Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Sangat beruntung untuk jemaah haji yang terpilih Allah SWT pada tahun ini apabila Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan wukuf jatuh pada hari Jumaat yang diyakini bakal menjadi Haji Akhbar (Hari Haji yang paling agung).
Haji Akhbar ini adalah haji yang ditunggu-tunggu umat Islam seluruh dunia. Para ulama’ menyatakan bahawa wuquf di Arafah yang mana jatuhnya pada hari Jumaat membawa kebaikan. Antara kebaikannya adalah seperti berikut:
- Haji yang dilakukan adalah seumpama haji yang telah dikerjakan oleh Rasulullah SAW kerana ketika Nabi menunaikan haji wada’ , wuquf di Arafah jatuh pada hari Jumaat.
- Jumaat merupakan penghulu bagi segala hari dan ia merupakan saat dan waktu yang doa seseorang mudah diperkenankan.
- Hari Arafah merupakan hari ‘raya’, dan begitu juga hari Jumaat dianggap sebagai hari ‘raya’. Jadi apabila Arafah berlaku pada hari Jumaat, maka sudah tentu kebaikannya amat banyak.
“Dan inilah satu makluman dari Allah SWT dan Rasul-Nya kepada manusia pada hari Haji Akbar, bahawa Allah SWT melepaskan diri dari perjanjian dengan orang Musyrikin” – Surah at-Taubah ayat 3
Ibn al-Qayyim telah menyenaraikan beberapa kebaikan yang terdapat pada hari wuquf yang jatuh pada hari Jumaat. Antaranya ialah:
- Bertemunya dua hari (Arafah dan Jumaat) yang merupakan sebaik-baik hari.
- Hari yang mudah diperkenankan doa oleh Allah.
- Bersamaan dengan hari wuquf Rasulullah saw ketika mengerjakan haji wada’.
- Pertemuan besar manusia di Arafah pada hari wuquf, ditambah pula pertemuan pada hari Jumaat untuk khutbah dan solat Jumaat.
- Kedua-dua hari tersebut merupakan hari ‘raya’.
- Ketaatan dan amalan soleh yang dibuat pada hari Jumaat mempunyai nilaian dan kelebihannya yang tersendiri.
- Bersamaan dengan Hari Perhimpunan Agung di akhirat kelak. Rasulullah saw juga telah menyata
Bagaimanapun sesetengah ulama membawakan hujah mereka mengatakan Haji Akbar itu adalah Hari Arafah. Setengah ulama pula bersama sahabat seperti Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a yang menyatakan bahawa Haji Ahkbar itu adalah hari arafah yang jatuhnya pada hari Jumaat dan pahalanya disebut sehebat 70 kali pahala Haji biasa, Ia juga disebut oleh Imam al-Ghazzali, ini bermakna pada Haji Akbar, semua orang yang berada di Arafah akan diampunkan.
Berdasarkan tulisan daripada Ustaz Noehas “Para Ulama’ mempunyai banyak pendapat tentang maksud dari haji Akhbar. Semua pendapat tersebut berasaskan hujah masing-masing dan termasuk dalam kategori khilaf muktabar yang boleh diterima.
Bersyukur kepada yang mendapat peluang mengerjakan Haji Akhbar dan paling bersyukur apabila Allah SWT pilih untuk kembara rohani membersihkan jiwa menyempurnakan rukun Islam yang ke lima.
Bukan semua yang mempunyai keinginan tinggi untuk berkusut masai mengerjakan ibadah haji dipilih oleh Allah SWT kerana itu kepada yang terpilih tiada nilai yang boleh dinilai dengan wang ringgit yang dibayar.
Semoga semua jemaah haji yang dipilih Allah SWT mendapat haji Mabrur dan mendapat keampunan daripada Yang Maha Esa.
Kepada yang tidak terpilih berazamlah kita untuk menyempurnakan ibadah korban biar pun hanya satu bahagian lembu sahaja. Semoga pengorbanan kita yang sedikit itu bakal dilihat terlalu besar di sisi Allah SWT.
