Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Sangat beruntung untuk jemaah haji yang terpilih Allah SWT pada tahun ini apabila Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan wukuf jatuh pada hari Jumaat yang diyakini bakal menjadi Haji Akhbar (Hari Haji yang paling agung).
Haji Akhbar ini adalah haji yang ditunggu-tunggu umat Islam seluruh dunia. Para ulama’ menyatakan bahawa wuquf di Arafah yang mana jatuhnya pada hari Jumaat membawa kebaikan. Antara kebaikannya adalah seperti berikut:
- Haji yang dilakukan adalah seumpama haji yang telah dikerjakan oleh Rasulullah SAW kerana ketika Nabi menunaikan haji wada’ , wuquf di Arafah jatuh pada hari Jumaat.
- Jumaat merupakan penghulu bagi segala hari dan ia merupakan saat dan waktu yang doa seseorang mudah diperkenankan.
- Hari Arafah merupakan hari ‘raya’, dan begitu juga hari Jumaat dianggap sebagai hari ‘raya’. Jadi apabila Arafah berlaku pada hari Jumaat, maka sudah tentu kebaikannya amat banyak.
“Dan inilah satu makluman dari Allah SWT dan Rasul-Nya kepada manusia pada hari Haji Akbar, bahawa Allah SWT melepaskan diri dari perjanjian dengan orang Musyrikin” – Surah at-Taubah ayat 3
Ibn al-Qayyim telah menyenaraikan beberapa kebaikan yang terdapat pada hari wuquf yang jatuh pada hari Jumaat. Antaranya ialah:
- Bertemunya dua hari (Arafah dan Jumaat) yang merupakan sebaik-baik hari.
- Hari yang mudah diperkenankan doa oleh Allah.
- Bersamaan dengan hari wuquf Rasulullah saw ketika mengerjakan haji wada’.
- Pertemuan besar manusia di Arafah pada hari wuquf, ditambah pula pertemuan pada hari Jumaat untuk khutbah dan solat Jumaat.
- Kedua-dua hari tersebut merupakan hari ‘raya’.
- Ketaatan dan amalan soleh yang dibuat pada hari Jumaat mempunyai nilaian dan kelebihannya yang tersendiri.
- Bersamaan dengan Hari Perhimpunan Agung di akhirat kelak. Rasulullah saw juga telah menyata
Bagaimanapun sesetengah ulama membawakan hujah mereka mengatakan Haji Akbar itu adalah Hari Arafah. Setengah ulama pula bersama sahabat seperti Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a yang menyatakan bahawa Haji Ahkbar itu adalah hari arafah yang jatuhnya pada hari Jumaat dan pahalanya disebut sehebat 70 kali pahala Haji biasa, Ia juga disebut oleh Imam al-Ghazzali, ini bermakna pada Haji Akbar, semua orang yang berada di Arafah akan diampunkan.
Berdasarkan tulisan daripada Ustaz Noehas “Para Ulama’ mempunyai banyak pendapat tentang maksud dari haji Akhbar. Semua pendapat tersebut berasaskan hujah masing-masing dan termasuk dalam kategori khilaf muktabar yang boleh diterima.
Bersyukur kepada yang mendapat peluang mengerjakan Haji Akhbar dan paling bersyukur apabila Allah SWT pilih untuk kembara rohani membersihkan jiwa menyempurnakan rukun Islam yang ke lima.
Bukan semua yang mempunyai keinginan tinggi untuk berkusut masai mengerjakan ibadah haji dipilih oleh Allah SWT kerana itu kepada yang terpilih tiada nilai yang boleh dinilai dengan wang ringgit yang dibayar.
Semoga semua jemaah haji yang dipilih Allah SWT mendapat haji Mabrur dan mendapat keampunan daripada Yang Maha Esa.
Kepada yang tidak terpilih berazamlah kita untuk menyempurnakan ibadah korban biar pun hanya satu bahagian lembu sahaja. Semoga pengorbanan kita yang sedikit itu bakal dilihat terlalu besar di sisi Allah SWT.
Dan kepada siapa yang nak buat tempahan korban tahun ini, boleh klik di link di bawah.
Tempahan Korban Murah Tahun 2022/1443
421 Comments
bagi yang belum ada kesempatan untuk mengerjakan haji pada tahun ini..insya Allah teruskan berusaha untuk menempatkan diri bersama-sama mereka pada tahun yang mendatang..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Tips Blogwalking Untuk Mendapat Backlink
mesti daftar dahulu kalau belum daftar susahlah nak pergi ke sana nanti. moga urusannya sahabat permudahkan
Curahan rasa cahayacinta @ ..Cara Menggunakan Pemerah Pipi Mengikut Bentuk Wajah_ RMK Malaysia
beruntung la siapa yang kerjakan haji tahun ni. moga semua mendapat haji mabrur
Curahan rasa sohoque @ ..Cara Elakkan Rakan Anda Meluat Dengan Status Media Sosial Anda!
memang jarang-jarang terjadi haji akbar ini. jadi memang siapa yg dpt tu sbb Allah memang inginkan dia utk dpt
Curahan rasa sohoque @ ..Cara Elakkan Rakan Anda Meluat Dengan Status Media Sosial Anda!
semoga para jemaah haji yang menjadi tetamu Allah mendapat haji Mabrur. Inshaallah satu hari nanti diri ini pula yang akan menjejakkan kaki ke tanah suci dengan izin Allah..terima kasih tuan DH atas info berkenaan dgn Haji Akbar ni
Curahan rasa Murni Mohd Yusof @ ..Makanan Tradisi: BURASAK
Ada kemesraan antara kita,
Jalinan kasih di hari raya,
Daging qurban di bahagi rata,
Tanda kasih pengorbanan anda.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
Kini tiba masa raya,
Umat Islam berqurban di serata dunia,
Hari yang penuh istimewa,
Penih keberkatan di sisi Allah Taala.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
Tabung Haji pengendali jemaah haji,
Agensi terbaik diiktiraf oleh Arab Saudi,
Moga haji dilakukan haji akbar diperolehi,
Mendapat ganjaran Syurga di akhirat nanti.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
Daging Qurban telah diagihkan,
Kepada semua fakir miskin,
Semoga Qurban yang dijalankan,
Mendapat ganjaran dan rahmatnya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
Hari Jumaat hari doa digalakan berdoa,
Semoga doa yang dipinta diperkenankan,
Selamat Hari Raya buat semua,
Moga tahun ini boleh buat qurban.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
Hari Jumaat penghulu segala hari,
Hari Qurban hari raya haji,
Berkat Qurban yang dijalani,
Mendapat rahmat di akhirat nanti,
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
Qurban dilakukan mendapat ganjaran,
Pahalanya berganda banyaknya,
Moga ia mendapat keberkatan,
Dan diterima oleh Allah Taala.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
Lembu disembelih sebagai qurban,
Untuk menyempurnakan tuntutan agama,
Semoga berkat qurban dilakukan,
Mendapat ganjaran berganda-ganda.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
Selamat Hari Raya qurban atau Salam aidiladha buat semua umat Islam di seluruh dunia. Manakala bagi jemaah yang menunaikan haji di Mekah, semoga dapat haji mabrur dan haji akbar. Insha Allah…
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
Salam adiladha buat umat islam seluruh dunia..semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Salam Aidiladha 1435H Dari Hero Borneo
Semoga mereka yang diberikan kesempatan pergi ke Mekah dapat tunaikan haji dengan sempurna, dan dikurniakan Haji Mabrur.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Doakan Mereka Haji Mabrur
amin, moga begitu la hendanya.
salam Eid al-Adha kepada anda 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Comments are closed.