Hidup tanpa cabaran tiada makna

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, aku memang suka mengembara ke negara orang dan antara perkara extreme yang pernah aku lakukan adalah memancing di sebuah pulau di Bengkulu Sumatera. Aku bukanlah kaki pancing seperti tiga orang adik-adik aku tetapi semangat ingin mencuba sesuatu yang berbeza menyebabkan aku beranikan diri. Memancing di pinggir pulau dengan ombak setinggi 1 – 2 meter dan kekadang lebih memang sangat mencabar untuk aku yang pertama kali. Kepada kekawan yang lain fenomena ini biasa kerana mereka telah melalui ribut laut yang lebih dahsyat.

gambar memancing di Bengkulu Indonesia

Lebih mencabar untuk aku memancing dengan dibuai ombak setinggi itu bukan untuk beberapa jam tetapi dua hari satu malam. Bayangkan apa jadi pada aku yang kali pertama memancing di laut di gigi ombak yang tidak pernah berhenti beralun membadai karangan laut setiap minit. Alhamdulillah lebih seratus kilogram ikan yang berjaya dipancing tetapi aku melepek walaupun tidak muntah. Ketika itu rasanya nak balik ke pantai masa itu juga tetapi malu pulak pada kekawan.

gambar Formula Rossa Roller Coaster Abu Dhabi

Pengalaman extreme memancing ini memang tidak akan aku lupakan walaupun tidak se extreme dua orag anak aku yang naik roller coaster terlaju di dunia di Ferarri World Abu Dhabi dengan kepantasan yang menyentap jantung dan abang yang terjun bungee di Kawarau Queenstown. Aku memang tak terikut keberanian anak-anak yang suka kepada aktiviti extreme. Tapi itulah hidup memang kena mencuba yang extreme untuk merasai kelainan daripada kebiasaan sebagaiman kisah penderma hati yang lebih extreme sanggup berkongsi organ dengan insan lain yang lebih malang.

gambar bangee di Kuwarau Queenstown

Dalam hidup ini cara paling selamat adalah buat perkara yang sama setiap hari jadi risiko hidup memang rendah. Memang ramai yang tidak suka pada cabaran terutama yang extreme kerana tidak mahu menyusahkan hidup. Aku tidak begitu lebih suka kepada cabaran terutama dalam perniagaan. Lebih tinggi cabaran, lebih tinggi risiko maka pulangannya akan lebih berbaloi. Bosannya hidup kalau buat benda yang sama berulang-ulang kali bertahun-tahun.

Hidup bukan sekadar angan-angan tetapi impian yang perlu dijadikan kenyataan melalu gerak kerja yang extreme dan berbeza daripada orang lain barulah hasilnya berbeza. Kaki pancing sanggup bersabar menunggu berjam-jam untuk mendapat keseronokan bermain dengan ikan yang makan umpan. Malangnya kita selalu tidak sabar menghadap berbagai cabaran hidup yang sentiasa datang dan pergi. Hidup tanpa cabaran tiada maknanya.

Bagaimana dengan anda, kalau ada pengalaman paling extreme yang pernah anda lakukan jom kongsi untuk bacaan kami.


Spread the love

105 Comments

  1. Hari tu bagitau dekat tuan tak berani naik roller coaster. Tapi bila masuk USS rasa rugi pulak tak cuba. Masuk di Ancient of Egypt ingat biasa je Revenge of The Mummy tu rupa-rupanya walaupun indoor memang mencabar sampai rasa nak terkeluar segalanya. Memang tak boleh tandingi anak tuan la. Respek betul dengan dia.
    Curahan rasa cikpin @ ..Less Is More Jangan Jadi Mangsa FesyenMy Profile

  2. Extreme.
    Rasanya life saya tak extreme macam orang lain. Not a risk taker agaknya. Tapi yang paling extreme pun menunggang dirtbike di Mesaieed sand dune, Qatar. Kenapa extreme? Sebab tunggang terbalik dibuatnya. Berguling dari atas bukit pasir tinggi tu ke bawah. Serik juga dibuatnya, naik berdua dengan wife 🙂

    Over excited, so terlebih pulas minyak. Dirtbike terus wheelie! Anyway great sharing & article.
    Curahan rasa SN #ARSENALTEGAR @ ..EPL Fulltime Report & Video Highlights: Arsenal 3-0 West Ham, No More Song to Sing!My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!