Dan kepada siapa yang nak buat tempahan korban tahun ini, boleh klik di link di bawah.
Tempahan Korban Murah Tahun 2022/1443
421 Comments
Subhanallah banyaknya kelebihan haji akbar ni .. betaap berintung mereka yang dapat mengerjakan haji di tanah suci tahun ni.
Saya baru tahu..
Semoga Tuan Haji mendapat haji Akbar seperti yang diidamkan… InsyaALLAH..
Curahan rasa fazrol @ ..jom makan – Che’Nor Cendol Madu
sungguh beruntung mereka mereka yang mendapat panggilan agung ini..Allahuakhbar
Curahan rasa mrsfiza @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam W41 6 September
Alhamdulillah..insan2 pilihan Allah..harap kita juga mendapat peluang seperti ini..ameenn ya rabb 🙂
Curahan rasa cikguimah @ ..cara rawat selsema tanpa ubat
Alhamdulillah beruntung nya para haji yang dijemput Allah untuk tahun ni, peluang yang sangat berharga
Curahan rasa nazra @ ..Bahaya ESP soya bila LELAKI ketagih mengambilnya!
peluang untuk mereka mendapat keampunan dari Allah… beruntung orang yang terpilih, rugi orang yang tak terpilih. Tanda-tanda haji mabrur sudah ramai yang tahu.
Curahan rasa ainun @ ..Ziarah Kematian
Bertuah siapa yang mengerjakan ibadah haji tahun ni. Semoga mendapat haji yang mabrur
Curahan rasa nord @ ..Kulit anjal, Tegang dan Awet muda Idaman Wanita
kesungguhan dan niat yang ikhlas amat penting supaya amalan kita diterima…lebih-lebih lagi dala urusan haji
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Cuba Template Percuma Mesra SEO
niat adalah penting jika kita pergi haji hanya untuk menunjuk-nunjuk haji itu seperti tiada makna
Curahan rasa iuzira @ ..Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang
niat yang ikhlas amat perlu..supaya amalan kita dapat diterima lebih-lebih lagi untuk menjadi haji akbar
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Terkenang Kisah Lama Buat Minisite
bila seseorang itu dah mampu menunaikan haji ambillah peluang ini untuk bertemu dengan Allah dengan lebih dekat dan niat pergi haji kerana Allah
Curahan rasa iuzira @ ..Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang
pada ada pasang niat teruskan usaha mengumpul dana masing-masing harap dapat ke sana dalam keadaan yang sihat walfiat hendaknya
Curahan rasa suri @ ..The Boxtrolls
ramai jemaah sedang bersiap sedia untuk balik ke tanah air. Mesti ramai yang pergi shopping ni.
Curahan rasa ainun @ ..Ziarah Kematian
kita doakan yang terbaik untuk mereka janganlah berharap sesuatu dari kepulangan ini
Curahan rasa suri @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 24/2014_HP PC Demand Gen Digital Campaign
selalu mereka akan bawa air zam-zam bersama juga.kalaua da lain jubah atau buah kurma barangkali
Curahan rasa suri @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 23/2014_ Sunsilk Silhouette
semoga mendapat haji yang mabrur. Ya Allah jemputlah aku juga untuk sampai ke rumahMu
Curahan rasa nord @ ..Usia Masih Muda Tetapi Sudah Ada Uban
Amin..senantiasalah berdoa kepada Allah agar diberi peluang ke Tanah Suci
Curahan rasa mrsfiza @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
impian saya kelak semoga suatu hari nanti saya akan dapat ke sana juga nanti. amin.
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 23/2014_ Sunsilk Silhouette
bukan senang nak mendapatkan “Haji Akbar Haji Mabrur” , ..banyak kena gi kursus dulu unduk mendalami ilmu di dada..
Curahan rasa adna2029 @ ..Release Tension..
Comments are closed.