripada yg lain rasanya.
Curahan rasa denaihati @ ..Shila Amzah dibadai Ombak Rindu
Makanan yg dihidang semasa #sbb2013 mmg sedap. Sarapan pagi jugak amat menarik dan cukup byk pilihan…puas hati
Curahan rasa hafizmd @ ..Perlu ke Sapu Dahi Selepas Salam?
bagus ni senang kalau dah tau tempatnya dimana
Curahan rasa hairulafiz @ ..IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013
Memang sodaplah hari tuh mium teh tarik dia..
aku juga penggemar teh tarik. so kira bg 7/10..
Curahan rasa nurmisnan @ ..#SBB2013 – Silaturahim Ilmu Kejayaan
alangkah beruntung begitu sampai di Malaysia langsung dapat menginap di hotel ini masakannya samalah dengan masakan Indonesia cita rasanya namun rasanya best teh tarik dan nasi lemaknya amboi meski ingat sekejap saja sudah terliur
Ooh,,, jadi hotel itu letaknya di Negri Jiran,tepatnya Di Petaling Jaya, Ane pernal ke Petaling tapi cuma ngeliat doang ,
megah bener Gan.trims masukanya dan salam kenal.
Curahan rasa Jasa Limbah Sidoarjo @ ..SEDOT WC SIDOARJO
next time iA akan pergi
Curahan rasa joegrimjow @ ..Kesan positif PSY Gangnam Style datang ke Malaysia
takde gambar food ke bos?
nyum! nyum! 🙂
Curahan rasa tips @ ..Solat Tahajud Ubat Sakit Pinggang
Gambar food simpan tak boleh tunjuk heeeee
Curahan rasa denaihati @ ..Bro Jejai Al Fatihah Damai Mu Di Sana
Sebaiknya seperti itu Tuan, nanti kalau dipasang jadi terliur.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..George Ferris – Penemu Komedi Putar di Logo Google Hari Ini
Inilah hotel yang saya singgahi untuk pertama kali datang ke Malaysia
Curahan rasa Dawaihati @ ..Penulis Tamu Blog Dawaihati
Walaupun hanya 1 hari dua malam, namun serasa berkesan menginap di hotel ini
Curahan rasa Dawaihati @ ..Penulis Tamu Blog Dawaihati
Hotel ini saya rasa sangat nyaman dan tidak bising oleh suara kendaraan
Curahan rasa Dawaihati @ ..Penulis Tamu Blog Dawaihati
Dan di hotel ini pula untuk pertama kalinya saya merasakan masakan khas Melayu
Curahan rasa Dawaihati @ ..Penulis Tamu Blog Dawaihati
Samalah kita kang ternyata dilihat dari depan begitu megah Hotel Singgahsana ini
MJ pernah menginap di hotel ni masa #SBB2012 lepas..
Memang best, selesa besar dan harga berpatutan..
Makanan pun sedap especially laksa..hehee 🙂 Breakfast pun sedap..heee
Curahan rasa Myra Jay @ ..Re : Prosedur dan cara yang perlu dibuat apabila barang ditahan pihak Kastam?
Tak pernah datang lagi kt hotel nie..boleh try nnti bw family..
Sesuai sangat bawa family sebab harga boleh tahan, makanan pun sedap dan parking memang luas.
Curahan rasa denaihati @ ..Blogger semakin terkenal selepas #SBB2013
Betul Tuan…. Makanannya sangat berkesan. Terutama Nasi lemak dan Teh tarik..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..George Ferris – Penemu Komedi Putar di Logo Google Hari Ini
Selalu lalu je kat depan hotel singgahsana ni untuk ke LRT Taman Jaya. Tak pernah menginap lagi.
Curahan rasa Dr Fuh @ ..Dapatkan Trafik Percuma Dari Fuh.My Dan Tambah Kenalan Baru Di Sini!!!
Suka datang masa bulan puasa,ada buffet ramadhan dan nasyid dari rabanani
Rabbani memang tak dapat dipisahkan dengan Hotel Singgahsana
Curahan rasa denaihati @ ..Hotel Singgahsana Petaling Jaya memang istimewa
InsyaAllah akan jejakkan kaki ke hotel ini satu hari nanti
Comments are closed.