Haji Akhbar yang ditunggu-tunggu umat Islam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sangat beruntung untuk jemaah haji yang terpilih Allah SWT pada tahun ini apabila Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan wukuf jatuh pada hari Jumaat yang diyakini bakal menjadi Haji Akhbar (Hari Haji yang paling agung).

Haji Akhbar ini adalah haji yang ditunggu-tunggu umat Islam seluruh dunia. Para ulama’ menyatakan bahawa wuquf di Arafah yang mana jatuhnya pada hari Jumaat membawa kebaikan. Antara kebaikannya adalah seperti berikut:

  1. Haji yang dilakukan adalah seumpama haji yang telah dikerjakan oleh Rasulullah SAW kerana ketika Nabi menunaikan haji wada’ , wuquf di Arafah jatuh pada hari Jumaat.
  2. Jumaat merupakan penghulu bagi segala hari dan ia merupakan saat dan waktu yang doa seseorang mudah diperkenankan.
  3. Hari Arafah merupakan hari ‘raya’, dan begitu juga hari Jumaat dianggap sebagai hari ‘raya’. Jadi apabila Arafah berlaku pada hari Jumaat, maka sudah tentu kebaikannya amat banyak.

“Dan inilah satu makluman dari Allah SWT dan Rasul-Nya kepada manusia pada hari Haji Akbar, bahawa Allah SWT melepaskan diri dari perjanjian dengan orang Musyrikin” – Surah at-Taubah ayat 3

Ibn al-Qayyim telah menyenaraikan beberapa kebaikan yang terdapat pada hari wuquf yang jatuh pada hari Jumaat. Antaranya ialah:

  1. Bertemunya dua hari (Arafah dan Jumaat) yang merupakan sebaik-baik hari.
  2. Hari yang mudah diperkenankan doa oleh Allah.
  3. Bersamaan dengan hari wuquf Rasulullah saw ketika mengerjakan haji wada’.
  4. Pertemuan besar manusia di Arafah pada hari wuquf, ditambah pula pertemuan pada hari Jumaat untuk khutbah dan solat Jumaat.
  5. Kedua-dua hari tersebut merupakan hari ‘raya’.
  6. Ketaatan dan amalan soleh yang dibuat pada hari Jumaat mempunyai nilaian dan kelebihannya yang tersendiri.
  7. Bersamaan dengan Hari Perhimpunan Agung di akhirat kelak. Rasulullah saw juga telah menyata

Bagaimanapun sesetengah ulama membawakan hujah mereka mengatakan Haji Akbar itu adalah Hari Arafah. Setengah ulama pula bersama sahabat seperti Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a yang menyatakan bahawa Haji Ahkbar itu adalah hari arafah yang jatuhnya pada hari Jumaat dan pahalanya disebut sehebat 70 kali pahala Haji biasa, Ia juga disebut oleh Imam al-Ghazzali, ini bermakna pada Haji Akbar, semua orang yang berada di Arafah akan diampunkan.

Berdasarkan tulisan daripada Ustaz Noehas “Para Ulama’ mempunyai banyak pendapat tentang maksud dari haji Akhbar. Semua pendapat tersebut berasaskan hujah masing-masing dan termasuk dalam kategori khilaf muktabar yang boleh diterima.

Bersyukur kepada yang mendapat peluang mengerjakan Haji Akhbar dan paling bersyukur apabila Allah SWT pilih untuk kembara rohani membersihkan jiwa menyempurnakan rukun Islam yang ke lima.

Bukan semua yang mempunyai keinginan tinggi untuk berkusut masai mengerjakan ibadah haji dipilih oleh Allah SWT kerana itu kepada yang terpilih tiada nilai yang boleh dinilai dengan wang ringgit yang dibayar.

Semoga semua jemaah haji yang dipilih Allah SWT mendapat haji Mabrur dan mendapat keampunan daripada Yang Maha Esa.

Kepada yang tidak terpilih berazamlah kita untuk menyempurnakan ibadah korban biar pun hanya satu bahagian lembu sahaja. Semoga pengorbanan kita yang sedikit itu bakal dilihat terlalu besar di sisi Allah SWT.

Dan kepada siapa yang nak buat tempahan korban tahun ini, boleh klik di link di bawah.

Tempahan Korban Murah Tahun 2022/1443

421 Comments

  1. Keinginan nik utk ke Kota Suci Mekkah makin kuat bila membaca entry ni….semoga Allah perkenan niat baik kita semua dan dpt menjejakan kaki kita di Tanah Suci tu suatu hari nanti..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!