Nak delete ahli Triberr yang tak aktif

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, masih ingat lagi ke dengan Triberr? Sebelum ini ada buat entri “Polisi baru Triberr” tapi rasanya ramai ahli Triberr Denaihati Network yang tak baca. Kepada ahli yang menggunakan fasiliti Triberr memang sangat membantu antara ahli dimana kita boleh memilih entri blog ahli dan retweet. Kita boleh berkongsi trafik blog apabila saling bantu membantu retweet entri baru dan lama. Kepada Blogger yang tercari-cari trafik blog Triberr adalah salah satu caranya.

Sekarang Tribe Denaihati Network ada 64 ahli dengan 130k twitter follower tetapi boleh dibilang dengan jari yang aktif antaranya @eyriqazz @ziefauzi @wangerrard @azamanisma @puanbee @wanzawawi @noorizal @azuanrazi @hisyamz @marzie dan @izwanyusof. Triberr sekarang dah ada Top Traffic Driving Tribemates jadi tak susah nak tahu siapa yang aktif dan siapa yang lansung tak aktif.

Bayangkan kalau semua aktif dan 1% daripada 130k singgah melawat blog kita maka akan menjana 1300 trafik setiap kali retweet .. banyak tu. Dengan sistem baru lagi mudah nak uruskan contohnya kalau Rakan Blogger post banyak entri sehari jadi kita hanya perlu retweet satu entri yang terbaik sahaja jadi tak lah berlaku kebanjiran retweet kepada twitter follower kita.

Jadi nak buat apa sekarang? Selepas 7 hari daripada entri ini di post aku akan delete semua ahli yang tidak aktif dan gantikan dengan ahli baru. Pasti ramai yang minat nak join ni. Kepada yang ada ahli twitter lebih daripada 300 bolehlah memohon.

131 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!