Hidup ikut kemampuan jangan terlebih gaya

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “misteri perempuan berkereta MPV Honda merah“. Kali ini Abang nak berkongi kisah hidup ikut kemampuan.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Teringat ketika pergi kelas pengurusan wang. Kata sifu kesilapan apabila ada pendapatan RM2K kita akan hidup cara RM2K, apabila pendapatan bertambah jadi RM5K kita akan hidup cara RM5K.

Sebaiknya apabila pendapatan kita meningkat kepada RM5K kita hidup cara RM3K dan selebihnya dilabur utk jana income baru untuk kehidupan masa hadapan.

Paling malang apabila pendapatan meningkat kepada RM5K kita hidup cara RM7K. Memang akan susah sampai bila-bila.

Anda hidup cara yang mana?

Sebelum ni Abang penah kongsi ilmu urus duit yang sifu Abang ajar. Bila gaji kita RM2K naik jadi RM5K paling bagus gaya hidup ditingkatkan sikit sahaja kepada RM3K, yang lebih RM2K jadikan modal untuk duit buat duit.

Selama ini ketika gaji RM2K sudah bertahun kita susah, jadi sabar ikat perut setahun lagi walaupun gaji sudah naik untuk jadi senang yang lama.

Tapi banyak juga kejadian gaji RM2K memang tak cukup tapi tidak pernah nak usaha jadikan RM5K, walaupun macam-macam ilmu tambah pendapatan ada disekeliling.

jana pendapatan tambahan dengan kerja sedia ada

Lagi malang dah belajar macam-macam ilmu tambah duit seperti bisnis online, usahawan digital, buat duit affiliate dan macam-macam lagi tapi tak nak usaha nak buat tapi asyik mengeloh, ibarat ikan lemas dalam kolam ikan.

Penat bagi alasan pada diri sendiri tapi ada orang lain kisah silap-silap bini boleh tinggalkan suami yang tak kreatif tambah pendapatan.

Abang Denaihati (jangan lupa follower FB Abang untuk banyak lagi kisah motivasi)
Penulis Blog

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

76 Comments

  1. Alhamdulillah, syukur Allah pertemukan saya dengan bisnes Shaklee. Saya seorang surirumah yang bukan saje2, tapi surirumah yang menjana pendapatan 4 angka melalui bisnes Shaklee. Jika saya boleh, anda pasti boleh!

    Kini, tengah bulan suami tak perlu risau poket kering. Isteri ni ada sedia membantu sebab bonus shaklee masuk tengah bulan derr.. 😉

    #SyukurSelalu
    Curahan rasa Farah Alina @ ..Set Pantang Shaklee Paling Terbaik Di PasaranMy Profile

  2. Betul tu. Macam-macam cara untuk tambah pendapatan ada disekeliling kita. Kena bijak rebut peluang, kreatif, dan yang penting jangan malas belajar tentang perkara baru yang boleh menjana pendapatan. Saya tertarik sangat dengan quote “never depends on single income, make investment to create second income” ni. Quote ni dari Warren Buffet kalau tak silap. Bukan setakat second income je tapi juga pasif income dan tak perlu buat apa-apa hanya perlukan disiplin untung menabung dalam jangka masa tertentu je and lepas tu boleh la kalau nak upgrade lifestyle means beli rumah banglo ke…hehe…kadang-kadang orang salah faham dengan maksud ‘upgrade lifestyle’. Ramai yang fikir bila kehidupan kita da berubah dan senang kita boleh berbelanja sesuka hati sampai gaji yang berlebih pun jadi tak cukup.
    Curahan rasa Qiya Saad @ ..Apa itu Pelaburan?My Profile

  3. Nasihat yang power bagi mereka yang mudah lupa daratan. Belanjalah mengikut kemampuan…bukan nafsu! Penulisan yg menarik Bang!

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!