Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, aku memang suka mengembara ke negara orang dan antara perkara extreme yang pernah aku lakukan adalah memancing di sebuah pulau di Bengkulu Sumatera. Aku bukanlah kaki pancing seperti tiga orang adik-adik aku tetapi semangat ingin mencuba sesuatu yang berbeza menyebabkan aku beranikan diri. Memancing di pinggir pulau dengan ombak setinggi 1 – 2 meter dan kekadang lebih memang sangat mencabar untuk aku yang pertama kali. Kepada kekawan yang lain fenomena ini biasa kerana mereka telah melalui ribut laut yang lebih dahsyat.
Lebih mencabar untuk aku memancing dengan dibuai ombak setinggi itu bukan untuk beberapa jam tetapi dua hari satu malam. Bayangkan apa jadi pada aku yang kali pertama memancing di laut di gigi ombak yang tidak pernah berhenti beralun membadai karangan laut setiap minit. Alhamdulillah lebih seratus kilogram ikan yang berjaya dipancing tetapi aku melepek walaupun tidak muntah. Ketika itu rasanya nak balik ke pantai masa itu juga tetapi malu pulak pada kekawan.
Pengalaman extreme memancing ini memang tidak akan aku lupakan walaupun tidak se extreme dua orag anak aku yang naik roller coaster terlaju di dunia di Ferarri World Abu Dhabi dengan kepantasan yang menyentap jantung dan abang yang terjun bungee di Kawarau Queenstown. Aku memang tak terikut keberanian anak-anak yang suka kepada aktiviti extreme. Tapi itulah hidup memang kena mencuba yang extreme untuk merasai kelainan daripada kebiasaan sebagaiman kisah penderma hati yang lebih extreme sanggup berkongsi organ dengan insan lain yang lebih malang.
Dalam hidup ini cara paling selamat adalah buat perkara yang sama setiap hari jadi risiko hidup memang rendah. Memang ramai yang tidak suka pada cabaran terutama yang extreme kerana tidak mahu menyusahkan hidup. Aku tidak begitu lebih suka kepada cabaran terutama dalam perniagaan. Lebih tinggi cabaran, lebih tinggi risiko maka pulangannya akan lebih berbaloi. Bosannya hidup kalau buat benda yang sama berulang-ulang kali bertahun-tahun.
Hidup bukan sekadar angan-angan tetapi impian yang perlu dijadikan kenyataan melalu gerak kerja yang extreme dan berbeza daripada orang lain barulah hasilnya berbeza. Kaki pancing sanggup bersabar menunggu berjam-jam untuk mendapat keseronokan bermain dengan ikan yang makan umpan. Malangnya kita selalu tidak sabar menghadap berbagai cabaran hidup yang sentiasa datang dan pergi. Hidup tanpa cabaran tiada maknanya.
Bagaimana dengan anda, kalau ada pengalaman paling extreme yang pernah anda lakukan jom kongsi untuk bacaan kami.
105 Comments
Kadangkala hidup ini tak pelu dicari cabarannya… tapi dugaan itu datang sendiri. Yang paling bermakna apabila kita berjaya melaluinya dengan jaya dan mendapat hikmah disebaliknya.
Curahan rasa BM @ ..Kisah Asal Usul Belimbing Buluh
Yalah…,, hidup ini ada pelbagai cabaran. Semenjak di dalam kandungan ibu hinggalah ke tua. Jadikan cabaran ini sesuatu realiti kehidupan dalam dunia panca roba kini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Menyekat Penyebaran Keganasan, Seksual Di Facebook
Dalam negara pun tak habis travel lagi.. Bila lah baru dpt merasa keluar negara @_@
Curahan rasa Radzi @ ..Tambang Bas Naik Berkuat Kuasa 15 Mei 2015
bagi saya sebagai lelaki memang sukakan cabaran, tetapi kalau terlalu extreme saya x cubalah, hehe
Curahan rasa myrujukan @ ..Cara Benarkan Dokumen Excel Edit Dalam Masa Yang Sama
memancing boleh dikaitkan dengan kehidupan biasa kita.
Secara tak langsung mempengaruhi attitude kita.
Curahan rasa AZENI AHMAD @ ..Mana Best: Memandu Balik ke Kampung Waktu Siang ataupun Malam?
siapa yang nak cabaran ektreme boleh terjun mengguna payung terjun…
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Panduan Supaya Orang Suka Kita
Hmmm minta permohonan kawin satu lagi pun kira cabaran hidup gak .. hoho ekstrem tuuu
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Pencarian Blog Terbaik MSMW 2015
HH sajer cipta baran hidup ni, adakah wife HH baca komen ni? hehehe
Curahan rasa myliferia @ ..Tips Menjadi Manusia Yang Produktif & Tak Kesal Dengan Apa Yang Ada
wah..ada pasang niat ke bro hh…hihih..hidup memang banyak cabarannya…
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Galaxy S6 vs iPhone 6
aku ni jenis tak mabuk laut…pertama kali aku naik bot pergi pulau perhentian…aku risau juga naik bot kecil dengan ombak yang kuat boleh buat aku mabuk laut..tapi mujur semunya okey
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora
saya ni naik feri drp Kuala Kedah ke Langkawi pun dah pening semacam….rasa mcm berputar-putar di awangan….
