Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.
Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak bukan? Andai dilihat senario hari ini, boleh dikatakan semua ibu bapa sangat menekankan soal pendidikan anak-anak bagi membentuk sahsiah yang baik dan bijak. Malah elemen ini diterapkan sejak bayi dalam kandungan lagi.
Mengungguli terbitan majalah keluaran Kumpulan Media Karangkraf berbahasa Melayu berkonsepkan panduan keibubapaan dan prasekolah sejak 15 tahun lalu, Pa&Ma sentias berusaha memberikan informasi terbaik untuk ibu bapa dalam usaha membesarkan dan mendidik anak-anak sejak dalam kandungan lagi. Majalah Pa&Ma ialah rujukan terbaik dunia keibubapaan untuk ibu bapa mudah khususnya.
Selari dengan matlamat melahirkan anak-anak bijak dan bersahsiah tinggi, buat pertama kali Genius Pa&Ma iaitu terbitan Edisi Khas majalah Pa&Ma telah mula menemui pembaca sejak Oktober tahun lalu. Melihat sambutan yang positif, Edisi Khas ini dipasarkan semula bagi memenuhi permintaan ibu bapa yang mempunyai anak yang berusia tiga hingga enam tahun.
Masih mengekalkan konsep keibubapaan, Genius Pa&Ma wajar dimiliki oleh ibu bapa, pengasuh dan tenaga pengajar di taska dan tadika. Ini kerana ia memberi panduan tentang bagaimana mendidik, memahami dan merangsang pertumbuhan dan perkembangan anak-anak yang semakin aktif dan bijak menerokai dunianya dari segi fizikal, emosi dan kognitif.
Dengan tagline ‘Rujukan Keibubapaan Bentuk Anak Bijak 3-6 tahun’, Genius Pa&Ma diyakini akan menepati citarasa ibu bapa yang mahukan segala-galanya terbaik buat anak-anak merangkumi pendidikan, penampilan dan kesihatan .
“Penerbitan Genius Pa&Ma bertujuan memberi pendedahan dan panduan kepada ibu bapa muda zaman ini betapa pentingnya ilmu keibubapaan berkaitan perkembangan dan tumbesaran awal kanak-kanak. Biasanya, ibu bapa akan membuat persediaan rapi untuk menyambut cahaya mata pertama dan begitu mengambil berat soal penjagaan bayi. Bagaimanapun apabila anak semakin membesar dan pandai berdikari, mereka sering dibiarkan main sendiri malah gajet dijadikan teman rapat. Dan pada masa ada ibu bapa yang menyerahkan bulat-bulat kepada tenaga pengajar di taska dan tadika untuk mengajar anak-anak menulis, membaca, membuat aktiviti kraf, mengaji dan bersolat. Cara ini sebenarnya tidak betul kerana ibu bapa perlu sedar bahawa mereka mempunyai peranan tersendiri dalam proses perkembangan anak-anak ini,” ujar Editor Eizan Ariffin.
Dengan gaya atur letak, fotografi yang trendy dan segar, Genius Pa&Ma bakal melengkapkan ‘keperluan’ ibu bapa yang prihatin untuk memahami tentang tahap perkembangan anak dan lebih peka mengenai apakah bentuk pendekatan yang boleh digunakan bagi merangsang minda dan fizikal si kecil agar membesar cergas dan cerdas.
[box type=”shadow”]
Sponsor Ads
Rahsia didik anak jadi pintar cerdas!!! Klik Sini
Rahsia didik anak menjadi soleh!! Klik Sini
Rahsia mendidik anak cara yang betul! Klik Sini[/box]
Antara segmen menarik Genius Pa&Ma ialah Perkembangan Kanak-kanak, Gaya & Kesihatan, Adik Bijak, Sisipan 32 muka surat tentang Pemakanan Anak, Famili, 10 muka surat Jom Relaks yang mampu menguji minda anak-anak serta segmen Prasekolah yang bakal menjadi kemuncak kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun ini.
TESTIMONI IBU BAPA
- Rosfakihah Hassan
“Kehadiran Pa&Ma Genius memang tepat pada masanya. Saya menjadikan majalah ini sebagai rujukan dalam mendidik anak-anak. Saya sangat suka ruangan masakan yang melibatkan si kecil. Selain daripada itu, saya juga sukakan tip yang memberi panduan berguna agar anak cepat membaca. Segmen Perkembangan juga membantu saya dalam usaha membolehkan saya memantau perkembangan anak sesuai mengikut usia mereka.”
