Himpunan Hijau 2.0 dan Lynas

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, bagi aku tidak pernah salah untuk menjadi pembangkang tetapi yang salah bila semua nak dibangkang. Bila aku tidak bersetuju Anwar Ibrahim secara jelas menyokong Isreal dan bersedia mengiktiraf jika Isreal bertolak ansur dengan Palestine ada penyokong tegar PAKATAN yang marah-marah dan minta aku diam kalau tak faham. Akhirnya Tok Guru Nik Aziz keluar kenyataan di media bukan Kerajaan menyatakan bahawa PAS tidak akan mengiktiraf Isreal. Jadi adakah pendapat Tok Guru Nik Aziz juga salah?

Isu Lynas juga bagi aku dipolitikkan lebih daripada sepatutnya. Pakar Nuklear Malaysia yang juga Wakil Rakyat PAS Hulu Langat YB Dr Rosli Che Mat dari awal bersetuju dengan projek Lynas dengan syarat syarikat pengendali Lynas iaitu Lynas Malaysia Sdn Bhd mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan tetapi ramai pemimpin PAKATAN yang tidak bersetuju dengan beliau. Tok Guru Hj Hadi, Presiden PAS pernah bercakap kalau nak tahu ilmu getah jangan tanya pada pakar kelapa sawit. Tetapi apabila Pakar Nuklear YB Dr Rosli Che Mat memberi pandangan kenapa ramai tidak bersetuju dan masih nak anjurkan Himpunan Hijau 2.0. YB Dr. ROsli Che Mat kata yang lebih-lebih PKR bukan PAKATAN.

Politik menjadi kita buta menentang segalanya ibarat apabila pilihanraya akan menang 100%. Yang salah tetap kita tentang seperti kes NFC melibatkan keluarga Menteri Kerajaan DS Sahrizat Abdul Jalil tetapi yang membawa kebaikan kepada Rakyat mesti sokong. Sebagai rakyat yang bijak kita mesti pandai menilai jangan sampai digunakan oleh pemimpin politik yang mempunyai kepentingan peribadi.  Mereka jadi kaya raya tetapi kita penyokong tegar tetap sama macam ini. Kuasa politik dan duit sudah biasa menjadikan manusi terlupa dan lalai.

Nota : Jangan setuju dengan apa yang aku tulis kerana ini hanya pendapat peribadi. Tidak salah jika ANDA ingin kongsikan pandangan walaupun ianya berbeza kan Malaysia negara demokrasi tak kan kita mesti harap orang setuju dengan pandangan kita dan jangan pula kita paksa orang setuju dengan pandangan kita.

Gambar Himpunan Hijau 2.0 @ Himpunan Hijau 2.0

Update Terkini Projek Lynas



Spread the love

132 Comments

  1. Ramai tak faham dan menganggap Lynas ialah Loji Nuklear… Walaupun dalam paper dok berbuih kata ianya kilang memproses nadir bumi yang bernama Thorium… Kadar keradioaktifan Thorium adalah sangat kecil berbanding dengan kadar pendedahan gelombang elektromagnet telefon… Malah gas yang terbebas ke udara juga tidak merbahaya… Ianya telah disahkan oleh IAEA… IAEA bukan badan kerajaan Malaysia, tetapi badan antarabangsa… Hal ini sengaja dipolitikkan atas banyak sebab… antaranya…

    1) Lynas diusahakan oleh syarikat bumiputera. Jika cina yang handle, dah tentu isu ni takkan timbul.
    2) Banyak kilang memproses nadir bumi seperti Lynas telah dibina termasuk di Amerika. Tetapi sengaja disembunyikan fakta tersebut.
    3) Mengalihkan tumpuan isu sokongan terhadap keselamatan Israel oleh pemimpin pembangkang.
    Curahan rasa eXception @ ..Kes Khalwat Badrul Amin. Konspirasi Terancang UMNO?My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!