Honda I have an Insight best of the best

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pasti Rakan Blogger masih ingat lagi dengan pengalaman terbaik aku test drive kereta mesra alam Honda Insight yang sememangnya The Power of Dream. Kepada yang belum baca boleh terjah ke entri “Honda Insight Test Drive“. Selain test drive kami 15 Blogger Malaysia diajar cara mengendalikan kereta yang betul untuk mendapatkan kuasa pemanduan yang paling optimum dan mesra alam. Selain dapat memandu kereta Honda Insight, makan di hotel dan restoran 5 bintang dan stay di hotel 5 bintang, berbagai hadiah disediakan dengan tugasan mudah yang perlu di selesaikan.

20120216-094642.jpg

Aku, Nik dan Rebecca menang uji minda dan dapat hadiah USD Flash Drive 32GB dan seperti semua tahu Kak Jie dan Fazreen menang Canon ixus Compact Camera. Ada dua lagi hadiah menjadi rebutan semua Blogger iaitu iPad 2 untuk entri terbaik dan Canon ixus untuk gambar terbaik. Honda Malaysia baru email keputusan. Tahniah kepada Rebecca menang iPad 2 untuk entri terbaik memang layak benar bila baca entri yang detail dengan gambar-gambar menarik. Tahniah juga kepada Mike Yip menang Canon ixus Compact Camera untuk gambar paling menarik, gambar tu simple je tapi kena dengan konsep Honda Insight yang mesra alam .. heee kenapa lah aku tak terfikir.

Honda Insight

Kalau tidak hari ini pasti suatu hari kita perlu berubah kepada Kereta Hybrid sebelum dunia lebih tercemar walaupun sebenarnya telah tercemar akibat tangan-tangan jahat manusia itu sendiri.

Firman ALLAH SWT Surah Al-Baqarah ayat 11 -13 yang maksudnya : “Dan apabila dikatakan kepada mereka, janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, mereka menjawab, “Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan”. Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar. Apabila dikatakan kepada mereka “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman”, mereka menjawab: “Akan berimankah kami sebagaimana orang- orang yang bodoh itu telah beriman?” Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang- orang yang bodoh, tetapi mereka tidak tahu.”.

60 Comments

  1. Hajat dihati memang teringin sangat menggunakan kereta hybrid. Tapi bila fikir2 semula, walaupun jimat petrol, maintenance tinggi sangat. Terpaksa la saya menyokong pemuliharaan alam sekitar dari segi lain. Kalau daftar JPJ kereta hybrid, bahagian bahanapi, dia tulis apa ye? Petrol je ye?
    Curahan rasa Norasikin @ ..Kek Red VelvetMy Profile

  2. Keretanya memang cantik, kata kawan saya yang sudah membeli kereta ini ” mmg best dan suatu hari nnti akan semakin ramai orang yg akan memiliki kereta ini, kerana ianya mmg menjimatkan dan mesra alam ” Cuma bukan semua org berkemampuan dengan harganya..

    1. setuju..spttnya kereta mesra alam ni dijual lebih murah utk menarik minat golongan pembeli..

      umpama marketing samsung..teknologi canggih mana sekalipun kalo kuasa membeli kurng tiada gunanya..jika jual lebih murah, bkan shaja vendor..malah pembekal spare part akan meraih keuntungan kerana ramai yang akan baiki @ dan menukar alat ganti baru.. 🙂
      Curahan rasa JebengOtai™ @ ..Tips Penjimatan MinyakMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!