Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ini aku terima satu email dari wakil sebuah syarikat telefon pintar berjenama antarabangsa yang selalu menjadi penaja besar rancangan hiburan di Astro. Tujuan email tersebut adalah untuk bekerjasama projek promosi filem Hollywood yang sedang mereka usahakan. Memanglah menarik apabila mendapat jemputan untuk bekerjasama dengan syarikat berjenama besar untuk projek filem hollywood pulak tu.
Mengikut perancangan 2015 memang team Denaihati tidak akan menerima advetorial percuma melainkan untuk projek khas seperti isu status halal produk tertentu. Memandangkan projek ini dari syarikat smartphone terkenal walaupun pulangan hanya 2 keping tiket filem hollywood jadi aku pertimbangkan tetapi untuk advetorial di blog travel Denai.my. Trafik blog Denai.my ini boleh tahan juga melebih 500 ribu untuk tahun 2014 walaupun tiada promosi dan tidak banyak entri.
Nampaknya wakil syarikat lebih berminat untuk bekerjasama dengan blog Denaihati.com dari blog Denai.my dengan meningkatkan tawaran iaitu memberi lebih tiket dan produk merchandise filem Hollywood tersebut. Tawaran yang diberi kurang setimpal dengan kerja keras yang telah dilakukan oleh team Denaihati jadi email sebut harga telah dikirimkan sebagai membalas tawaran wakil syarikat tersebut. Sehingga entru ini ditulis pihak syarikat tersebut belum membalas email tersebut. Sebelum ini pernah juga berkerjasama mempromosi filem Batman The Dark Knight Rises dengan P1 tetapi konsep kerjasama berbeza dan ramai blogger yang dapat manafaat.
Iklan dan advetorial adalah salah satu cara blogger buat duit dengan blog. Memang agak sukar menetapkan harga sesebuah iklan di blog kerana ianya bergantung kepada capaian trafik blog dan interaksi sosial media yang memberi kesan kepada sesebuah pengiklanan. Tersentuh juga hati apabila syarikat besar yang sanggup habis berjuta-juta untuk pengiklanan di media yang lain tetapi tidak sanggup membayar kepada blog walaupun jumlahnya sangat jauh berbeza. Begitulah nasib apabila kita mengharap rezeki datang bergolek. Untuk blogger yang berjiwa besar kita mesti berubah menunjukkan kehebatan kita sebagaimana syarikat pengiklanan yang sentiasa menunjukkan kehebatan mereka kepada syarikat berjenama besar sehingga mendapat kontrak jutaan ringgit.
Alhamdulillah rezeki online tetap masuk dari berbagai sumber seperti affiliate yang semakin banyak. Rezeki datang dari ALLAH yang penting kita terus berusaha dan terus berusaha. Kepada yang nak jadi seperti aku terus buat duit dengan affiliate jangan lokek keluar sikit modal untuk beli buku cara buat duit dengan affiliate, memang tidak rugi malah akan dapat pulangan berganda. Jangan lupa follow fanpage Denaihati Network yang semakin meriah.
155 Comments
Setuju pada salah satu komen yang kata perlu wujud senarai harga tetap yang diputuskan oleh persatuan blogger untuk memudahkan pengiklan.
Curahan rasa halif @ ..Siapa Zahariz Khuzaimah?
Mungkin kita perlu wujudkan “Persatuan Blogger Malaysia” untuk menjaga kebajikan Blogger seperti Usahawan Internet Malaysia..
Curahan rasa Anuar @ ..Senarai CPUV Nuffnang pada Bulan Mac 2015
Dengan adanya “Persatuan Blogger Malaysia” kita boleh mewujudkan kadar harga kos pengiklanan sebuah blog berdasarkan bilangan pembaca blog mereka..
Curahan rasa Anuar @ ..Senarai CPUV Nuffnang pada Bulan Mac 2015
Kena berpesatuan untuk menetapkan harga iklan, macam yg dilakukan utk teksi, penjaja, workshop dan banyak lagi
Curahan rasa Norasikin @ ..Kek Bantal Majlis Perkahwinan
Masalahnya orang Melayu bila berpersatuan akan jadi isu lain. Isu kuasa, isu skandal dan sebagainya. Sekadar berkata dari pengalaman yang tak seberapa.