- Hj. Tengku Asmadi Tengku Mohammad
“Setiap ibu bapa perlu tahu bahawa perkembangan otak kanak-kanak begitu pesat pada usia bawah tujuh tahun. Ketika ini, perkembangan otaknya lebih terarah dan sistematik.
Oleh itu, setiap pembelajaran kepada anak haruslah dengan cara yang betul. Dengan adanya majalah Pa&Ma Genius, ia membantu ibu bapa mendapat arah yang betul dalam mendidik anak secara positif. Isi kandungan majalah ini berkaitan dengan perkembangan anak dapat menjadi kayu pengukur ibu bapa dalam mendidik anak-anak.”
Ibarat jurnal buat ibu bapa yang boleh dijadikan rujukan dalam memberi didikan buat anak-anak di antara umur tiga hingga enam tahun. Pelbagai tip menarik dan artikel berinformasi dikongsi, Dengan ketebalan dan kualiti kertas yang berkualiti, ia boleh dijadikan koleksi. Pendek kata, Pa&Ma Genius padat dan bermanfaat.
Untuk pembelian online, anda bakal mendapat lebih banyak diskaun! Layari http://mall.karangkraf.com/products/Genius-Pa&Ma-(Pre-Order)/3881
REBUT PAKEJ MENARIK INI!
BELI GENIUS Pa&Ma PERCUMA 1 majalah Pa&Ma isu lepas dengan hanya RM10!
Terhad sepanjang bulan MAC sahaja.
Jom follow di:
Instagram : @Majalahpama
Facebook : majalahpama
Web site : http://pama.karangkraf.com
119 Comments
bakal ibu dan bapa sentiasa jadkan buku ni sebagai panduan. femes betul
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Kadar Baru Tol Mulai 15 Oktober 2015
Anak merupakan satu anugerah yang tidak ternilai yang dikurniakan oleh tuhan. Sudah menjadi kewajipan kepada ibu bapa memberikan pendidikan yang sewajarnya agar mereka dapat mengapai impian di masa hadapan.
Curahan rasa Jom Daftar Tadika @ ..Why We Open Little Caliphs Kindergarten ?
Mendidik anak-anak perlukan ilmu.Dengan adanya majalah ini, mudah dijadikan panduan ibubapa.
Curahan rasa rika @ ..Awas! Perokok Tegar Sasaran Penyakit Buerger
banyak majalah yang bisa dijadikan rujukan untuk mendidik anak tapi pedoman yang utama adalah Al Qur’an dan Sunnah
Curahan rasa Web Guru @ ..Tips to optimize your adsense ads for higher revenue
belum pernah baca lg..insyaallah akan dapatkan satu majalah pa&ma nie..
Curahan rasa Pakej Umrah @ ..Pakej Umrah 2015
mantaaap..terimakasih atas informasi yang sangat penting dan patut kitaa tiru untuk melaksanakan tugas sebagi orangtua untuk mndidik dan mencetak anak buah hati kita.karena di dalam hadist pun sudah disebutkan bahwa umi/ibu adalah madrasah atau sekolah utama bagi anak-anaknya.
Curahan rasa Tas Wanita Original Terbaru 2015 @ ..Tas Prada KW Super 585-ANO3 Model Selempang
macam menarik je. mesti kene dapatkan satu untuk bentuk anak jd bijak ni. hehe
Dah beli majalah ni. Memang menarik dan penuh informasi. Sesuai untuk ibu bapa semua.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Bahagianya Hati Bila Masalah Anemia dan Low HB Anak Berjaya Diatasi
majalah sebegini patut diberi pendedahan kepada usia yg awal. dan majalah ini patut diberi kepada semua pelajar sekolah rendah.
Curahan rasa Tim Nusara Catering @ ..Video Kenangan Indah oleh Eternity Production
kena didik anak dengan benda positif dari kecil. kena biasakan dari awal
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Kadar Baru Tol Mulai 15 Oktober 2015
anak adalah aset yang sangat berharga kepada suami isteri..sebab itu amat wajar diberi pendidikan dan asuhan yang terbaik..dengan adanya majalaj PA MA ..maka ilmu tentang keibubapaan dapat dibaca dengan mudah
Curahan rasa mrhanafi.com @ ..Belajar Dari Pesaing Untuk Berjaya
Comments are closed.