Guangzhou memang diluar jangkaan

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pengalaman percutian Bejing penuh penipuan membuat perasaan negatif bersarang dalam jiwa apabila kali pertama nama Guangzhou disebut. Kalau sebelum ini kali pertama aku menjejaki bumi Aceh untuk projek ekonomi persahabatan begitu juga mengikut rombongan bisnis Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) adalah kali pertama menjejak kaki ke Guangzhou. Apabila pesawat Airasia melintas lalu di atas bandar Guangzhou perasaan berubah melihat betapa besarnya kotaraya ini.

rombongan dpim di Guangzhou

Bergambar di Masjid Xiaobie Guangzhou
Bergambar di Masjid Xiaobie Guangzhou

Guangdong Martime Expo

team KLezcar di Guangzhou
team KLezcar di Guangzhou

Menjejak masuk ke Guangzhou Baiyun International Airport sudah merasai kelainan, lapangan terbang yang bukannya kecil. Aku orang yang pertama daripada 35 ahli rombongan yang melepasi pemeriksaan imigresen dan kaunter pertama aku tuju adalah kaunter membeli simkad. Simkad khas untuk internet sahaja untuk 1 GB berharga 150 yuan. Sehingga habis kembara aku hanya menggunakan hanya 200MB sebab dengan broadband tempatan tidak boleh nak masuk Facebook, Instagram dan Google jadi pastilah tak banyak data yang digunakan.

Restoran SABA Guangzhou

Restoran Nur Buston depan masjid Huaisheng Guangzhou
Restoran Nur Buston depan masjid Huaisheng Guangzhou
Restoran Mint Leaf di Bejing Lu
Restoran Mint Leaf di Bejing Lu

Restoran Abdullah Guangzhou

Destinasi pertama kami setelah keluar daripada Airport adalah restoran halal sebab perut sudah menyanyi. Kami singgah makan di Restoran SABA, restoran halal yang menghidangkan makanan Arab, di Malaysia juga ada cawangan di Cyberjaya dan Wangsamaju. Selain restoran SABA kami juga singgah makan di tiga lagi restoran halal Guangzhou di hari kedua dan ketiga iaitu Restoran Nur Buston GuangzhouRestoran Abdullah Guangzhou dan Restoran Mint Leaf Guangzhou. Banyak lagi restoran halal di Guangzhou jadi memang tak ada masalah nak melancung di sini kepada pelancung Islam.

Makam Saad Abi Waqqos
Makam Saad Abi Waqqos

Setelah makan kami bergerak ke lokasi yang menjadi matlamat utama aku datang ke Guangzhou iaitu menziarahi makam sahabat Nabi SAW, Saad Abi Waqqos. Tersentuh hati setelah dapat menziarahi makam Saad Abi Waqqos terletak dalam perkarangan Masjid Xiaobie. Berjalan daripada Tanah Arab ke bumi China selama lebih 14 tahun untuk membawa perutusan Islam adalah suatu jihad besar yang akhirnya telah menjadi asbab turunnya hidayah islam kepada berpuluh juta manusia di Asia. Pada hari kedua sempat solat di Masjid Huaisheng yang dibina oleh Saad Abi Waqqos lebih 1300 tahun dahulu. Aku sempat juga melihat kesan sejarah jalan raya yang dibina oleh berbagai maharaja antaranya Maharaja Dinasti Ming pada tahun 960 AD di Bejing Lu.

Masjid Huaisheng berusia lebih 1300 tahun
Masjid Huaisheng berusia lebih 1300 tahun

Sepanjang tiga hari di Guangzhou kami menetap di Hotel Sheraton di bandar Dongguan lebih kurang dua jam naik bas dari badar Guangzhou. Sebab utama kami memilih hotel ini kerana berdekatan dengan dewan Guangdong 21 st Century Maritime Silk Road International Expo. Lebih 400 usahawan Malaysia mempamerkan produk bersama dengan beribu usahawan daripada berbagai negara antaranya sahabat dari KLezcar, Agro Jerneh dan Blogger Mohamad Hayatullah. Pada hari ketiga kami singgah di 118th Canton Fair di Guangzhou. Mejelajah berjam-jam di dua expo ini telah mencelikkan mata aku dengan peluang bisnis yang terlalu besar yang sudah lama usahawan satu dunia kejar tapi aku baru tahu. Hasrat untuk mencari herba termahal di dunia juga tercapai setelah mencari dari satu gerai ke satu gerai dan semuanya tak sanggup nak pamerkan kerana terlalu mahal. Gerai terakhir sebelum kami balik mempamerkan cordyceps yang harganya USD1350 untuk setiap 50 gm. Memang sah herba ini sangat mahal melebihi harga emas bukan sekadar cakap-cakap sahaja.

Gerai Blogger Hayatullah di Guangdong Expo
Gerai Blogger Hayatullah di Guangdong Expo
Sebahagian gerai pameran antara beribu di Canton Fair
Sebahagian gerai pameran antara beribu di Canton Fair
Satu-satu gerai yang mempamerkan herba termahal di dunia
Satu-satu gerai yang mempamerkan herba termahal di dunia

Agro jerneh

Bila dah menjejaki Guangzhou pasti tidak lengkap kalau tidak shopping antara tempat yang kami singgah adalah pasaraya onelink, textile market dan Bejing Lu. Uniknya pasaraya di Guangzhou kalau jual barangan kulit satu pasaraya semua jual produk barangan kulit begitu juga texlite dan sebagainya. Memang syurga kepada usahawan dengan berbagai produk yang berkauliti dengan harga yang sangat murah kalau beli dalam kuantiti yang banyak. Kepada yang nak produk kualiti rendah pun ada melambak cuma pesan ketua rombongan bila sudah tawar menawar mesti beli jangan tinggal begitu sahaja takut tak balik. Sempat juga kami singgah di Canton Tower melihat keindahan Guangzhou di waktu malam.

Bejing Lu pusat membeli belah
Bejing Lu pusat membeli belah
Bersama pembaca setia blog Denaihati di Canton Tower
Bersama pembaca setia blog Denaihati di Canton Tower
Jalam zaman dinasti Ming di Bejing Lu
Jalam zaman dinasti Ming di Bejing Lu

Memang best dan diluar jangkaan Guangzhou tidak seperti pengalaman melancung di Beijing. Alhamdulillah ini bandar ke empat di China yang sudah aku jejaki selain Beijing, Hong Kong dan Macau dan kami sudah merancang untuk pergi ke Xixian tahun depan. Ada kekawan yang PM bagaimana aku cari dana melawat berbagai sudut dunia setiap tahun. Nak tahu jom jumpa aku cerita. 2017 rancangan kami nak menjelajah Brazil dan Argentina semuga ALLAH permudahkan.


Spread the love

119 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!