Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, aku memang suka mengembara ke negara orang dan antara perkara extreme yang pernah aku lakukan adalah memancing di sebuah pulau di Bengkulu Sumatera. Aku bukanlah kaki pancing seperti tiga orang adik-adik aku tetapi semangat ingin mencuba sesuatu yang berbeza menyebabkan aku beranikan diri. Memancing di pinggir pulau dengan ombak setinggi 1 – 2 meter dan kekadang lebih memang sangat mencabar untuk aku yang pertama kali. Kepada kekawan yang lain fenomena ini biasa kerana mereka telah melalui ribut laut yang lebih dahsyat.
Lebih mencabar untuk aku memancing dengan dibuai ombak setinggi itu bukan untuk beberapa jam tetapi dua hari satu malam. Bayangkan apa jadi pada aku yang kali pertama memancing di laut di gigi ombak yang tidak pernah berhenti beralun membadai karangan laut setiap minit. Alhamdulillah lebih seratus kilogram ikan yang berjaya dipancing tetapi aku melepek walaupun tidak muntah. Ketika itu rasanya nak balik ke pantai masa itu juga tetapi malu pulak pada kekawan.
Pengalaman extreme memancing ini memang tidak akan aku lupakan walaupun tidak se extreme dua orag anak aku yang naik roller coaster terlaju di dunia di Ferarri World Abu Dhabi dengan kepantasan yang menyentap jantung dan abang yang terjun bungee di Kawarau Queenstown. Aku memang tak terikut keberanian anak-anak yang suka kepada aktiviti extreme. Tapi itulah hidup memang kena mencuba yang extreme untuk merasai kelainan daripada kebiasaan sebagaiman kisah penderma hati yang lebih extreme sanggup berkongsi organ dengan insan lain yang lebih malang.
Dalam hidup ini cara paling selamat adalah buat perkara yang sama setiap hari jadi risiko hidup memang rendah. Memang ramai yang tidak suka pada cabaran terutama yang extreme kerana tidak mahu menyusahkan hidup. Aku tidak begitu lebih suka kepada cabaran terutama dalam perniagaan. Lebih tinggi cabaran, lebih tinggi risiko maka pulangannya akan lebih berbaloi. Bosannya hidup kalau buat benda yang sama berulang-ulang kali bertahun-tahun.
Hidup bukan sekadar angan-angan tetapi impian yang perlu dijadikan kenyataan melalu gerak kerja yang extreme dan berbeza daripada orang lain barulah hasilnya berbeza. Kaki pancing sanggup bersabar menunggu berjam-jam untuk mendapat keseronokan bermain dengan ikan yang makan umpan. Malangnya kita selalu tidak sabar menghadap berbagai cabaran hidup yang sentiasa datang dan pergi. Hidup tanpa cabaran tiada maknanya.
Bagaimana dengan anda, kalau ada pengalaman paling extreme yang pernah anda lakukan jom kongsi untuk bacaan kami.
105 Comments
Orang kata best naik roller coaster. Saya pun nak sangat naik. Harap suatu hari nanti.
Curahan rasa Vander Good @ ..Cara tambah followers Instagram untuk bisnes online
Setakat ini saya belum lagi ada benda yang terlalu ekstrem. Tapi, saya pernah naik bot dengan ombak bergelora dan angin kencang yang kuat. Memang sangat menakutkan. Saya juga pernah naik jambatan kanopi di Poring, Ranau. Tinggi dan sungguh mengayatkan.
Curahan rasa Vander Good @ ..Cara tambah followers Instagram untuk bisnes online
Setuju. Kadang-kadang, benda yang paling berisiko memberi pulangan yang berganda jika dilakukan dengan cara yang betul.
Curahan rasa Vander Good @ ..Cara tambah followers Instagram untuk bisnes online
Memang seronok bila buat sesuatu yang lain dari kebiasaan. Membuatkan kita mampu berfikir di luar kotak.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Tips Sejukkan Buah Potong – Peniaga Buah Jom Tiru
Masa sebelum kahwin dulu pun suka dengan aktiviti extreme naik roller coaster. Selepas dah ada anak ni, try balik naik roller coaster, mak aih takutnya bagai nak tercabut nyawa. Memang takkan cuba lagi lah
Curahan rasa azimah mohd zainuddin @ ..Tips Elak Obesiti Ketika Hamil
lalu ikut tepi tingkap bangunan 14 tingkat untuk buka tingkap bilik sebelah.. hahahaa.. gila.. macam tak percaya.. tanpa safety belt..
Curahan rasa KiD @ ..Projek Misi menggapai Jutawan
cabaran membantu kita menjadi matang dengan berhadapan pelbagai masalah yang mendatang.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Cara Berkesan Untuk Mohon Kerja Jururawat
yeah.hidup tanpa cabaran memang hambar…sesekali buat sesuatu yg luarbiasa baru awesome..
bagi saya setakat ni yg agak mencabar pernah saya buat ialah berenang seberang tasik yg air nya sangat sejuk…huhuhu
kkdang push diri to the limit baru umphhhh..
Memang boring hidup kalau tiada apa2 cabaran. Tapi kalau dah rasa selesa memang susah nak terima perubahan.
mencabar diri tu dah jadi satu mainan hidup.
sesekali..kita kena main dengan serius.
permainan tanpa cabaran adalah tidak seronok.
Curahan rasa ohcikgu @ ..Prince of Wales Island International School (POWIIS), Penang – Malaysia
Kawe pun hendak buat sesuatu yang extreme juga ni..
Belum pasti apa lagi. Maybe panjat gunung cuti sekolah pertengahan tahun nanti.. Hmm…
Cabaran tu sentiasa ada. Baru lah terasa hidup ni ada dugaan.
Curahan rasa Kewangan Graduan @ ..Saham Bank Rakyat
ferrari world Abu Dhabi macam best je . hidup kalau tak ada cabaran tak lengkap kehidupan. seseorang kerana ianya mengajar kita erti sebuah kehidupan yang sebenar.
Curahan rasa adarain @ ..Macam Mana Nak masuk Group whatsapp Kalau Terleft
Hidup memang sangat mencabar kan.. Inilah yang dinamakan kehidupan.. Hehe ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..GiveAway Safi Balqis White Trilogy by Ayue Idris
Yang mencabar itulah menjadikan hidup ini penuh warna warni dan tidak membosankan.
Curahan rasa denaihati @ ..eQurban peneraju Qurban dan Aqiqah Malaysia
Teringin nak lakukan perkara extreme seperti yang dinyatakan di atas ini ;D hehe
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..GiveAway Safi Balqis White Trilogy by Ayue Idris
selagi ada kemampuan kesihatan dan tenaga baik buat sebab bila ALLAH dah tarik nikmat tersebut memang tak mampu lagi kita nak buat.
Curahan rasa denaihati @ ..10 individu terkaya Malaysia 2015
Comments are closed.