Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ini aku terima satu email dari wakil sebuah syarikat telefon pintar berjenama antarabangsa yang selalu menjadi penaja besar rancangan hiburan di Astro. Tujuan email tersebut adalah untuk bekerjasama projek promosi filem Hollywood yang sedang mereka usahakan. Memanglah menarik apabila mendapat jemputan untuk bekerjasama dengan syarikat berjenama besar untuk projek filem hollywood pulak tu.
Mengikut perancangan 2015 memang team Denaihati tidak akan menerima advetorial percuma melainkan untuk projek khas seperti isu status halal produk tertentu. Memandangkan projek ini dari syarikat smartphone terkenal walaupun pulangan hanya 2 keping tiket filem hollywood jadi aku pertimbangkan tetapi untuk advetorial di blog travel Denai.my. Trafik blog Denai.my ini boleh tahan juga melebih 500 ribu untuk tahun 2014 walaupun tiada promosi dan tidak banyak entri.
Nampaknya wakil syarikat lebih berminat untuk bekerjasama dengan blog Denaihati.com dari blog Denai.my dengan meningkatkan tawaran iaitu memberi lebih tiket dan produk merchandise filem Hollywood tersebut. Tawaran yang diberi kurang setimpal dengan kerja keras yang telah dilakukan oleh team Denaihati jadi email sebut harga telah dikirimkan sebagai membalas tawaran wakil syarikat tersebut. Sehingga entru ini ditulis pihak syarikat tersebut belum membalas email tersebut. Sebelum ini pernah juga berkerjasama mempromosi filem Batman The Dark Knight Rises dengan P1 tetapi konsep kerjasama berbeza dan ramai blogger yang dapat manafaat.
Iklan dan advetorial adalah salah satu cara blogger buat duit dengan blog. Memang agak sukar menetapkan harga sesebuah iklan di blog kerana ianya bergantung kepada capaian trafik blog dan interaksi sosial media yang memberi kesan kepada sesebuah pengiklanan. Tersentuh juga hati apabila syarikat besar yang sanggup habis berjuta-juta untuk pengiklanan di media yang lain tetapi tidak sanggup membayar kepada blog walaupun jumlahnya sangat jauh berbeza. Begitulah nasib apabila kita mengharap rezeki datang bergolek. Untuk blogger yang berjiwa besar kita mesti berubah menunjukkan kehebatan kita sebagaimana syarikat pengiklanan yang sentiasa menunjukkan kehebatan mereka kepada syarikat berjenama besar sehingga mendapat kontrak jutaan ringgit.
Alhamdulillah rezeki online tetap masuk dari berbagai sumber seperti affiliate yang semakin banyak. Rezeki datang dari ALLAH yang penting kita terus berusaha dan terus berusaha. Kepada yang nak jadi seperti aku terus buat duit dengan affiliate jangan lokek keluar sikit modal untuk beli buku cara buat duit dengan affiliate, memang tidak rugi malah akan dapat pulangan berganda. Jangan lupa follow fanpage Denaihati Network yang semakin meriah.
155 Comments
Kualiti yang dihasilkan oleh seseorang blogger sepatutnya diberi nilai yang setimpal..bukan senang nak hasilkan killer content..semoga berjaya tuan DH
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Lutein dan Zeaxanthin adalah Zat Makanan untuk Mata
killer content nak bagi orang baca, dan juga orang share artikel tersebut, memang susah kalau tak tahu caranya
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
wah senangnya.. sukses terus yaa. jadi blogger memang cukup menjanjikan
Betul la tu…ingat senang ke nak tulis entri yang dapat tarik minat pembaca. Nak perah idea semua tu diorang ingat murah kot….x payah la org yang tak appreciate kerja bloggers ni.
Dunia blogging sebenarnya telah memberi peluang kepada ibu-ibu untuk bersama-sama anak dan pada masa yang sama menjana pendapatan dari rumah. Sewajarnya dengan entry bermutu dan kreatif, blogger diberi peluang untuk bersama-sama merancakkan dunia ekonomi keluarga dan negara.
Curahan rasa emalinmohd @ ..Tiada Alasan Untuk Berjaya – We Are Supermom
Blogger macam bro dH nih sentiasa menjadi tempat untuk blogger-bloger yang baru macam saya nih.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya
Blogger nih nak kena rajin.. rajin berkarya.. rajin BW… rajin membaca & rajin berkongsi…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow!
blogger memang pekerjaan yang menjanjikan bila ditekuni dengan segala aspek yang telah diajarkan oleh para blogger pro lainnya
Curahan rasa xaxac @ ..Improve Your Blog SEO Tremendously
Memang hebat DH Network.
Sumber inspirasi buat semua blogger.
Yang takut hendak melabut buat blog, nah lihat sahaja kejayaan DH.
Satu contoh yang baik buat semua
Curahan rasa Passionate About Blogging @ ..Tip Blogging Terbaik: Teknik Penulisan Blog Skyscraper
Memang sudah sampai masanya blogger itu dianggap satu kerjaya yang perlu diberikan pulangan setimpal dengan kerja. Apatah lagi jika blogger itu telah bekerja keras siang malam untuk menaikkan blognya di dunia online.
Patutnya pengiklan lebih faham dan memberikan respect kepada blogger-blogger yang bekerja keras ini.
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Cara Menjadikan Facebook Sebagai Lubuk Duit
Sau tanggungjawab besar yang perlu dipikul apa blogger sudah mencapai satu tahap tinggi. Mungkin perlu melihat arah tuju lebih mampan dari sebelum ini.
Curahan rasa akubiomed @ ..Program Saringan Kesihatan Perkeso kenapa mengelak
Penjenamaan adalah penting untuk menjadikan blogger itu dikenali di mata pengiklan dan syarikat besar. Bukan mudah tetapi tidak mustahil.
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Contoh Surat Permohonan Berpoligami Seorang Suami
wah semoga terus cemerlang. baca entry ni buat kami blogger yang kecil kecilan lebih bersemangat.
Curahan rasa sharmien @ ..5 Tips Bangun Solat Tahajud Bila Amalkan Gerenti Boleh Tukar Jadi Tabiat
Nampaknya mereka memandang rendah dengan pengaruh seorang blogger. Mereka fikir cukup dengan sekadar dua keping tiket?
Curahan rasa Helmi Aliarit @ ..Kapal Terbang Ini Cuba Mengelilingi Dunia Dengan Hanya Menggunakan Tenaga Solar.
smg saya pun bisa berjaya sbg blogger seperti anda dan rakan yg lain
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Pengalaman Bersalin Anak Ketiga
sukses terus untuk para blogger di dunia, semoga bisa terus berkembang…
In Sha Allah, jika ada kemahuan semua boleh dilakukan. Ramai blogger di dunia telah berjaya memberikan impak hebat.
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Cara Menjadikan Facebook Sebagai Lubuk Duit
Rezeki blogger ada di mana-mana, kena kreatif dan bertegas juga dengan pengiklan. Kadang-kala diorang lihat pada jangka pendek saja, padahal jangka panjang itu yg membuatkan iklan mahal.
Curahan rasa Afiffuddin @ ..Tanda Lelaki Suka Kita Dalam Diam
Betul. Kena tunjukkan kekuatan blog yang ada. Kadangkala mereka pandang rendah pada blogger, walhal mereka tidak tahu harga kerja sebenar seorang blogger bukan harga pasar malam!
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Cara Menjadikan Facebook Sebagai Lubuk Duit
Comments are closed.