Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ketika dunia terutama kaum keluarga mangsa meratapi tragedi Boieng 777 – 200 MH17 ramai juga yang tiada lansung rasa sensitif dengan mempersendakan. Sebahagian kecil orang politik pulak mengambil kesempatan untuk menghentam dan menjatuhkan Kerajaan mengikut selera politik mereka. Ini saat sukar yang harus kita berdiri bersama mengharungi kesusahan bersama. Segala kesukaran adalah kurniaan ALLAH untuk kita menjadi negara yang lebih matang. Kalau Indonesia, Filipina, Jepun, Amerika dan banyak lagi negara di uji dengan bencana alam, Malaysia pun diuji dengan dua kemalangan kapal terbang iaitu MH370 dan MH17 selanh hanya tiga bulan.
Gambar-gambar bangkai pesawat MH17
Paling mengejutkan apabila aku menerima beberapa wassap yang menunjukkan seorang wanita mengecam kapten pesawat MH17 yang katanya penyebab tragedi MH17. Kecaman beliau kepada Kapten MH17 tiada bezanya dengan akhlak buruk gadis peugeot CDM25 yang membuli Pak Cik Sim. Aku tidak dapat membuktikan kesahihan kata-kata kesat Sim Kwang Yung Sim tetapi seandainya benar perkara begini tidak sepatutnya berlaku. Lebih hina lagi apabila beliau mengutuk amalan puasa Kapten Wan Amran yang dikatakan penyebab tragedi MH17 dan menghina orang Islam pergi ke Masjid.
Dunia siber mungkin ramai yang boleh menyamar dengan nama dan gambar Sim Kwang Yung Sim tetapi matlamatnya jelas menghina tidak kira siapa yang menulis. Sim Kwang Yung Sim atau penyamar mesti memohon maaf di atas tulisan yang sangat tidak bermoral. Begitu juga kepada semua keyboard warrior jangan sesekali menyebarkan berita tanpa pengesahan. Tulis apa yang perlu sahaja kerana setiap tulisan kita akan dibaca keluarga mangsa seperti Abang Parlan dan Kak Siah yang pasti akan menyentuh hati mereka. Hari ini hari mereka esok lusa mungkin hari kita dan juga lupa apa yang kita beri itulah yang kita akan dapat semula.
[box] Terkini : Mengikut The Star akaun Sim Kwang Yung Sim yang lama sudah tidak aktif telah di hack oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Laporan polis telah dibuat dan Pn Sim sedang membantu pihak polis membuat penyiasatan [/box]
Gambar-gambar mangsa yang terkorban tragedi MH17
Kalau dulu orang kata mata pena lebih tajam dari pedang tetapi zaman IT sekarang keyboard sudah mengambil alih fungsi mata pena. Apabila kita menulis dengan niat tidak baik itu melambangkan akhlak dan keperibadian seseorang yang tiada beza atau mungkin lebih hina dari wanita yang terjerit-jerit ditengah jalan membuli lelaki tua. Jangan kita tambah derita keluarga mangsa dengan analisa angan-angan kita. Lebih baik kita terus berdoa semuga keluarga mangsa diberi kekuatan dan sabar dengan ujian yang sangat berat ini.
Yakinlah apa sahaja yang berlaku di atas alam ini biar sekali seekor semut hitam di atas batu hitam di malam gelap gelita adalah di bawah takbir ALLAH inikan pula tragedi MH17. Setiap kejadian mungkin buruk di sisi manusia tetapi tidak di sisi ALLAH yang kita akan dapat rasai hikmahnya suatu masa akan datang. Jangan sesekali ada sangkaan buruk pada ALLAH.
[box]Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata. – Surah Al Anaam ayat 59 [/box]
473 Comments
ramai yang cuba making fun of this issue. konon2 kelakar dan nak RT yang banyak.
Likers..maybe sekadar mahukan perhatian dalam masa yg sama tak prihatin kepada keluarga mangsa terlibat..
Curahan rasa UpProfits @ ..Review 5 Artikel Terbaik Denaihati 2014
Serius kurang berminat membaca komen provokasi yang mencurah minyak kepada api.
Curahan rasa akubiomed @ ..Sabtu day hari operasi membersih sempena Raya
Minta perhatian ramai ler tuh..nak glamer tak tentu pasal last2 cakap kena hacked..huhu
Curahan rasa UpProfits @ ..Review 5 Artikel Terbaik Denaihati 2014
sama la kita berdua bro… malas nak amik kisah sangat…
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
biasa laa tu bila dah bersalah ..menghina sampai puas hati then bila kna marah .. alasan akaun kena hack bla bla bla.. haihh
Curahan rasa Farhan @ ..Building Award-Winning Six Pack Abs
Dah banyak kali jadi kes macam nih..tu sebab orang susah nak percaya akaun kena hacked bagai..
