Himpunan Hijau 2.0 dan Lynas

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, bagi aku tidak pernah salah untuk menjadi pembangkang tetapi yang salah bila semua nak dibangkang. Bila aku tidak bersetuju Anwar Ibrahim secara jelas menyokong Isreal dan bersedia mengiktiraf jika Isreal bertolak ansur dengan Palestine ada penyokong tegar PAKATAN yang marah-marah dan minta aku diam kalau tak faham. Akhirnya Tok Guru Nik Aziz keluar kenyataan di media bukan Kerajaan menyatakan bahawa PAS tidak akan mengiktiraf Isreal. Jadi adakah pendapat Tok Guru Nik Aziz juga salah?

Isu Lynas juga bagi aku dipolitikkan lebih daripada sepatutnya. Pakar Nuklear Malaysia yang juga Wakil Rakyat PAS Hulu Langat YB Dr Rosli Che Mat dari awal bersetuju dengan projek Lynas dengan syarat syarikat pengendali Lynas iaitu Lynas Malaysia Sdn Bhd mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan tetapi ramai pemimpin PAKATAN yang tidak bersetuju dengan beliau. Tok Guru Hj Hadi, Presiden PAS pernah bercakap kalau nak tahu ilmu getah jangan tanya pada pakar kelapa sawit. Tetapi apabila Pakar Nuklear YB Dr Rosli Che Mat memberi pandangan kenapa ramai tidak bersetuju dan masih nak anjurkan Himpunan Hijau 2.0. YB Dr. ROsli Che Mat kata yang lebih-lebih PKR bukan PAKATAN.

Politik menjadi kita buta menentang segalanya ibarat apabila pilihanraya akan menang 100%. Yang salah tetap kita tentang seperti kes NFC melibatkan keluarga Menteri Kerajaan DS Sahrizat Abdul Jalil tetapi yang membawa kebaikan kepada Rakyat mesti sokong. Sebagai rakyat yang bijak kita mesti pandai menilai jangan sampai digunakan oleh pemimpin politik yang mempunyai kepentingan peribadi.  Mereka jadi kaya raya tetapi kita penyokong tegar tetap sama macam ini. Kuasa politik dan duit sudah biasa menjadikan manusi terlupa dan lalai.

Nota : Jangan setuju dengan apa yang aku tulis kerana ini hanya pendapat peribadi. Tidak salah jika ANDA ingin kongsikan pandangan walaupun ianya berbeza kan Malaysia negara demokrasi tak kan kita mesti harap orang setuju dengan pandangan kita dan jangan pula kita paksa orang setuju dengan pandangan kita.

Gambar Himpunan Hijau 2.0 @ Himpunan Hijau 2.0

Update Terkini Projek Lynas



Spread the love

132 Comments

  1. Aku rasa gomen perlu terangkan benda sebenar dan betul kepada rakyat supaya rakyat selalu tak salah faham dan tahu kesan baik & buruk yang akan terjadi nanti. Apsal aku taip ayat penuh nih???

  2. politik xpolitik, hati siapa senang tidur dirumah bersebelahan kilang yg ada radioaktif.. penah dgr tragedi di Chernobyl, dan yg tbaru di fukusihma? apakah negara2 ni xmgambil lgkah2 keselamatan dlm operasi mereka? bahkan mereka lebih maju dr malaysia dalam industri nuklear. bygkn mereka yg tinggal di kawasan stempat.. byk lg pelaburan yg boleh dibuat dimalaysia, jgn la merisikokn rakyat disini.. negara kita ni kecik je, kalau da tcemar dgn radioaktif, mane nk lari bro?

      1. betul tu. ini bukan pasal nuklear, tak ada melibatkan proses fusion dan fission nuklear di lynas ni. cuma sisa buangan beradioaktif yang rendah, tapi msalah nya risau jika tidak dipantau sisa bungan ke alam sekitar adakah selamat atau tidak?
        Curahan rasa GodamOtak @ ..Apple next gen: upgraded T.v & iPad3My Profile

  3. seriously, be rasional la. bak kata tuan guru haji hadi, kalau nak tahu ilmu getah jangan tanya pakar kelapa sawit. ramai yang hanya mengikut-ikut menentang isu lynas ni. berapa kerat je yang betul-betul buat research dan minta pendapat pakar. ada isu politik disini. hmm
    Curahan rasa dea @ ..it’s trending now i believeMy Profile

        1. dlu wktu di bukit merah dlu pn, kita dpt lesen pengoperasian nadir bumi, tp hasilnya? kawasan disitu tercemar dgn kesan radioaktif..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!