Himpunan Hijau 2.0 dan Lynas

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, bagi aku tidak pernah salah untuk menjadi pembangkang tetapi yang salah bila semua nak dibangkang. Bila aku tidak bersetuju Anwar Ibrahim secara jelas menyokong Isreal dan bersedia mengiktiraf jika Isreal bertolak ansur dengan Palestine ada penyokong tegar PAKATAN yang marah-marah dan minta aku diam kalau tak faham. Akhirnya Tok Guru Nik Aziz keluar kenyataan di media bukan Kerajaan menyatakan bahawa PAS tidak akan mengiktiraf Isreal. Jadi adakah pendapat Tok Guru Nik Aziz juga salah?

Isu Lynas juga bagi aku dipolitikkan lebih daripada sepatutnya. Pakar Nuklear Malaysia yang juga Wakil Rakyat PAS Hulu Langat YB Dr Rosli Che Mat dari awal bersetuju dengan projek Lynas dengan syarat syarikat pengendali Lynas iaitu Lynas Malaysia Sdn Bhd mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan tetapi ramai pemimpin PAKATAN yang tidak bersetuju dengan beliau. Tok Guru Hj Hadi, Presiden PAS pernah bercakap kalau nak tahu ilmu getah jangan tanya pada pakar kelapa sawit. Tetapi apabila Pakar Nuklear YB Dr Rosli Che Mat memberi pandangan kenapa ramai tidak bersetuju dan masih nak anjurkan Himpunan Hijau 2.0. YB Dr. ROsli Che Mat kata yang lebih-lebih PKR bukan PAKATAN.

Politik menjadi kita buta menentang segalanya ibarat apabila pilihanraya akan menang 100%. Yang salah tetap kita tentang seperti kes NFC melibatkan keluarga Menteri Kerajaan DS Sahrizat Abdul Jalil tetapi yang membawa kebaikan kepada Rakyat mesti sokong. Sebagai rakyat yang bijak kita mesti pandai menilai jangan sampai digunakan oleh pemimpin politik yang mempunyai kepentingan peribadi.  Mereka jadi kaya raya tetapi kita penyokong tegar tetap sama macam ini. Kuasa politik dan duit sudah biasa menjadikan manusi terlupa dan lalai.

Nota : Jangan setuju dengan apa yang aku tulis kerana ini hanya pendapat peribadi. Tidak salah jika ANDA ingin kongsikan pandangan walaupun ianya berbeza kan Malaysia negara demokrasi tak kan kita mesti harap orang setuju dengan pandangan kita dan jangan pula kita paksa orang setuju dengan pandangan kita.

Gambar Himpunan Hijau 2.0 @ Himpunan Hijau 2.0

Update Terkini Projek Lynas



Spread the love

132 Comments

  1. Politik tu tak salah. Yang salahnya orang yang berada dalam politik tu sendiri. Sistem pemerintahan yang lebih kepada pro kebaratan iaitu penyokong kerajaan dan pro pembangkang juga jadi satu sebab. Inilah gambaran dunia akhir zaman. Perkara yang bagus yang membawa kepada kebaikan pun nak ditentang habis habisan.
    Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Putrajaya sesak dipagi JumaatMy Profile

  2. saya setuju dengan pandangan bro denaihati, saya bukan pro mana mana, akan tetapi nk mengajak kita semua agar melihat sesuatu isu itu dalam dua keadaan. Ambil contoh isu NFC, kalau benar ada rasuah maka ambillah tindakkan terhadap yg bersalah akan “tetapi” dalam masa yg sama jgn kita kuburkan program NFC itu, kita teruskan program NFC dengan jalan yg betul kerana ada kebaikkan yg besar, begitulah kalau kita melihat sesuatu isu itu, jgn terus menghentam… 🙂
    Curahan rasa Juan @ ..Kejadian Histeria di Flextronics Penang Februari 2012My Profile

  3. Bagi saya apa yang pentingnya ialah di dalam berpolitik ini biarlah kita bersederhana.Kita tak bolehlah taksub dan fanatik sangat kerana ketaksuban itu lebih banyak membawa padah daripada kebaikan.Saya percaya kita sebagai rakyat Malaysia yang punya akal yang waras dan sihat mampu menilai mana yang baik dan buruk untuk diri kita, keluarga, negara dan yang utamanya untuk generasi penerus bangsa kita Malaysia.Bak kata laksamana Hang Tuah “tak kan Melayu( Malaysia) hilang di dunia”.