Curahan rasa UpProfits @ ..Review 5 Artikel Terbaik Denaihati 2014
perangai manusia dalam alam maya.. dah biasa dah.. paling lekeh, dpaat gak terlepas..
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Sekarang nie semua akan mempunyai alasan yang sama terhadap pandangan yang diluaskan. Facebook kena hack la dan sebagainya.
Curahan rasa Hati Putera @ ..Download Lagu Raya Aidilfitri 2014
apa kata facebook tu ditutup sepenuhnya ? haaa.. tapi memang majoriti tak setuju…
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Xkiralah siapa yang menulis..tapi hanya orang yang ridak berhati perut sanggup
Curahan rasa zara @ ..6 Langkah Meningkatkan Sistem Imuniti Anak Anda
Memang tak berhati perut langsung. Apa pun semoga keyboard warrior sedemikian diberikan hidayah
Curahan rasa Hati Putera @ ..Pesawat MAS MH17 Ditembak Di Ukraine?
tapi bukan semua chinese macam tu. hanya segelintir. melayu sendiri pun ada yg bebal
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cabaran Review Entri Denaihati
bangsa kita pun ramai je nak jadi keybod warrior.. diorang berani depan laptop
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
tak kisah la cina ke melayu. mmg tak patut buat statement mcm tu..
Curahan rasa nikkhazami @ ..BUFFET RAMADHAN CASA OMBAK
harap ada siasatan lanjut dalam masa terdekat nanti.
Curahan rasa Denaihati @ ..Final Piala Dunia 2014 German vs Argentina
KIta berharap soal-soal sensitif begini perlu dihapus segera..jika masih juga ada tangkap dan sumbat dalam penjara kerana bermain isu perkauman
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Mario Gotze Hero Jerman Yang Andsem
kalau laa ada cyber polis kan bes.. dapat tangkap malaun macam ni
amin.. biar mereka ada akal dan fikir macam mana kesedihan orang lain
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
tak punyai perasaan ke apa diorang nih ? adoii.. susah !
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Kepala hotak dia..FB kena hack…bila dh kecoh mcm ni, kata la kena hack…puii!!..dh terlebih mkn babi…mcm ni la, jadinye…Bodoh mcm babi…
Memang semua orang dah tahu akan keluar jawapan macam tu.
Curahan rasa Hati Putera @ ..Pesawat MAS MH17 Ditembak Di Ukraine?
memang jawapan yang dijangka dah macam tuu.. kecut terus
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Semakin menjadi2 pula sikap tidak hormat orang lain macam nih..bila dah tersebar tahu takut pula untuk mengaku seperti beraninya dia buat kenyataan..sanggup mengaku kena hacked or akaun palsu apa bagai..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
Biasala bro. nanti ada yang cakap dah tak guna akaun tu sejak lama dulu.
Curahan rasa Hati Putera @ ..Harga Baru Lesen Memandu Kereta Dan Motor 2014
bila dah tertangkap, gelabah punya pasal.. “akaun kena hack !” pfft
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Ada yg cuba menyalahkan orang islam dalam hal ini…
Curahan rasa weschairs @ ..Pantun SMS Raya
Bercakap ikut sedap mulut..kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
usaha nak membatukan api orang memang dah banyak sangat dalam sosial media nih.. adoii
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Ms Sim has mental problem, just sent her to mental hospital for proper treatment…
Tak tahu apa masalah dia sebenarnya..apa yg sangat2 dia tak puas hati dengan masyarakat yg rata2nya beragama Islam di sekelilingnya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
hati dan otaknya rosak..tak pernah fikir sudut positif selain negatif..baik siasat segera belum pengaruh ala-ala syaitannya mempengeruhi orang lain
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Mario Gotze Hero Jerman Yang Andsem
Islam sering dijadikan sebagai sasaran.. tak puas hati, terus lemparkan pada orang beragama Islam.. adoii.. harap2 bukan macam tu lahh..
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
rosak… pembelajaran sivik kena tekan lagi kuat dalam malaysia nia.. biar tahu erti etika hidup
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Orang Malaysia sepatut mempunyai adap sopan,nilainilai ketimuran dan akhlak yang tinggi.Wajar ke sesuka hati mengeluar kenyataan yang menunjukkan kebodohan berfikir,kecetekan ilmu.Think before you say something.Jaga lah hati kami salah satu keluarga mangsa.
Mungkin masyarakat kita terlalu bertolak ansur sehinggakan ada yg besar kepala seperti ini..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
Takziah untuk keluarga si mangsa.. harap tabah hadapi dugaan besar nih..