Curahan rasa SN #ARSENALTEGAR @ ..7 Fakta: Menyu menggelabah jumpa Arsenal
Betul tu saya setuju.. Komuniti Blogger di Malaysia semakin berkembang.. Kita perlu mewujudkan persatuan untuk membela nasib kita.. Terutamanya nasib Full Time Blogger yang bergantung sumber pendapatan pada blog semata-mata
Curahan rasa Anuar @ ..Senarai CPUV Nuffnang pada Bulan Mac 2015
Mungkin boleh pass projek kat saya nanti.. Lama jugak tak dak apa apa projek ni he he
Curahan rasa Weschairs @ ..Ais batu paling mahal di dunia
Trafik blog ni bukan sikit. Jadi berbaloi ka dengan harga yg diletakkan.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cabaran Menulis Entry dengan Tulisan Tangan
saya teringin nak dapat duit melalui blog. cuma x berkesempatan..
Curahan rasa mizi @ ..SAYANGLAH SUAMI ANDA
boleh cuba. walaupun mula mula sikit tapi akan jadi pembakar semangat. semoga berjaya
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cabaran Menulis Entry dengan Tulisan Tangan
Betul jugak. Sekarang ni org lebih byk iklan di blog sebab jarang tgk tv. Jadi harga mesti la mahal
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cabaran Menulis Entry dengan Tulisan Tangan
kalau bukan blogger sendiri yang memperbaiki taraf hidupnya siapa lagi mari kita angkat nilai hasil kerja kita
Curahan rasa komen di blog aku dapat link di sidebar @ ..Memakai Akalnya Untuk Berfikir, Bukan Untuk Kecewa
wah… projek besar, sudah tentu pulangan yang lumayan, tahniah buat team Denaihati.
Curahan rasa puteraduyong @ ..Memori MH370 Kronologi 365 Hari Kehilangan
Bukankah pembayaran untuk advertorial kena bayar lebih, lebih lagi blog seperti Denaihati. Mereka ingin ini tempat suka-suka ke? Kita pun ada harga perlu ditetapkan. Kalau setakat ratusan di blog terkenal, mana boleh pertimbangkan.
Semoga ia menjadi panduan buat blogger lain. Kalau blog saya bolehlah ratusan ringgit.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cabaran menulis entri dengan tulisan tangan
Saya setruju dengan tuan Denaihati yang hanya meletakkan iklan di blog denai.my dan tidak di denaihati.com. Kalau dia sanggup bayar puluhan ribu ringgit barulah sepadan dengan kerja yang dilakukan.
Kita sebagai blogger pun ada harga diri juga perlu dipertahankan. Jangan perkecilkan blogger seperti kita semua ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora
nak turut sama setuju jugak dengan tuan Denaihati, pembayaran harus setimpal dengan hasilnya 😉
Curahan rasa puteraduyong @ ..Kontroversi Ustaz Kazim vs Dr Maza
saya sokong kenyataan anda…blogger dah semakin tinggi nilainya dan pengaruhnya kepada orang ramai.
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Specs iPhone 6 vs clone
Kita pun ada harga juga sebagai seorang blogger. Syarikat besar sanggup bayar berjuta ringgit untuk iklan di TV dan ratusan ringgit untuk media/akhbar. apa salahnya dibayar pulan ribu untuk iklan di blog Denaihati.
Semoga ianya boleh buat perbincangan dan menetapkan harga yang biar sepadan dengan titik peluh seseorang/team di sesebuah blog. Kita pun mahu hidup ma…. tanggung anak bini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora
kalau dah ramai yang baca mesti harganya tinggi bukan senang nak kekalkan pembaca untuk baca blog kita
saya x dapat pun, hehhe, blog saya biasa ja, tapi kalau di bayar RM ratus ke atas mahu juga saya.. 🙂 Tetapi kalau dibayar murah memang x mahu dan berbaloi
Curahan rasa myrujukan @ ..Pembekal Cadar Patchwork Cotton Terbaik Malaysia
hanya blogger sahaja yang tahu jerih payah membangunkan sesuatu blog. Tindakan yang bijak dilakukan oleh team DH.
Curahan rasa Sya Isya @ ..Baju Kurung Pahang Batik Sutera Creepe Digital Berbatu 2015
hoho..
gua dapat gak dari syarikat tu. Dah diskus harga.
TUnggu orang atas diorang approve ke tidak.
Kalau dapat, memang best la gak.
Curahan rasa titan @ ..Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora
hehe tahniah bro titan, memang layak dapat tawaran lumayan ni. Dah dapat tu pandai-pandai kongsikan ye 😉
Curahan rasa puteraduyong @ ..Memori MH370 Kronologi 365 Hari Kehilangan
Comments are closed.