Harga kerja seorang blogger

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ini aku terima satu email dari wakil sebuah syarikat telefon pintar berjenama antarabangsa yang selalu menjadi penaja besar rancangan hiburan di Astro. Tujuan email tersebut adalah untuk bekerjasama projek promosi filem Hollywood yang sedang mereka usahakan. Memanglah menarik apabila mendapat jemputan untuk bekerjasama dengan syarikat berjenama besar untuk projek filem hollywood pulak tu.

Blogger trip lawat kilang Spritzer di Taiping

Mengikut perancangan 2015 memang team Denaihati tidak akan menerima advetorial percuma melainkan untuk projek khas seperti isu status halal produk tertentu. Memandangkan projek ini dari syarikat smartphone terkenal walaupun pulangan hanya 2 keping tiket filem hollywood jadi aku pertimbangkan tetapi untuk advetorial di blog travel Denai.my. Trafik blog Denai.my ini boleh tahan juga melebih 500 ribu untuk tahun 2014 walaupun tiada promosi dan tidak banyak entri.

blog travel denai.my

Nampaknya wakil syarikat lebih berminat untuk bekerjasama dengan blog Denaihati.com dari blog Denai.my dengan meningkatkan tawaran iaitu memberi lebih tiket dan produk merchandise filem Hollywood tersebut. Tawaran yang diberi kurang setimpal dengan kerja keras yang telah dilakukan oleh team Denaihati jadi email sebut harga telah dikirimkan sebagai membalas tawaran wakil syarikat tersebut. Sehingga entru ini ditulis pihak syarikat tersebut belum membalas email tersebut. Sebelum ini pernah juga berkerjasama mempromosi filem Batman The Dark Knight Rises dengan P1 tetapi konsep kerjasama berbeza dan ramai blogger yang dapat manafaat.

msmw-2014-bloggers-dan-shahul

Iklan dan advetorial adalah salah satu cara blogger buat duit dengan blog. Memang agak sukar menetapkan harga sesebuah iklan di blog kerana ianya bergantung kepada capaian trafik blog dan interaksi sosial media yang memberi kesan kepada sesebuah pengiklanan. Tersentuh juga hati apabila syarikat besar yang sanggup habis berjuta-juta untuk pengiklanan di media yang lain tetapi tidak sanggup membayar kepada blog walaupun jumlahnya sangat jauh berbeza. Begitulah nasib apabila kita mengharap rezeki datang bergolek. Untuk blogger yang berjiwa besar kita mesti berubah menunjukkan kehebatan kita sebagaimana syarikat pengiklanan yang sentiasa menunjukkan kehebatan mereka kepada syarikat berjenama besar sehingga mendapat kontrak jutaan ringgit.

buat duit dengan affiliate
Alhamdulillah rezeki buat duit dengan affiiate

Alhamdulillah rezeki online tetap masuk dari berbagai sumber seperti affiliate yang semakin banyak. Rezeki datang dari ALLAH yang penting kita terus berusaha dan terus berusaha. Kepada yang nak jadi seperti aku terus buat duit dengan affiliate jangan lokek keluar sikit modal untuk beli buku cara buat duit dengan affiliate, memang tidak rugi malah akan dapat pulangan berganda. Jangan lupa follow fanpage Denaihati Network yang semakin meriah.

fanpage blog Denaihati


Spread the love

155 Comments

  1. tak ramai advertiser Malaysia yang sedar dengan kuasa yang ada pada blogger ni sedangkan mereka diluar sana memandang blogger sebagai satu medium baru dalam dunia pengiklanan. blogger yang dapat memberi pengaruh yang besar ada lebih tinggi valuenya.dari segi iklan banner pula, pengiklan rasanya perlu juga sedar, CTR yang convert pada muka blog tu rasanya amat bernilai, sebab targeted customer mereka pun sudah semakin dekat, bukan sekadar influence their mind dengan jenama yang mereka promosi kan.
    Curahan rasa reezluv @ ..Cara Nak Poligami Tanpa KrisisMy Profile

  2. betul tu.. bukan murah harga kerja seorang blogger kini.. jangan dipandang mudah dengan menawarkan harga yang tidak masuk akal.. secara peribadi, saya merasakan dengan pemberian tiket itu kurang berbaloi
    Curahan rasa zool @ ..Mari Berjoging di hujung mingguMy Profile

  3. Terima kasih di atas perkongsian info.. Saya setuju.. Blog yang mempunyai bilangan pengunjung dan interaksi sosial yang tinggi sebegini, perlu meletakkan harga yang berpatutan kepada pengiklan yang berminat untuk mengiklankan perniagaan mereka..
    Curahan rasa Anuar @ ..Senarai CPUV Nuffnang pada Bulan Mac 2015My Profile

    1. Tapi bagi saya yang menjadikan bidang penulisan blog sebagai salah satu kerja Part Time.. Saya banyak menawarkan pengiklanan PERCUMA kepada rakan-rakan saya… Saya tumpang seronok apabila ada rakan-rakan yang mengucapkan Terima kasih kerana berpuas hati dengan pelanggan yang mereka perolehi melalui blog saya…
      Curahan rasa Anuar @ ..Senarai CPUV Nuffnang pada Bulan Mac 2015My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!