Himpunan Hijau 2.0 dan Lynas

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, bagi aku tidak pernah salah untuk menjadi pembangkang tetapi yang salah bila semua nak dibangkang. Bila aku tidak bersetuju Anwar Ibrahim secara jelas menyokong Isreal dan bersedia mengiktiraf jika Isreal bertolak ansur dengan Palestine ada penyokong tegar PAKATAN yang marah-marah dan minta aku diam kalau tak faham. Akhirnya Tok Guru Nik Aziz keluar kenyataan di media bukan Kerajaan menyatakan bahawa PAS tidak akan mengiktiraf Isreal. Jadi adakah pendapat Tok Guru Nik Aziz juga salah?

Isu Lynas juga bagi aku dipolitikkan lebih daripada sepatutnya. Pakar Nuklear Malaysia yang juga Wakil Rakyat PAS Hulu Langat YB Dr Rosli Che Mat dari awal bersetuju dengan projek Lynas dengan syarat syarikat pengendali Lynas iaitu Lynas Malaysia Sdn Bhd mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan tetapi ramai pemimpin PAKATAN yang tidak bersetuju dengan beliau. Tok Guru Hj Hadi, Presiden PAS pernah bercakap kalau nak tahu ilmu getah jangan tanya pada pakar kelapa sawit. Tetapi apabila Pakar Nuklear YB Dr Rosli Che Mat memberi pandangan kenapa ramai tidak bersetuju dan masih nak anjurkan Himpunan Hijau 2.0. YB Dr. ROsli Che Mat kata yang lebih-lebih PKR bukan PAKATAN.

Politik menjadi kita buta menentang segalanya ibarat apabila pilihanraya akan menang 100%. Yang salah tetap kita tentang seperti kes NFC melibatkan keluarga Menteri Kerajaan DS Sahrizat Abdul Jalil tetapi yang membawa kebaikan kepada Rakyat mesti sokong. Sebagai rakyat yang bijak kita mesti pandai menilai jangan sampai digunakan oleh pemimpin politik yang mempunyai kepentingan peribadi.  Mereka jadi kaya raya tetapi kita penyokong tegar tetap sama macam ini. Kuasa politik dan duit sudah biasa menjadikan manusi terlupa dan lalai.

Nota : Jangan setuju dengan apa yang aku tulis kerana ini hanya pendapat peribadi. Tidak salah jika ANDA ingin kongsikan pandangan walaupun ianya berbeza kan Malaysia negara demokrasi tak kan kita mesti harap orang setuju dengan pandangan kita dan jangan pula kita paksa orang setuju dengan pandangan kita.

Gambar Himpunan Hijau 2.0 @ Himpunan Hijau 2.0

Update Terkini Projek Lynas



Spread the love

132 Comments

  1. Secara jujur saya tidak setuju pembinaan kilang Nadir bumi di Malaysia. Kerajaan Australia sendiri menolak pembinaan kilang ini dinegara mereka. Lebih malang lagi sisa Nadir bumi perlu diuruskan oleh negara pengeluar itu sendiri kerana kerajaan Australia tidak menerima sisa Nadir.

    Biar pun macam-macam fakta diberikan mengenai risiko Nadir bumi ini rendah dan lebih selamat daripada apa ada di Bukit Merah.

  2. bila penilaian dibuat oleh yang bukan ‘ahli’ sesuatu bidang ni lah jadiknya..malangnya jika mereka menghasut org awam yng x tahu hal nadir bumi..

    pihak lynas dah pon menjawab isu2 yg dibangkitkan pembangkang..ttp mereka tidak penah berpuas ati walaupon projek tu banyak membantu masyrakat Gebeng..
    Curahan rasa JebengOtai™ @ ..Aku anak FeldaMy Profile

  3. bolehkah pakatan …sedangkan mereka sendiri berlainan pegangan….persoalan yg masih aku fikirkan…tak nampak suatu gandingan yang sihat untuk menjadi peneraju….namun mereka nampaknya memendamkan isu tersebut demi mencapai hasrat ke putrajaya….seandainya berjayapun…rasanya akan ada kelompok yang bakal dibisu dan dihapuskan…yang tinggal hanya kelompok burung belatuk…memang tidak bermakna juga …
    Curahan rasa apaajanews @ ..JUARA PANCING IKANMy Profile

  4. Bila semua kena bantah, maknanya yang bantah itu silap. Biarlah Lynas nak buat apa pun kat kuantan tu. Bahaya orang kuantan yang tanggung. Kita yang duduk di luar ni diamkan je la. Tak payah nak jadi hero. Memanglah orang akan kata, engkau takda adik beradik duduk sana boleh la cakap. Aku cakap ni sebab aku tak duduk kat sana la. Biarlah orang sana tanggung. Kalau meletup pun tempat orang bukan tempat aku. Nanti jadi apa-apa, kita kutip je la mayat orang kuantan. Sekarang biarkan mereka beroperasi. Aku memang pentingkan diri sendiri. Dalam dunia sekarang ni sapa tak pentingkan diri sendiri sangatlah rugi. Tak caya, tengok kanan kiri.
    Curahan rasa Cikgu Hairul @ ..Pegawai Masuk Kampung.My Profile

    1. bahaya ttp ada..bwk kereta pon boleh accident..tp pihak Lynas dh meminimumkan kesan langsung bahaya pada penduduk Gebeng..dengan membina takungan konkrit..untuk mengelak tumpahan asid ke tanah..lalu meresap dan mengganggu bekalan air

      xkira sape pon..blogger..cikgu..engineer skalipon..kita jgn terima bulat2..kite kene mngkaji dengan menyeluruh..teknologi ape digunakan..bagaimana dijalankan..galian ape yg digali..dan mcm2 aspek lgi…
      Curahan rasa JebengOtai™ @ ..Aku anak FeldaMy Profile

  5. makin nak mengundi makin banyk perkara2 akan dijadikan isu..yang penting kita sebagai rakyat kena lah guna akal bukannya emosi/ketaksuban utk menilai

  6. jika tak tahu jangan..terus ikut sahaja..kita perlu buat kajian tentang bahaya dari operasi benda ni….jgn kita main rasa aje…kena ada soal jawab fakta serta bukti jika ianya memang merbahaya…sila terangkan kepada rakyat secara terbuka…adakan bukti..sehingga dapat semua pihak dapat menerimanya..itu adalah lebih baik…

  7. setiap kita punya pandanagn dan kefahaman berbeza. seperti entry ini pun belum tentu yg membacanya juga berbeza fahamnya. bg aku rasanya….penilaian sesuatu perlu ada ilmi… jika tidak ada… diam dan belajar… memberi pandangan pun perlu beljar..jgn sekdar ikut tanpa bukti, hujah dan kefahaman… semoga kita semua diberi pentunjuk kejalan yg benar….belajar dn terus beramal…
    Curahan rasa hisham @ ..Gaji Lepasan SPM RM1,800 | Kerja Dengan CUEPACSMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!