Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, aku memang suka mengembara ke negara orang dan antara perkara extreme yang pernah aku lakukan adalah memancing di sebuah pulau di Bengkulu Sumatera. Aku bukanlah kaki pancing seperti tiga orang adik-adik aku tetapi semangat ingin mencuba sesuatu yang berbeza menyebabkan aku beranikan diri. Memancing di pinggir pulau dengan ombak setinggi 1 – 2 meter dan kekadang lebih memang sangat mencabar untuk aku yang pertama kali. Kepada kekawan yang lain fenomena ini biasa kerana mereka telah melalui ribut laut yang lebih dahsyat.
Lebih mencabar untuk aku memancing dengan dibuai ombak setinggi itu bukan untuk beberapa jam tetapi dua hari satu malam. Bayangkan apa jadi pada aku yang kali pertama memancing di laut di gigi ombak yang tidak pernah berhenti beralun membadai karangan laut setiap minit. Alhamdulillah lebih seratus kilogram ikan yang berjaya dipancing tetapi aku melepek walaupun tidak muntah. Ketika itu rasanya nak balik ke pantai masa itu juga tetapi malu pulak pada kekawan.
Pengalaman extreme memancing ini memang tidak akan aku lupakan walaupun tidak se extreme dua orag anak aku yang naik roller coaster terlaju di dunia di Ferarri World Abu Dhabi dengan kepantasan yang menyentap jantung dan abang yang terjun bungee di Kawarau Queenstown. Aku memang tak terikut keberanian anak-anak yang suka kepada aktiviti extreme. Tapi itulah hidup memang kena mencuba yang extreme untuk merasai kelainan daripada kebiasaan sebagaiman kisah penderma hati yang lebih extreme sanggup berkongsi organ dengan insan lain yang lebih malang.
Dalam hidup ini cara paling selamat adalah buat perkara yang sama setiap hari jadi risiko hidup memang rendah. Memang ramai yang tidak suka pada cabaran terutama yang extreme kerana tidak mahu menyusahkan hidup. Aku tidak begitu lebih suka kepada cabaran terutama dalam perniagaan. Lebih tinggi cabaran, lebih tinggi risiko maka pulangannya akan lebih berbaloi. Bosannya hidup kalau buat benda yang sama berulang-ulang kali bertahun-tahun.
Hidup bukan sekadar angan-angan tetapi impian yang perlu dijadikan kenyataan melalu gerak kerja yang extreme dan berbeza daripada orang lain barulah hasilnya berbeza. Kaki pancing sanggup bersabar menunggu berjam-jam untuk mendapat keseronokan bermain dengan ikan yang makan umpan. Malangnya kita selalu tidak sabar menghadap berbagai cabaran hidup yang sentiasa datang dan pergi. Hidup tanpa cabaran tiada maknanya.
Bagaimana dengan anda, kalau ada pengalaman paling extreme yang pernah anda lakukan jom kongsi untuk bacaan kami.
105 Comments
Antara perkara paling extreme saya pernah buat ialah masuk pertandingan kembara jalan lasak 20km ala tentera di Arau, Perlis.
Ikut kompas meredah hutan. Panas terik. Muatan 20kg dihaver sack. Dawai pagar karat membelah tangan ketika memanjat. Masuk kebun tembikai, sungai, akhirnya melepak tak tahan.
Rupanya dah hampir ke garisan penamat. Kalau x lepak tentu dah menang no1. Sebab tak tahan penat dapat no.3
Curahan rasa NFH @ ..Tips Mencegah Dan Merawat Jerawat Dari Pakar Kulit
Hidup dengan cabaran menjadikan seseorang lebih banyak pengalaman dan lebih menghargai kehidupannya sendiri.
Curahan rasa Bro Ley @ ..6 Mitos tentang seorang ‘Introvert’
Hidup ni penuh dengan cabaran kan… haisshh..naik roller coaster tu yg paling mencabar skali…:-)
Curahan rasa niza yusof @ ..Atasi Kulit Berminyak Dengan Sireh
masa budak-budak dulu saya suka memancing..sekarang tidak lagi mungkin sibuk dengan aktiviti blog..gayanya
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Petua Buat Orang Suka Dengan Kita
lagi best bila blogger buat aktiviti extreme mesti boleh jadi bahan untuk dikongsi dengan pembaca setia
Curahan rasa denaihati @ ..Mengembara juga ada cabarannya
Wah tahniah! Lebih seratus kilogram ikan dipancing.
Kadang-kadang kena buat perkara extreme sebab bila buat seronok dan teruja nya lain macam 🙂 Best! 😀
Curahan rasa Ani Haryani @ ..Malaysia seperti Jepun? Pokok Tekoma 😀
Hidup mmg kena mncabar. Baru la kita hargai kesenangan yg dikecapi lepas tu.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Kenalpasti Milo Asli dan Tiruan
Memang sungguh adventure tuan denaihati..
saya tak berapa join ekstrem sangat ni..
tapi sekarang ni nak cari stamina dan fitkan badan. insyallah, kalau ok, bolehlah cuba mengekstremkan diri
Curahan rasa zool @ ..Kenapa sukar nak dekorasi rumah ?
Hidup ini memang penuh dengan cabaran..Kita langgar cabaran itu atau kita relakan dihempas ombak yang ganas dan biarkan diri kita tewas..
Dengan asas agama yang betul Insyallah kita akan dapat hadapinya…
Curahan rasa Sani Sini Sana @ ..Mula Bisnes Online Dengan MB2000
untuk hidup dalam cabaran adalah satu perkara, untuk kekal pula ialah satu hal yang lain.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..10 Faktor Kegagalan Temuduga Kerja Kerajaan
Tgh fikir apa cabarang paling besar dalam hidup pernah buat ehh … hmm … err belajar dan berjauhan dengan famili boleh ke ehh?
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Tarikh Lokasi Karnival Pendidikan MARA 2015
boleh juga bro..tapi tak kuat sangat..kalau berjalan atas bara tanpa kaki melecur itu adalah cabaran paling hebat
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Petua Buat Orang Suka Dengan Kita
Kalau setakat berjauhan beribu kilometer dengan famili aku pun pernah, cari rezeki di negara orang bertahun-tahun dan hanya dapat jumpa keluarga setahun sekali je.
Curahan rasa Denaihati @ ..Harga kerja seorang blogger
perkara yang paling ektreme pernah saya buat ialah berhenti kerja untuk bisnes..kurang berjaya bisnes kerja balik he..he..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kelahiran Blog WordPress Yang Baru
perkara paling extreme yg pernah saya buat mungkin naik benda yang pusing2 kat sunway lagoon dengan flying fox.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Kenalpasti Milo Asli dan Tiruan
hu..hu.memang hebat tu..saya belum berani nak cuba..kecuali dah dicabar
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kelahiran Blog WordPress Yang Baru
Hidup memang perlukan cabaran dan cabaran itu sama ada menguji kita, mengajar kita malah memberi sesuatu kepada kita. Jadi bersedialah untuk segalanya
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..Malaysia Best Blog 2015
Memang hebat dapat tahan selama dua hari satu malam di tengah laut. Siapa yang pertama kali ke tengah laut pasti akan tahu bagaimana feeling tu kan…
Curahan rasa Vander Good @ ..Cara tambah followers Instagram untuk bisnes online
Comments are closed.