Hidup Untuk Memberi : Tabung Sumbangan Muslim Cambodia

Spread the love

Winston Churchill berkata “We make a living by what we get, we make a life by what we give“. Kata para UlamaMemberi, menghadiah, bersedekah & berkorban demi Allah & Rasul, adalah punca kepada pembersihan hati dan pembentukkan wadah Ilmu (laduni)“.

Atas semangat Hidup Untuk Memberi maka Denaihati.com dengan rasa rendah diri menjadi sponsor bersama pelancaran www.equrban.com bersama Al Ansar Agro, Koperasi Muslim Kemboja, DPIM Selangor, ILuvIslam.com dan Darul Magfiroh. www.equrban.com adalah sebuah program Korban dan Akikah di Cambodia yang diuruskan oleh Al Ansar Agro. Kelebihan www.equrban.com adalah kerana setiap lembu yang di korban adalah hasil ternakan usahasama antara Al Ansar Agro dan Koperasi Muslim Kemboja.

Pada hari pelancaran Denaihati.com juga akan menyumbang sejumlah wang kepada Koperasi Muslim Kemboja untuk digunakan bagi menguruskan beberapa Madrasah di Cambodia. Atas maksud itu Denaihati.com mengundang kepada semua pembaca blog ini untuk menyumbang seikhlas hati. Sumbangan boleh di buat terus ke akaun Maybank 562834608017 atas nama Ilhamku Resources. (Sila DM ke contact, Facebook dan Twitter apabila membuat sumbangan). Sumbangan ikhlas diterima sehingga 15/5/2010.

“Siapa yang meminjami (infakkan) Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya kamu dikembalikan.” Al-Baqarah : 245.

“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuh tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki Dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui” Al-Baqarah : 261.

@Hanya 2 pemenang untuk 10Malaysia top link dan top commentator April yang claim hadiah. Yang lain tak nak ke??


[ad#advertlets336]


Spread the love

55 Comments

  1. salam bro, hanya Allah yang dapat membalas budi baik bro ini. mudahan semuanya dipermudahkan..insyallah.

    psstt!! nak hadiah top link referer tu tp xtau nk claim camner…ehehe 😆
    .-= yanmie´s last blog ..Video Animasi yang kelakar =-.

    1. @yanmie, heee mesti tak abis baca ni : @Kepada pemenang Top Link dan Top Commentators sila terus berhubung melalui contact atau boleh DM lansung ke Facebook dan Twitter.

  2. Insya Allah saya akan derma,bro sungguh mulia,hanya Allah dapat membalas budi dan jasa baik bro
    .-= wazy´s last blog ..Bagaimana wudhu’ zahir dan batin ? =-.

    1. @wazy, mieran tgah kesempitan wang skrg ni..niat hati mmg nk menderma tp apakan daya duit yg ada hnya mmpu utk blnja diri sdri..ntah ckup atau tidak

    1. @mohdisa, terlalu banyak rezeki yang Allah dah berikan kepada aku bukan sekadar wang tetapi kesihatan, keluarga bahagia, isteri yang baik, anak2 yg baik dan sebagainya yg tak mampu aku nak balas semula kepada Allah swt.

      1. @denaihati, Alhamdulillah. itu yang kita mahu. sentiasa mengingati nikmat yang Allah telah berikan kepada kita dan bersyukur setiapnya.

  3. Saudara memang seorang yang pemurah.. moga dilimpahkan rezeki oleh Allah SWT berlipat kali ganda.. InsyaAllah akan memberikan sokongan setakat yang termampu..

    1. @aduka, kalau kita umat Islam tak tolong siapa lagi yg akan tolong. Umat Islam bukan di Malaysia sahaja tetapi ada di seluruh pelusuk dunia.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!