Google Hangout #tanyaNajib Budget 2013

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bukanlah yang pertama di dunia tetapi DS Najib Razak antara beberapa pemimpin dunia yang berani berinteraksi terus dengan rakyat melalui Google Hangout. DS Najib mengambil kesempatan untuk bersoal jawab isu Budget 2013 yang masih hangat dibincangkan oleh rakyat.

Apabila Kerajaan mengumumkan akan melaksanakan Google Hangout dengan hashtag #tanyaNajib maka berbagai soalan telah ditanya melalui Twitter dan Facebook oleh komuniti internet. Tidak kurang juga ramai yang menggunakan hashtag #tanyaNajib untuk mengutuk pemimpin negara sendiri dengan berbagai soalan dan kutukan yang nak baca pun tak sampai hati. Tetapi aku tabik pada DS Najib yang tidak tersentuh hati dengan semua kutukan dan kejian daripada rakyatnya sendiri.

Semua kutukan dan kejian kepada DS Najib melalui #tanyaNajib pastinya datang daripada rakyat yang tidak menyokong kepimpinan Kerajaan yang memerintah. Melalui #tanyaNajib ada yang cuba menasihati supaya tidak bersifat kurang ajar kepada pemimpin. Kepada yang dah tak suka apa diaorang kira janji dapat kutuk pasti puas hati. Yang baik pun akan dikutuk apatah lagi yang tak baik pasti juga dikutuk dan dikeji. DEMOKRASI akan menjadi prinsip yang digunakan untuk bebas bercakap dan bebas mengutuk dan mengeji.

Pihak yang tidak menyokong Kerajaan sedang menyerang habis-habisan Budget 2013 yang digambarkan lansung tidak ada nilai kepada Malaysia. Memang begitu sifatnya pembangkang di Malaysia yang sentiasa membangkang apa sahaja yang Kerajaan buat supaya kelihatan mereka buat kerja. Begitu juga pembangkang di negeri-negri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Apabila politik mengatasi agama maka hati telah tertutup untuk menunjukkan akhlak yang baik sebagaimana contoh yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Kita perlu menggunakan akal dan fikiran untuk bertidak bukan terpengaruh dengan ahli politik yang sentiasa sahaja berusaha mencari sokongan yang sebenarnya lebih mementingkan diri mereka sendiri. Di sisi ALLAH demokrasi ciptaan barat bukan tiket untuk bebas sebebasnya.

Bukannya semua Rakyat Malaysia suka dengan budaya mengutuk dan mengeji walaupun sebenarnya mereka juga bukan menyokong Kerajaan. Di saat akhir menjelang Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13) strategi parti politik sangat penting kerana silap strategi boleh memakan diri. Serangan yang keterlaluan boleh memusnahkan harapan kerana penentu kemenangan mana-mana parti politik bukan terletak pada ahli parti tetapi pada pengundi atas pagar.

Semuga semua ahli politik Malaysia menggunakan sosial media seperti Twitter, Facebook dan Google Hangout untuk berinteraksi dengan rakyat bagi menyelesaikan berbagai masalah rakyat. Jangan biarkan hanya Perdana Menteri sahaja bekerja untuk Rakyat sedangkan yang lain senyap sunyi tidak kreatif mengikut trend masakini.


Spread the love

108 Comments

  1. Bila mana rakyat bersuara, maka kerajaan dpt memberi reaksi yg positif, ini akan memberi kerajaan utk menilai dan membaiki apa yg kurang. Tukar pemerintah tidak akan menukar apa2 ttg kesan ekonomi negara, silap percaturan boleh membuat ekonomi kita jatuh menjunam.
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Get Ready For #ChurpOut 2012!My Profile

  2. Berintraksi dgn rakyat dlm laman sosial spt twitter, FB, google +, sgt menarik perhatian saya, mungkin ramai lg rakan2 yg suka. Cuba kritik secara membina, secara tidak langsung ini akan dpt kerajaan tentukan di mana patut dibaiki, bila rakyat bersuara di sini.
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Get Ready For #ChurpOut 2012!My Profile

  3. PM selalu menerapkan ttg denyut nadi rakyat dlm segala pemerintahannya, tahu melalui isi hati rakyat, apa yg diperlukan oleh mereka, sentiasa turun padang utk menemui rakyat, bertanya khabar, memberi bantuan dlm segala segi, cuma tidak byk dihebohkan. Kementerian tertentu yg diwakililah di setiap bidang sudah bersiap-sedia utk dijalankan apa yg dijanjikan.
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Get Ready For #ChurpOut 2012!My Profile

  4. Betul tu saya setuju.. Semua ahli politik perlu berinteraksi dengan rakyat sebelum menjelang pilihan raya ini.. Melalui cara ini akan dapat lebih meyakinkan rakyat bahawa mereka mampu menjaga kebajikan rakyat.. dan mereka layak mendapat undian..

    Tapi kalau buat senyap jer, kita akan tertanya-tanya.. Mampu kah mereka menunaikan kewajipan sebagai pemimpin apabila mereka menang pilihan raya nanti?
    Curahan rasa Anuar @ ..Bertemu Dr Fatin Liyana di Restoran Ana Ikan Bakar Petai, BangiMy Profile

  5. kita mengimpikan sebuah negara demokrasi 2 parti yang boleh memacu negara ke arah kemajuan seimbang dunia dan akhirat, akan tetapi kalau pemikiran terlalu taksub samada penyokong atau pembangkang maka pembangunan akan terbantut …semakin ramai pendatang masuk, semakin ramai rakyat berpindah keluar

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!