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Hello. How do you know he is fasting? He is eligible not to fast on that day.
betul lah, musafir dibolehkan tak berpuasa. penulis ni memang tak tau ni…
Curahan rasa Denaihati @ ..Jaringan Mario Gotze menjulang German
Betuk juga tu..kalau tengok time zone di sana siang kan..jadi berpuasa atau tidak terpulang sebab diharuskan
Curahan rasa zara @ ..Kelahiran Pramatang Dan Risikonya Terhadap Ibu Dan Bayi
Ops typo #betul..maafkan jari gemuks yang selalu salah menaip
Curahan rasa zara @ ..6 Langkah Meningkatkan Sistem Imuniti Anak Anda
ada manusia yang pendek akal mudah menganalis sesuatu berdasar perasaan dan bukannya logik akal..atau fakta sebenar
Curahan rasa Hero Borneo @ ..10 Ciri-Ciri Orang Kurang Waras
kesian penulis tu… mungkin nak luahkan apa yang terpendam tapi secara tak berakal sikt…
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Orang kita nih suka buat andaian sendiri tanpa mengetahui apa yg sebenarnya berlaku..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
suka serkap jarang lepas tu update di facebook. better tunggu pengesahan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cabaran Review Entri Denaihati
mungkin nak kasi viral dan terus dikenali… ada prospek, leh convert sales.. huhuhu
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
kesian.. takda ilmu nak menulis, tapi reti mengomen…
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Akaun tu fake kan..tapi statemment macam tu boleh menimbulkan maslah perkauman..apapon semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungi Msia dari sbrg bencana..amin..
Curahan rasa mummy zihan @ ..Pengedar sah shaklee Shah Alam
Yang saya baca akaun tu bukan fake tapi telah dihack. Pemilik akaun katanya sudahbtidak aktif menggunakan akaun tu agak lama.
sebaiknya deletelah akaun tu, sekarang masih ada lagi….
Curahan rasa Denaihati @ ..Gadis Peugeot CDM25 terlajak biadab
Ye ke kena hack? Cuba tgk post racist dia, ada yg dr tahun 2012, lama nya ac dia kena hack..
Baru je kene hack lepas post dia viral 😉
Curahan rasa zara @ ..6 Langkah Meningkatkan Sistem Imuniti Anak Anda
Bila dah tersebar biasanya macam tuh la..cakap kena hacked or akaun palsu..mengalahkan retis pulak la kalau orang nak menyamar jadi dia..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
susah woo nak percaya… mentang2 sekarang hack bagai… nak tanya.. ramai ke yang bleh hack akaun nih ..
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
ontah laa.. mana nak percaya aku pun tak tahu.. hmmm
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
amin.. moga malaysia terus teguh.. begitu juga negara2 Islam yang lain
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Tak patut kata macam tu sim, sy orang islam terasa . kena minta maaf balik
kita orang Islam sangat terasa, rasanya orang bukan Islam yang pegang pada agamanya pun takkan hina macam tu.
Curahan rasa Denaihati @ ..Pesawat MAS MH17 ditembak di Ukraine
hmm… sim.. hang memang biadab… tak kira laa siapa yang menulis, memang biadab
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
dengarnya facebook tu fake.
tak tahu betul atau tidak.
Curahan rasa titan @ ..Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.Com.My
mmg tak patut..tak patut…tak patut… 🙁
kes-kes sebelum ni banyak yang palsu, sebaiknya polis buat siasatanlah dulu.
bukan tak patut lagi, cari pasal lah…
Curahan rasa Denaihati @ ..Pesawat MAS MH17 ditembak di Ukraine
media sosial FB sukar nak dipercayai..demi kemaslatan umum akaun seperti ini wajar diblock automatik
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Nelson Mandela Menjadi Hero Afrika Selatan
sememangnya dah tak patut.. tak tahu erti sensitiviti orang kita.. hmm. kesian
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
lorh, palsu rupanye. patut la berani je mengutuk sesuka hati dia..
Curahan rasa Zuan @ ..Berbuka Puasa Bersama Deq Noor dan Para Pengomen Tegar
Kebanyakannnya yang berani sangat macam ni palsu, banyak kes dah. sebaiknya lebih baik ada siasatan juga. nanti senang-senang jadikan alasan.
Curahan rasa Denaihati @ ..MH17 Anak Saudara antara yang terkorban
mungkin perkara ini wajar dijadikan satu iktibar…buat makluman isu agama sangat sensitf dan boleh mengundang keburukan kepada si penulis.
kalau dah palsu, siap pun berani… andai kata ada pasukan khas detect ip.. fuhhh.. makin kurang fakers
tu laa.. fake punya pasal, abis yang lain merana… oh penulis…
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Comments are closed.