Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ketika dunia terutama kaum keluarga mangsa meratapi tragedi Boieng 777 – 200 MH17 ramai juga yang tiada lansung rasa sensitif dengan mempersendakan. Sebahagian kecil orang politik pulak mengambil kesempatan untuk menghentam dan menjatuhkan Kerajaan mengikut selera politik mereka. Ini saat sukar yang harus kita berdiri bersama mengharungi kesusahan bersama. Segala kesukaran adalah kurniaan ALLAH untuk kita menjadi negara yang lebih matang. Kalau Indonesia, Filipina, Jepun, Amerika dan banyak lagi negara di uji dengan bencana alam, Malaysia pun diuji dengan dua kemalangan kapal terbang iaitu MH370 dan MH17 selanh hanya tiga bulan.
Gambar-gambar bangkai pesawat MH17
Paling mengejutkan apabila aku menerima beberapa wassap yang menunjukkan seorang wanita mengecam kapten pesawat MH17 yang katanya penyebab tragedi MH17. Kecaman beliau kepada Kapten MH17 tiada bezanya dengan akhlak buruk gadis peugeot CDM25 yang membuli Pak Cik Sim. Aku tidak dapat membuktikan kesahihan kata-kata kesat Sim Kwang Yung Sim tetapi seandainya benar perkara begini tidak sepatutnya berlaku. Lebih hina lagi apabila beliau mengutuk amalan puasa Kapten Wan Amran yang dikatakan penyebab tragedi MH17 dan menghina orang Islam pergi ke Masjid.
Dunia siber mungkin ramai yang boleh menyamar dengan nama dan gambar Sim Kwang Yung Sim tetapi matlamatnya jelas menghina tidak kira siapa yang menulis. Sim Kwang Yung Sim atau penyamar mesti memohon maaf di atas tulisan yang sangat tidak bermoral. Begitu juga kepada semua keyboard warrior jangan sesekali menyebarkan berita tanpa pengesahan. Tulis apa yang perlu sahaja kerana setiap tulisan kita akan dibaca keluarga mangsa seperti Abang Parlan dan Kak Siah yang pasti akan menyentuh hati mereka. Hari ini hari mereka esok lusa mungkin hari kita dan juga lupa apa yang kita beri itulah yang kita akan dapat semula.
[box] Terkini : Mengikut The Star akaun Sim Kwang Yung Sim yang lama sudah tidak aktif telah di hack oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Laporan polis telah dibuat dan Pn Sim sedang membantu pihak polis membuat penyiasatan [/box]
Gambar-gambar mangsa yang terkorban tragedi MH17
Kalau dulu orang kata mata pena lebih tajam dari pedang tetapi zaman IT sekarang keyboard sudah mengambil alih fungsi mata pena. Apabila kita menulis dengan niat tidak baik itu melambangkan akhlak dan keperibadian seseorang yang tiada beza atau mungkin lebih hina dari wanita yang terjerit-jerit ditengah jalan membuli lelaki tua. Jangan kita tambah derita keluarga mangsa dengan analisa angan-angan kita. Lebih baik kita terus berdoa semuga keluarga mangsa diberi kekuatan dan sabar dengan ujian yang sangat berat ini.
Yakinlah apa sahaja yang berlaku di atas alam ini biar sekali seekor semut hitam di atas batu hitam di malam gelap gelita adalah di bawah takbir ALLAH inikan pula tragedi MH17. Setiap kejadian mungkin buruk di sisi manusia tetapi tidak di sisi ALLAH yang kita akan dapat rasai hikmahnya suatu masa akan datang. Jangan sesekali ada sangkaan buruk pada ALLAH.
[box]Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata. – Surah Al Anaam ayat 59 [/box]
473 Comments
semua yang berlaku ada hikmahnya.. cuba fikirkan perasaan keluarga mangsa..
Curahan rasa Filem Wayang Terkini @ ..Adnan Sempit Sawadikap
Ramai juga diantara kita yg bercakap ikut sedap mulut tanpa memikirkan sensitiviti orang lain..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
kalau orang kafir, mana tahu benda ni berlaku ada hikmah..
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
betul tu..tolonglah hentikan menghina mereka..kasihankan lah mereka yang dah tiada..
