Himpunan Hijau 2.0 dan Lynas

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, bagi aku tidak pernah salah untuk menjadi pembangkang tetapi yang salah bila semua nak dibangkang. Bila aku tidak bersetuju Anwar Ibrahim secara jelas menyokong Isreal dan bersedia mengiktiraf jika Isreal bertolak ansur dengan Palestine ada penyokong tegar PAKATAN yang marah-marah dan minta aku diam kalau tak faham. Akhirnya Tok Guru Nik Aziz keluar kenyataan di media bukan Kerajaan menyatakan bahawa PAS tidak akan mengiktiraf Isreal. Jadi adakah pendapat Tok Guru Nik Aziz juga salah?

Isu Lynas juga bagi aku dipolitikkan lebih daripada sepatutnya. Pakar Nuklear Malaysia yang juga Wakil Rakyat PAS Hulu Langat YB Dr Rosli Che Mat dari awal bersetuju dengan projek Lynas dengan syarat syarikat pengendali Lynas iaitu Lynas Malaysia Sdn Bhd mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan tetapi ramai pemimpin PAKATAN yang tidak bersetuju dengan beliau. Tok Guru Hj Hadi, Presiden PAS pernah bercakap kalau nak tahu ilmu getah jangan tanya pada pakar kelapa sawit. Tetapi apabila Pakar Nuklear YB Dr Rosli Che Mat memberi pandangan kenapa ramai tidak bersetuju dan masih nak anjurkan Himpunan Hijau 2.0. YB Dr. ROsli Che Mat kata yang lebih-lebih PKR bukan PAKATAN.

Politik menjadi kita buta menentang segalanya ibarat apabila pilihanraya akan menang 100%. Yang salah tetap kita tentang seperti kes NFC melibatkan keluarga Menteri Kerajaan DS Sahrizat Abdul Jalil tetapi yang membawa kebaikan kepada Rakyat mesti sokong. Sebagai rakyat yang bijak kita mesti pandai menilai jangan sampai digunakan oleh pemimpin politik yang mempunyai kepentingan peribadi.  Mereka jadi kaya raya tetapi kita penyokong tegar tetap sama macam ini. Kuasa politik dan duit sudah biasa menjadikan manusi terlupa dan lalai.

Nota : Jangan setuju dengan apa yang aku tulis kerana ini hanya pendapat peribadi. Tidak salah jika ANDA ingin kongsikan pandangan walaupun ianya berbeza kan Malaysia negara demokrasi tak kan kita mesti harap orang setuju dengan pandangan kita dan jangan pula kita paksa orang setuju dengan pandangan kita.

Gambar Himpunan Hijau 2.0 @ Himpunan Hijau 2.0

Update Terkini Projek Lynas



Spread the love

132 Comments

    1. Tabik bro ada pendiriaan dan pendirian itu bukan kerana politik. Banyak lagi yg kita kena perjuangankan demi alam sekitar selain Lynas harap Hijau akan teruskan perjuangkan terutama bukit dan gunung yang diratakan oleh kontraktor. Dalam Al Quran jelas dikatakan bukit dan gunung adalah pasak bumi kalau diratakan tunggulah bala malapertaka yg akan menimpa manusia.
      Curahan rasa denaihati @ ..Gadaian Emas di Ar-Rahnu Agro BankMy Profile

  1. Sekadar pandangan naif aku;

    Kenapa kalau yang dibincangkan tentang isu Lynas, tetapi awal-awal entri dibangkitkan tentang DSAI dan Israel?

    Berkenaan Lynas, bantahan terhadapnya bukanlah agenda pembangkang, tetapi ianya adalah agenda rakyat yang cintakan alam sekitar.

    Tanpa bantahan dan protes sebegini, ‘mereka yang berkuasa’ akan sewenang-wenangnya menggadaikan alam hijau di Malaysia yang semakin berkurangan.

    Aku pasti kalau yang PR yang memerintah, dan projek ini masih diteruskan;
    RAKYAT pasti tetap bangun dan bantah.

    Jangan lupa yang hadir pada himpunan hari nier terdiri dari pelbagai bangsa, pelbagai umur sebagai mewakili lapisan masyarakat Malaysia.

    Mereka yang meramaikan himpunan ini bukanlah dari golongan berkepentingan POLITIK tapi mereka yang SAYANGKAN BUMI MALAYSIA.
    Curahan rasa Abuya Hayat @ ..Anak Kucing Oren Comel Lucu (6 Gambar)My Profile

  2. Isu LYNAS merentasi pahaman politik. Ia isu keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia. Tahukah anda, dulu juga terdapat kilang nadir bumi Mitsubishi Chemicals di Bukit Merah? Kesannya para penduduk sekitar mendapat leukimia, keracunan plumbum, dan kecacatan kelahiran. Kerajaan terpaksa membelanjakan USD100juta untuk membersihkan kawasan tersebut. Saya pasti dulu pun kerajaan kata ia selamat, sama juga seperti pembinaan rumah2 atas bukit selama ini, bersama2 pekara lain. Kini kilang Lynas itu 10x lebih besar dari kilang Mitsubishi Chems tersebut. Ia adalah kilang memproses sisa radioaktif yang paling besar di dunia! Kita menggadai maruah, keselamatan, kesihatan, masa depan anak-anak kita, demi apa?! Jika anda punyai jiwa dan perikemanusiaan, anda juga akan menentang Lynas.
    Curahan rasa ata @ ..Cintailah Perempuan Yang MembacaMy Profile

    1. bagi saya, ini bukan isu politik…ini isu alam sekitar
      saya tak menyokong mana-mana pihak
      tapi kita sebagai khalifah di muka bumi dipertanggungjawab
      untuk menjaga dan memelihara ciptaannya

      jadi, program Lynas patut dihindarkan, mencegah lebih baik dari merawat
      Curahan rasa kucing @ ..Masuk ke Planet KucingMy Profile

      1. Ya, pakar nuklear tidak jahil. rata2 kawan2 saya yang mengambil jurusan Sains Nuklear di UKM juga berpandangan sedemikian, dan pensyarah mereka juga. Tapi yang menjadi kebimbangan orang Malaysia ialah, sejauh manakah kerajaan boleh memberi jaminan kepada keselamatan, dalam keadaan negara kita sedang dilanda krisis integriti dalam kalangan pemimpin?

        Dan juga kita mempersoalkan tentang perjanjian di antara syarikat Msia dan Australia yang tidak pernah cuba didedahkan/diterangkan isi kandungannya agar rakyat boleh menilai juga sejauh manakah komitkmen kerajaan terhadap isu keselamatan ini?

        Moga kita tiak menggadai bumi utk generasi mendatang hanya kerana kepentingan pihak2 tertentu..
        Curahan rasa ata @ ..Cintailah Perempuan Yang MembacaMy Profile

    2. teknologi tidak statik..ia akan sentiasa ade pembaharuan untk mengurangkan risiko sesuatu..kite tidak boleh anggap teknologi yg diguna pakai sama ketika Mitsubishi Chem..

      kita hanya faham risiko..tetapi kita x faham cara digunakan utk kurang kan risiko dan mencegahnya..kita hanya faham 50% jer psl projek lynas ni..

      adil ker?
      Curahan rasa JebengOtai™ @ ..Aku anak FeldaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!