Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ini aku terima satu email dari wakil sebuah syarikat telefon pintar berjenama antarabangsa yang selalu menjadi penaja besar rancangan hiburan di Astro. Tujuan email tersebut adalah untuk bekerjasama projek promosi filem Hollywood yang sedang mereka usahakan. Memanglah menarik apabila mendapat jemputan untuk bekerjasama dengan syarikat berjenama besar untuk projek filem hollywood pulak tu.
Mengikut perancangan 2015 memang team Denaihati tidak akan menerima advetorial percuma melainkan untuk projek khas seperti isu status halal produk tertentu. Memandangkan projek ini dari syarikat smartphone terkenal walaupun pulangan hanya 2 keping tiket filem hollywood jadi aku pertimbangkan tetapi untuk advetorial di blog travel Denai.my. Trafik blog Denai.my ini boleh tahan juga melebih 500 ribu untuk tahun 2014 walaupun tiada promosi dan tidak banyak entri.
Nampaknya wakil syarikat lebih berminat untuk bekerjasama dengan blog Denaihati.com dari blog Denai.my dengan meningkatkan tawaran iaitu memberi lebih tiket dan produk merchandise filem Hollywood tersebut. Tawaran yang diberi kurang setimpal dengan kerja keras yang telah dilakukan oleh team Denaihati jadi email sebut harga telah dikirimkan sebagai membalas tawaran wakil syarikat tersebut. Sehingga entru ini ditulis pihak syarikat tersebut belum membalas email tersebut. Sebelum ini pernah juga berkerjasama mempromosi filem Batman The Dark Knight Rises dengan P1 tetapi konsep kerjasama berbeza dan ramai blogger yang dapat manafaat.
Iklan dan advetorial adalah salah satu cara blogger buat duit dengan blog. Memang agak sukar menetapkan harga sesebuah iklan di blog kerana ianya bergantung kepada capaian trafik blog dan interaksi sosial media yang memberi kesan kepada sesebuah pengiklanan. Tersentuh juga hati apabila syarikat besar yang sanggup habis berjuta-juta untuk pengiklanan di media yang lain tetapi tidak sanggup membayar kepada blog walaupun jumlahnya sangat jauh berbeza. Begitulah nasib apabila kita mengharap rezeki datang bergolek. Untuk blogger yang berjiwa besar kita mesti berubah menunjukkan kehebatan kita sebagaimana syarikat pengiklanan yang sentiasa menunjukkan kehebatan mereka kepada syarikat berjenama besar sehingga mendapat kontrak jutaan ringgit.
Alhamdulillah rezeki online tetap masuk dari berbagai sumber seperti affiliate yang semakin banyak. Rezeki datang dari ALLAH yang penting kita terus berusaha dan terus berusaha. Kepada yang nak jadi seperti aku terus buat duit dengan affiliate jangan lokek keluar sikit modal untuk beli buku cara buat duit dengan affiliate, memang tidak rugi malah akan dapat pulangan berganda. Jangan lupa follow fanpage Denaihati Network yang semakin meriah.
155 Comments
Terbaik cara team DH ni. Tunjukkan belang kita blogger bukan picisan. Nak iklan di tv selama 25 saat pun kena beribu ringgit, nak iklan di blog long term punya cerita nak bagi tiket??? Bukan mudah nak maintain setiap artikel ada pembaca. Lagi lagi melalui organic trafic..SEO tu.. 😀 , ilmu dengan skill yang mahal, bayar domain setahun sekali je..hehehehe
Curahan rasa Syahril Hafiz @ ..Senarai 10 Malaysia Best Blog 2015
Memang tak layak jika perusahaan smartphone terkenal mau beriklan dengan biaya sedikit. Apalagi beriklannya di sebuah blog sebesar DENAIHATI.COM
Curahan rasa Dawaihati @ ..UpToPromo Cara Lain Menghasilkan Uang dari Blog
Alahai jenama besar pun nak promosi on the cheap … abaikan saja.
Curahan rasa Malaysia Tercinta @ ..Jadual Siaran Langsung Liga Super 2015
sesetengah pihak memandang enteng kerana mereka tidak pernah menyelami kerja kerja sebenar seorang blogger.
Curahan rasa Dr Fattah @ ..Nota Separa Perubatan Mengenai Program Derma Organ
mari naikkan sesama nilai blogger malaysia bagi setaraf blogger di luar negara.
dan team Denaihati komit ke arah itu.. terbaik !