Curahan rasa syuhada salleh @ ..Segmen illustrasi comel
Tidakkah mereka sedar kata-kata hinaan seperti itu hanya menambahkan tekanan jiwa dan perasaan keluarga mangsa..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
diorang lupa yang pembalasan akan ada nanti.. mungkin tak sekrang tapi bila di sana
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
macam dah tak berhati perut diorang nih.. tak fikir perasaan orang lain
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Ya.
Sudah-sudah la tu menghina.
Tak kesian ke kat mereka.
Curahan rasa hikaru @ ..Spa Terbaik di Ampang.
Orang macam tuh bukan ada hati dan perasaan..tidak hiraukan sensitiviti orang lain..
kalau laa dapat tahu siapa dalang nih, konfem sedap repot polis
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
bukan setakat bangsa lain, bangsa kita pun kadang-kadang bagi komen macam tak guna akal..moga keyboard2 warrior ni mendapat hidayah
Curahan rasa cikgu naman @ ..Pertandingan Menulis Esei Bahasa Inggeris Sunway-Oxbridge
Maybe belum kena pada batang hidung sendiri..dah kena baru tahu bagaimana rasanya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
amin.. diorang berani depan laptop aja.. tapi kalo sendiri kena, keluar jugak air mata nanti
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
seriously whats that lady problem? fasting and that MH 17 incident are two different thing, how can she relate such thing to this big incident. really immature, baseless and stupid remarks. I myself as non muslim felt ashamed of what she’s had commented. is really nonsense her comment. Why ppl cant think of different aspect of the MH 17 incident rather than relating it to fasting.
lavender yang menyamar ke ni?hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
Hehe..mungkin kot..sekarang nih semua orang nak menyamar guna akaun orang lain..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
uihh… hahaha.. mungkin ya atau tidak.. atau memang dah macam tu…
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
die detektif hebat.. ada la tu yang tak kena… seriously, why ?
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Semoga Malaysia tabah menghadapi ujian kali ini..
Walaupun jumlah rakyat Malaysia tidak seramai belanda..namun ianya turut memberi kesan mendalam terhadap semua rakyat malaysia..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
amin… orang kita kena kuat semangat, banyak musibah yang berlaku sekarang
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Alam siber ni kadang-kala menjadi medan manusia menjadi kurang ajar. Banyak pendapat dibuat ikut nafsu sendiri. Rasa hormat menghormati antara satu sama lain tidak kira agama atau kaum jelas kurang diberi perhatian. Mencaci, menghina jadi perkara biasa. Di mana letaknya perikemanusiaan kita? Tanya iman dan akal…
Curahan rasa ummi naimie @ ..SHAKLEE MENYUMBANG UNTUK ISRAEL???
Bila ditegur sanggup bertegang urat..ini fb aku, aku punya sukalah..dunia akhir zaman..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
ha ah.. dah jadi medium sebagai nak jadi seorang yang jahat, seorang leh berkata apa pun
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Kadang2 apa yg kita tulis dan kongsikan haruskah ada batas2nya. Jangan kerana menulis mengikut nafsu semata2 hingga tercemar maruah seseorang. Lebih3lagi mereka yg telah pergi..
Curahan rasa nurmisnan @ ..Berina C Plus – makanan sunnah Rasulullah untuk minda dan kesihatan
cara menulis memang nampak cari pasal dan jelas menghina, isu sensitif, jangankan orang Islam, keluarga mangsa bukan Islam pun mugkin marah.
Curahan rasa Denaihati @ ..Gadis Peugeot CDM25 terlajak biadab
Orang2 seperti ini lah yg sering mencetuskan perbalahan..cakap ikut sedap mulut jer..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
betol tuu… manusia ada perasaan, kalo tak kena cara, lama2 kena siasat sampai lubang cacing.. bila dah jumpa, tak mengaku
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
apa sebab pun kita tak tahu kenapa perlu maki hamun sedangkan diorang adalah mangsa… kesian
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
semoga dipermudahkan segala urusan penyelamat di sana
Curahan rasa hafizi @ ..Resipi Mak Hidangan Syurga
sikap tidak sensitif begini menyebabkan ada pihak yang melenting..hati mereka sakit dan rosak..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Mario Gotze Hero Jerman Yang Andsem
mungkin masyarakat kita terlalu bertolak ansur dan mudah memaafkan..tu sebab golongan seperti ini tak pernah nak serik2..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
dah la mereka sudah sedih, tambah pulak dengan malaun malaun macam ni.. haihhh
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
moga wakil malaysia dapat segala details yang mana sudah menjadi milik malaysia
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Baca dulu dan jangan mudah membuat kesimpulan tanpa bukti yang nyata. Gunakan pemikiran kita dengan sebaik mungkin.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..MH17:Inti Pati Perutusan Khas Perdana Menteri Mengenai Tragedi MH17
kena dapatkan maklumat sebelum menulis, siapun yang berselindung dengan nama Sim Kwang Yung ni memang ada niat tak elok.
