Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ini aku terima satu email dari wakil sebuah syarikat telefon pintar berjenama antarabangsa yang selalu menjadi penaja besar rancangan hiburan di Astro. Tujuan email tersebut adalah untuk bekerjasama projek promosi filem Hollywood yang sedang mereka usahakan. Memanglah menarik apabila mendapat jemputan untuk bekerjasama dengan syarikat berjenama besar untuk projek filem hollywood pulak tu.
Mengikut perancangan 2015 memang team Denaihati tidak akan menerima advetorial percuma melainkan untuk projek khas seperti isu status halal produk tertentu. Memandangkan projek ini dari syarikat smartphone terkenal walaupun pulangan hanya 2 keping tiket filem hollywood jadi aku pertimbangkan tetapi untuk advetorial di blog travel Denai.my. Trafik blog Denai.my ini boleh tahan juga melebih 500 ribu untuk tahun 2014 walaupun tiada promosi dan tidak banyak entri.
Nampaknya wakil syarikat lebih berminat untuk bekerjasama dengan blog Denaihati.com dari blog Denai.my dengan meningkatkan tawaran iaitu memberi lebih tiket dan produk merchandise filem Hollywood tersebut. Tawaran yang diberi kurang setimpal dengan kerja keras yang telah dilakukan oleh team Denaihati jadi email sebut harga telah dikirimkan sebagai membalas tawaran wakil syarikat tersebut. Sehingga entru ini ditulis pihak syarikat tersebut belum membalas email tersebut. Sebelum ini pernah juga berkerjasama mempromosi filem Batman The Dark Knight Rises dengan P1 tetapi konsep kerjasama berbeza dan ramai blogger yang dapat manafaat.
Iklan dan advetorial adalah salah satu cara blogger buat duit dengan blog. Memang agak sukar menetapkan harga sesebuah iklan di blog kerana ianya bergantung kepada capaian trafik blog dan interaksi sosial media yang memberi kesan kepada sesebuah pengiklanan. Tersentuh juga hati apabila syarikat besar yang sanggup habis berjuta-juta untuk pengiklanan di media yang lain tetapi tidak sanggup membayar kepada blog walaupun jumlahnya sangat jauh berbeza. Begitulah nasib apabila kita mengharap rezeki datang bergolek. Untuk blogger yang berjiwa besar kita mesti berubah menunjukkan kehebatan kita sebagaimana syarikat pengiklanan yang sentiasa menunjukkan kehebatan mereka kepada syarikat berjenama besar sehingga mendapat kontrak jutaan ringgit.
Alhamdulillah rezeki online tetap masuk dari berbagai sumber seperti affiliate yang semakin banyak. Rezeki datang dari ALLAH yang penting kita terus berusaha dan terus berusaha. Kepada yang nak jadi seperti aku terus buat duit dengan affiliate jangan lokek keluar sikit modal untuk beli buku cara buat duit dengan affiliate, memang tidak rugi malah akan dapat pulangan berganda. Jangan lupa follow fanpage Denaihati Network yang semakin meriah.
155 Comments
Komuniti blogger dah semakin meluas. Pengiklan ramai yg cari blogger untuk promote produk mereka. Bayaran jugak haruslah setimpal dengan hasil yg diberikan,
Pernah juga merasa haasil dari program affiliate. Tapi amount nya tak lah sehebat macam blog DH. Kena usaha lebih lagi.
Curahan rasa Fiza Rahman @ ..PANGKU ANAK Sambil MEMANDU????
Tahniah Abang Denai. Usaha hebat. Smg makin maju dan terus berjaya
Curahan rasa Alin Marlini @ ..House Warming Rumah Baru As & Abang Pali
Tahniah bos.terbaekk team Denaihati
baru orang luar nampak.Memang ada peluang kepada blogger
Curahan rasa faizalpj @ ..Sepetang Di Setia City Park
nak belajar jana pendapatan dengan affiliate, tapi tak buat-buat. adui 🙂
betapa besarnya nilai seorang blogger, walaupun ramai mengatakan blogger tak boleh buat duit. Nilai itu juga sebenarnya hasil titik peluh kita dari bawah tanah ke komersial. Bukti telah ada di sini.