Curahan rasa Muaz @ ..Baju Emelmatik Money in the List untuk pemasaran emel
Setuju dengan pendapat muaz. Sudah tiba masanya blogger Malaysia juga layak duduk setaraf dengan blogger antarabangsa. Its not all about money sahaja.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5S Giveaway by Syafiqspecki
Perkara biasa yang dilalui dalam proposal pengiklanan….. bila kita beri sebut harga rating kita dengan portfolio kita – terus je senyap dan takde nak berunding agar dapat persetujuan bersama…. kalau betul-betul diorang nak iklan/promosi “one time payment” ni mesti akan setuju dengan cadangan kita
Curahan rasa Hazman Fadzil @ ..Sesi Temuramah bersama gadis pelajar UIA GOMBAK di Restoran Gravy Factory Nu Sentral
Setuju dgn komen Shakiddo. Kalau diorang tak respon, jalan je terus. Respek kat team Denaihati. Nampaknya syarikat besar akan sentiasa cuba ‘mempergunakan’ bloggers demi keuntungan sebelah pihak je…
Curahan rasa Sembang Sukan @ ..Berapa Lama Perak Akan Gayat Di Singgahsana?
Tersentuh pulak rasa bila baca posting ni.
Dulu saya biasa juga baca luahan blogger tapi hanya simpati tetapi sejak jadi blogger baru ni baru saya tahu susah payah membina blog apatah lagi nak bina network yang besar.
Bukan kecik anak punya kerja. Saya sokong team Denaihati.
Curahan rasa NFH @ ..CARA MENCUCI MUKA DENGAN SEMPURNA ALA KOREA (VIDEO)
memang harus diberi sebutharga bos
not simply beri laluan free pd mereka syarikat besar ni.
All d best n gd luck
Curahan rasa nurmisnan @ ..Tarikh penutupan Contest Petua dan Herba KongsiBersamaNora dilanjutkan lagi
kita tunggu je lah nanti kalau dia ada reply. Nama besar boleh taja “anugerah” dalam TV, boleh taja “piala bolasepak”… Takkan laaa berapa sen sangat nak iklan kat blog DENAIHATI.COM ni tak boleh kan.. sebab dia yang request selepas kita offer balik. Jadi… tungguuuuu…. Kalau takde, kita jalan terusssss… =)
Curahan rasa KiD @ ..Semalaman #Projek2015 di Muar
sangat setuju dengan pendapat bro KiD ni, nampaknya mereka sudah tahu betapa hebat promosi menerusi blog dengan bayaran yang minimum tapi hasil yang sgt lumayan.
Curahan rasa puteraduyong @ ..Memori MH370 Kronologi 365 Hari Kehilangan
soal nilai harga itu adalah hasil usaha kita bina blog..bukannya buat blog sehari dua terus naik….kita perah otak dan idea…jadi harga yang setimpal itu patut…setuju dengan cara tuan DH..tak beri laluan mudah untuk letak iklan
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Blogger Malaysia Ini Memang Best
Wahhhh Tahniah team Denaihati.. Untuk berjaya banyak laluan dan cabaran yang perlu dihadapi. Tanpa ketabahan, kesungguhan dan konsisten akan kecundang ditengah jalan.
Curahan rasa Sani Sini Sana @ ..Webinar Percuma Gobala Krishnan
bukan semudah itu untuk beriklan di dalam blog kerana setiap blog itu dibina bukan dalam masa sehari.
Curahan rasa ikhwan @ ..Cara Beli Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Tuan Ikhwan: Saya setuju, banyak peluh dan kerut dahi yang keluar untuk jadikan ia blog yang bagus..
Curahan rasa Sani Sini Sana @ ..Webinar Percuma Gobala Krishnan
Banyak juga masa yang terkorbankan untuk membina jenama dan menulis entri utk tatapan pembaca.
Curahan rasa denaihati @ ..10 individu terkaya Malaysia 2015
memang betul dan sangat setuju dengan kenyataan ni, ramai yang dah ‘terkorban’ kerana tidak tahan cabaran.
Curahan rasa puteraduyong @ ..Tumpang Seronok Tengok Hanis Zalikha Kini Bertudung
Memang blogger patut fight lagi untuk dapatkan harga setimpal dengan ad agency. Kalau dibandingkan, blogger punya data lagi jelas, berapa impression, berapa click. Ad agency kadang2 susah nak evaluate keberkesanan kempen iklan mereka.
Kalau nak mula buat blog, saya cadangkan baca artikel ni supaya kerja keras anda tak sia-sia.
Curahan rasa Am Ahmad @ ..Berapa kali anda boleh gagal?
Nak menjadi seorang blogger tu mudah tetapi untuk menjadikan ia satu kerjaya bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak bend perlu dikorbankan. Saya memang tabik dengan mereka yang berjaya mengekalkan momentum sebagai seorang blogger berjaya sehingga hari ini
Curahan rasa Latihan Industri 2015 @ ..Best software developing internship ever!
Sayapun tabik juga dengan blogger-blogger yang konsisten untuk memberi tanpa jemu dan bosan..:-)
Curahan rasa Sani Sini Sana @ ..Webinar Percuma Gobala Krishnan
kalau dah ramai yang baca mesti harganya tinggi bukan senang nak kekalkan pembaca untuk baca blog kita
Comments are closed.