  4. Susah nk cerita isu sebegini sbb x pandai sgt nk komen tpi apapun pada pendapat sya kerajaan telah cuba buat yg terbaik.

  5. Lynas .. hmmm apa pun bahaya ke tak bahaya ke banyak sangat dah kilang dan plant2 kat gebeng tu. kami yg duduk dekat situ da mcm duduk dlm persekitaran yg tidak sihat zzzz

  6. dalam pakatan rakyat ni, mmg nampak PKR lebih bermasalah dan suka membesar2kan isu2 yg remeh.
    mmg xptt smo menda nk dibangkangkan.
    sbg ahli PAS, saya lebih suka ada org cm Dr Rosli Che Mat. Org yg mcmni perlu diberi peluang mentadbir negara kerana beliau asal dari golongan profesional, bukan skadar ahli politik tulen yg mmg lahir dari Universiti atau lepasan SPM je.
    Malah kalau ulama pon, saya sgt mengkagumi Dr Haron Din yang lebih pragmatik dan keterbukaan dlm isu2 dunia moden ini.
    Curahan rasa Ekspresi Ruang @ ..55 Blair Road: Renovasi Minimalis Rumah Kedai Oleh Ong & OngMy Profile

  7. Yang dijadikan isu politik ni sebab ada campu tangan politik + PR yang anjurkan Himpunan 2.0 ni.
    Sebab utamanya benda ni sebab nak negara bebas daripada bahaya. Mungkin ada yang kata ada lagi projek yang bahaya tapi kenapa tak bangkang? projek lain dah diluluskan, kalau bangkang pun amik masa lama, kilang pun dah siap dibina dan kerja2 pun dah jalan, isu Lynas ni pulak benda dalam proses, baik kita sekat kalau nampak potensi bawa bala kepada negara.
    Mungkin kita kata tak apa sebab kita dok jauh, orang yang dok di kawasan tu mesti dah susah hati, apala nasib yang akan menimpa mereka suatu hari nanti,
    Apa pun, company lynas perlu make sure semuanya berjalan lancar (kalau diteruskan) tanpa ada sebarang kemalangan yang katanya “tidak disengajakan”
    Curahan rasa Harian Post @ ..Himpunan Hijau 2.0 Bantah Projek LynasMy Profile

  8. To me, mudah je. As simple as demi pembangunan di Malaysia. Pembangunan bukan aje dari segi bangunan tinggi2 dan Pusat Keraajaan seperti Putrajaya tetapi lebih dari itu. Pembangunan dari segi Ilmiah dan Ilmu pengetahuan.

    Belajarlah sampai ke negeri China. Ilmu pengetahuan bukan aje tentang ekonomi, business, science dan architecture tetapi juga ilmu nuklear. Sesuatu yg baru di Malaysia dan yes banyak risikonya tetapi jika ia di terokai dan di majukan dgn baik dan berhemat, ia tak mustahil bukan?
    Curahan rasa asya @ .."WWW.KAKINAKL.COM NAK BAGI RMMy Profile

  9. jika kita pandang ia dari sudut politik maka ia jadi isu politik…
    dari satu sudut saya menyokong kempen hijau tapi di satu sudut yang lain sememang nye malaysia memerlukan LYNAS bg memajukan lagi industri di Malaysia tapi mampukah janji2 LYNAS menjalankan projek nye tanpe menjejaskan alam sekitar dan manusia???
    China adalah salah sebuah negara yang membekalkan hasil nadir bumi yang di proses ke seluruh dunia… tapi beberapa buah bandar di China merupakan bandar2 yang paling berbahaya di dunia… dan kanser adalah salah satu penyakit utama di china yang kebanyakannya di sebabkan oleh kilang2 industri seperti LYNAS…
    Saya akui, China adalah negara yang mempunyai hasil pendapatan yang tinggi di dunia sehingga mencapai trillion dollar tapi sanggupkah kita untuk menggadaikan nyawa semate2 demi keuntungan???

    1. Jangan samakan Malaysia & China, selidik & kaji secara ilmiah sebelum buat perbandingan..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!