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Cap Khas Pos Malaysia Sempena LIMA 2015
Biasa petua nak elak mabuk ni, diaorang suruh hidu limau. Jadi boleh bekal limau nipis kalau jenis mudah mabuk
Curahan rasa myliferia @ ..Cara Nak Jadi Orang Yang Sangat BERBAKAT
Samalah, mujur saya pun jenis steady jer naik bot, tapi tak pernah try lagi bot yang berhenti kat tengah-tengah laut cam orang candat sotong tu
Curahan rasa myliferia @ ..Tips Menjadi Manusia Yang Produktif & Tak Kesal Dengan Apa Yang Ada
betul tu Tuan..hidup dengan cabaran lebih cepat mematangkan..yg penting, jangan putus asa..jatuh bangun pun satu cabaran dalam hidup..
btw, tak mabuk lauk ek mancing dgn ombak 1-2 m??
Curahan rasa JMR @ ..Kepuasan Terletak pada USAHA.
Siapa nak test dan cabar hidup .. leh try dulu mancing laut dalam macam Tuan Denaihati buat .. hoho
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Permohonan Kerja Jururawat Lepasan SPM
Saya pernah naik roller coaster .macam nak tercabut jantungnya. Itulah kali pertama dan kali terakhir naik roller coaster. Serik nak naik lagi..
Curahan rasa Ain Ridzuan @ ..MINUMAN TAHAN MENGANTUK SEMASA MEMANDU YANG MEMBUATKAN ANDA RASA NAK PECUT
pernah jugak naik roller coaster…bila dah turun rasa mcm dh tak da jantung sebab dah berdegup sangat kencang masa naik…
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Cap Khas Pos Malaysia Sempena LIMA 2015
wah.. menarik menarik… cabaran cam ni nak kena amalkan, kalau dah tua dah tak larat.
Curahan rasa encikarman @ ..Buat Duit Affiliate – Komisen Lazada Time Cuti
zaman muda-muda ni kena cuba perkara-perkara yang extreme….bila dah lanjut usia takut nanti jatuh sakit pulak….
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Cap Khas Pos Malaysia Sempena LIMA 2015
Tak mencabar pun..cabaran membesarkan anak ramai lagi mencabar..ada hasil dari cabaran syok sendiri
itu adalah cabaran kehidupan yang memang mesti dihadapi dengan hati yang tenang dan tabah selalu..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Panduan Supaya Orang Suka Kita
Anak anak adalah cabaran untuk setiap ibu & bapak. Parent kena pandai “tackle” anak2 baru lah best cabarannya…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Cara Elakkan Penyakit dan Sembuh Mengikut Sunnah Rasullullah (saw)
Kalau dah suka berjalan jalan
Memang banyak pengalaman di terima
Terbaik naik roller coaster ferrari
Baru tahu wujud
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..ELAK Makanan Ibu Hamil INI Semasa Mengandung! PANTANG
Betul tuh, banyak berjalan maka banyak lah pengalaman yang akan kita dapat…
Kann.. memang gayat aaa roller coster tuh…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Sakit Tulang Belakang & Lenguh2 Badan Selepas Bersalin
Wah… memancing bikan setdkat di Malaysia tetapi sam pai ke Indonesia. Dspat 100kg banyak tu.
Buat sesuatu yang extream memang banyak cabarannya. Pengalan yang pasti tidak dilupakan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora
Perhh.. memang seronok aaa kalau mancing leh dpt berkg2 ikan… kompem tak mor balik punye lah…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Sakit Tulang Belakang & Lenguh2 Badan Selepas Bersalin
Roller coster waduh memang rasa berdegup jantung aoabila menaikinya,Biasanya naik roller coster apabila ramai yang beratur panjang tiba hujung baru perasan itu adalah roller coster
Curahan rasa onlajer @ ..Memborong Alatan Elektrik Dari China
Itu lahnya… ini lah permainan yang takkan saya main nih… meu tercabut nyawanya ini…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Sakit Tulang Belakang & Lenguh2 Badan Selepas Bersalin
Cabaran itu lah yang menceriakan kita… ia mengajar kita untuk lebih berhati-hati sentiasa.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Trademark SupernifzVitamin.com Yang Terbaru
Comments are closed.