Shila Amzah dibadai Ombak Rindu

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang jarang sangat aku nak menulis tentang artis bukan tak minat tapi tak nak lawan sifu Beautifulnara yang tersohor sebagai Blogger no satu Malaysia. Kali ini aku tertarik dengan kisah Ombak Rindu sebenar yang berlaku dalam kehidupan lebih hebat dari catatan aku di entri Ombak Rindu INI.

Kisah yang berlaku kepada penyanyi yang sedang meningkat naik Shila Amzah anak kepada menyanyi 80 an ND Lala sangat mengusik jiwa. Kelunakan suara Shila Amzah mendendangkan lagi Ombak Rindu suatu ketika dahulu pasti tidak pernah membayangkan bahawa suatu hari beliau akan dibadai Ombak Rindu sebenarnya yang bukan lakonan seperti Hariz dan Izzah.

MUNGKIN bapanya ND Lala melihat anaknya yang baru berjaya mengondol anugerah di Asian Wave 2012 boleh menjadi seperti Datuk Siti Nurhaliza yang boleh mengubah kehidupan mereka menjadi terkenal dan kaya raya. Tetapi di saat langkah pertama menuju kejayaan di depan mata Shila Amzah sudah mempunyai cinta hati yang menunggu masa untuk merisik dan membina kehidupan berkeluarga.

Seluruh Rakyat Malaysia yang membaca Harian Metro pasti membaca bagaimana bencinya ND Lala kepada kekasih hati Shila Amzah yang MUNGKIN menjadi penghalang kepada kejayaan anaknya yang telah dididik sejak kecil. Atau mungkin ada sebab lain yang hanya mereka sahaja yang tahu. Berdasarkan video terbaru jelas Shila Amzah tidak bersam keluarganya dan mengharap supaya bapanya menerima cinta hatinya.

Inilah kehidupan kisah di layar perak boleh menjadi kisah benar yang boleh menyentap hati dikala ALLAH SWT menguji hambanya. Kalau mengikut sejarah cinta beribu abad bagaikan kisah Laili Majnun dan Romeo Juliet tiada siapa yang dapat memisahkan insan bercinta walaupun ibubapa. Kita berdoa semuga kisah cinta Shila Amzah dan Sharnaaz salah satu daripada berjuta kisah cinta yang terhalang oleh ibubapa berakhir dengan kisah indah. Semuga Shila Amzah, ND Lala dan Sharnaaz diberi kesabaran kerana setiap kejadian pasti ada hikmahnya.

Shila Amzah

Jarang sangat rumahtangga yang dibina tanpa restu ibubapa dapat bertahan lama kerana perkahwinan itu bukan sahaja antara seorang perempuan dan seorang lelaki tetapi antara keluarga perempuan dan keluarga lelaki barulah boleh bertahan hingga ke Syurga. Teringat kata seorang teman air mata ibu lebih banyak tumpah ketika anak-anak sudah dewasa berbandingkan semasa kecil tetapi sebagai ibubapa kita juga mesti bersedia berpisah dengan anak yang telah dewasa.

Lagu baru dari Shila Amzah bertajuk “Aku Masih Cinta” khas untuk Sharnaaz. Nak dengar klik SINI.


Spread the love

63 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!