Curahan rasa Denaihati @ ..MH17 Anak Saudara antara yang terkorban
Harap pelakunya itu akan mendapat balasan yg setimpal dengan perbuatannya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
tu laa.. niat tak elok ni boleh mendorong pada benda benda yang tak baek terutama menjadi batu api
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
masalahnya keybod warrior nak tak pikir dah etika etika menulis nih… huhuhu
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
antara keburukan nyata media sosial…orang kurang waras mudah nak menyalahkan keadaan dan orang lain demi kepentingan diri sendiri
Curahan rasa Hero Borneo @ ..10 Ciri-Ciri Orang Kurang Waras
Jika digunakan secara positif..positif la jadinya..jika digunakan secara negatif, negatif la jadinya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
ada betol apa yang bro borneo cakap tuu.. mereka ‘berani’ je..
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
entahlah kenapa langsung tiada sensitiviti tentang kesedihan orang
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com
mungkin bila kena batang hidung sendiri baru nak terasa kesedihan
manusia ini pelik..suka kepada keburukan orang lain..soal kebaikan jarang pula diberi perhatian meluas!
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Malaysiakini Jadi Portal Terlajak Cari
ada banyak kebaikan tapi lebih mendorong nak buat kejahatan.. haihhh
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
tak pasti apa niat sebenar, tapi irang yang bertanggungjaab disebablik Sim Kwang Yung memang langsung tak bertanggungjawab.
Curahan rasa Denaihati @ ..Pesawat MAS MH17 ditembak di Ukraine
Saja nak buat provokasi kepada masyarakat muslim kot..agaknya puas hati lah dapat buat macam tuh..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
diorang fikir kesedihan ni benda kecil.. bila dah kena diri sendiri, nak insaf pun macam nak tak nak ja
Setiap tragedi pasti ada hikmahnya. Setiap tragedi juga bakal menampilkan banyak watak manusia yg sebenar.
Curahan rasa hafizmd @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak – This Is Something Different!
sama-sama kita menunggu siapa sebenarnya orang itu..undang-undang jangan buat main-main
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Nelson Mandela Menjadi Hero Afrika Selatan
orang sekarang macam tak endah je undang undang bila dah melibatkan dalam alam maya
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Sangat menyedihkan bila berlaku sesuatu tragedi..bertambah sedih bila ada yg tak tahu bertimbang rasa dan simpati sehingga menambah kedukaan keluarga mangsa..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
dan haruslah kita terima bila berlaku sebarang musibah… kita ni kerdil..
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
profile org di hacked,baca Star hari ini.Dia buat laporan polis itu
moga takde lagi manusia yg takde hati perut muncul utk panaskan keadaan
Curahan rasa hafizmd @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak – This Is Something Different!
mereka ada di mana-mana cuma sukar nak dikenalpasti..semoga Allah SWT memberi hidayah kepada orang seumpama ini
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Mario Gotze Hero Jerman Yang Andsem
Musang berbulu ayam..memang sukar dikenalpasti..tapi sepandai2 tupai melompat, pasti jatuh ke tanah juga..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
harap harap macma tu lah.. nak burukkan lagi keadaan yang mana dah tak ok dah nih
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
well, i smell something and hopefully it doesnt get worse as it is now..
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
kena letak diri d tempat keluarga mangsa. nak ke orang buat mcm tu kat kita? tak faham betul
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cabaran Review Entri Denaihati
itu sebab mereka bermasalah..hati penuh kebencian dan rasa tak puas tidak bertempat..minta-minta kita dijauhkan dari perkara seumpama ini.
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Mario Gotze Hero Jerman Yang Andsem
Masalah mental rasanya..entah apa yg dia tak puas hati sangat tuh..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
Comments are closed.