Nilai seorang blogger juga tidak kira dengan berapa klik dalam iklan blog atau share link 20 sen tu. Entri ini mungkin sebagai contoh untuk entri yeop nanti.
Curahan rasa Khairil Mazri @ ..Setahun Sudah…
dulu, PG berpendapat bahawa seorang blogger hanya menulis apa sahaja yang ingin dikongsikan. tapi who know, seorang blogger juga kini boleh berjaya menjana pendapatan melalui blog itu sendiri. memang tabik spring dengan denaihati.
Wow amazing, selamat dan sukses blog denaihati yang sudah bisa menghasilkan pasif income yang luar biasa, denaihati menjadi inspirasi saya untuk membuat blog, terima kasih sudah berbagi
benaran yandi. Denaihati sudah menjadi inspirasi buat para blogger kiranya. 🙂
Tawaran dah menarik, namun beberapa faktok juga perlu diambil kira dan dipertimbangkan. Kebanyakan blogger usaha dengan cara tersendiri walaupun tidak lumayan namun kecekalan mereka mendapat tempat di hati pembaca.
Curahan rasa Inspirasi Huda @ ..Promosi Shaklee Mac 2015 Di Youtube
Memang perlu beri dasar yang kuat untuk harga advertorial di blog tapi memang dilihat dari kualitas blog juga kalau blog ini memang harus di hargai tinggi
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Ingatlah Sang Pemutus Segala Kelezatan
sudah berhempas pulas membuat kerja, takkan nak beri servis dengan harga yang rendah, tak berbaloi.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..3 Jenis Senaman Yang Wajib Diketahui
ada kala kita kena suarakan hak, ada kala kita kena diamkan sahaja, untuk kes seperti ini… team Denaihati bijak menguruskannya.
Curahan rasa puteraduyong @ ..Penyebab Utama Perut Anda Buncit
PG sokong. PG pasti, pasti team denaihati tidak akan ambil mudah dengan ini.
ye kena berbaloi dengan nilai yang diberi..takkan nak beri percuma sedangkan apa yang dorang dapat sangat-sangat berbaloi dengan nilai yang dikeluarkan.
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Maaf Boss, Saya Terpaksa Pencen Awal
Betul, rezeki takkan datang bergolek.
Perlukan usaha
Tahniah Team Denaihati 😀
Curahan rasa Ani Haryani @ ..Nak Berhenti Merokok Tetapi Gagal?
Memang benar tu, kadang-kadang syarikat besar punyai banyak peruntukan untuk promosi tetapi lebih inginkan publisiti percuma. Tak berbaloi tu..
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Sembelit Buat Diri Terseksa Sampai Duduk Berjam Dalam Toilet
8 ribu pembaca..wow ! ramainya..tak terjangka oleh minda saya ini..memang terbaiklah.
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Best Mobile Peluang Terbaik 2015
Dahsyat kan. Kan bagus kalau blog kita pun sama, pasti best 🙂
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Benarkah Servis Telekom Malaysia Teruk?
tak mustahil tapi mahu kerja secara bijak dan teknik yang ampuh..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Best Mobile Prepaid Bakal Dilancarkan
Kalau tak di pecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Blog ada pengikut sendiri.
Saya sendiri suka baca review dalam blog sebelum cuba servis atau beli produk baru
Terutama kalau harga produk dan servis mahal
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Makanan Menambah Kesuburan Lelaki & Wanita Cara Islam
kena pandai cari dan buat peluang.
bukan sekadar tunggu aje orang bagi duit kat kita.
kalau tak, memang susah la nak buat duit dengan blog nih.
Curahan rasa ohcikgu @ ..Prince of Wales Island International School (POWIIS), Penang – Malaysia
Comments are closed.