Google Hangout #tanyaNajib Budget 2013

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bukanlah yang pertama di dunia tetapi DS Najib Razak antara beberapa pemimpin dunia yang berani berinteraksi terus dengan rakyat melalui Google Hangout. DS Najib mengambil kesempatan untuk bersoal jawab isu Budget 2013 yang masih hangat dibincangkan oleh rakyat.

Apabila Kerajaan mengumumkan akan melaksanakan Google Hangout dengan hashtag #tanyaNajib maka berbagai soalan telah ditanya melalui Twitter dan Facebook oleh komuniti internet. Tidak kurang juga ramai yang menggunakan hashtag #tanyaNajib untuk mengutuk pemimpin negara sendiri dengan berbagai soalan dan kutukan yang nak baca pun tak sampai hati. Tetapi aku tabik pada DS Najib yang tidak tersentuh hati dengan semua kutukan dan kejian daripada rakyatnya sendiri.

Semua kutukan dan kejian kepada DS Najib melalui #tanyaNajib pastinya datang daripada rakyat yang tidak menyokong kepimpinan Kerajaan yang memerintah. Melalui #tanyaNajib ada yang cuba menasihati supaya tidak bersifat kurang ajar kepada pemimpin. Kepada yang dah tak suka apa diaorang kira janji dapat kutuk pasti puas hati. Yang baik pun akan dikutuk apatah lagi yang tak baik pasti juga dikutuk dan dikeji. DEMOKRASI akan menjadi prinsip yang digunakan untuk bebas bercakap dan bebas mengutuk dan mengeji.

Pihak yang tidak menyokong Kerajaan sedang menyerang habis-habisan Budget 2013 yang digambarkan lansung tidak ada nilai kepada Malaysia. Memang begitu sifatnya pembangkang di Malaysia yang sentiasa membangkang apa sahaja yang Kerajaan buat supaya kelihatan mereka buat kerja. Begitu juga pembangkang di negeri-negri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Apabila politik mengatasi agama maka hati telah tertutup untuk menunjukkan akhlak yang baik sebagaimana contoh yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Kita perlu menggunakan akal dan fikiran untuk bertidak bukan terpengaruh dengan ahli politik yang sentiasa sahaja berusaha mencari sokongan yang sebenarnya lebih mementingkan diri mereka sendiri. Di sisi ALLAH demokrasi ciptaan barat bukan tiket untuk bebas sebebasnya.

Bukannya semua Rakyat Malaysia suka dengan budaya mengutuk dan mengeji walaupun sebenarnya mereka juga bukan menyokong Kerajaan. Di saat akhir menjelang Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13) strategi parti politik sangat penting kerana silap strategi boleh memakan diri. Serangan yang keterlaluan boleh memusnahkan harapan kerana penentu kemenangan mana-mana parti politik bukan terletak pada ahli parti tetapi pada pengundi atas pagar.

Semuga semua ahli politik Malaysia menggunakan sosial media seperti Twitter, Facebook dan Google Hangout untuk berinteraksi dengan rakyat bagi menyelesaikan berbagai masalah rakyat. Jangan biarkan hanya Perdana Menteri sahaja bekerja untuk Rakyat sedangkan yang lain senyap sunyi tidak kreatif mengikut trend masakini.


Spread the love

108 Comments

  1. Buak senang nak jadi pemimpin ohhh…..jadi suami yg mithali pun belem tentu dpt, inikan pula satu Malaysia kena jaga. Bukan satu kerja yg senang woo…..perlu memikirkan pelbagai sudut, 1001 macam stratergi, 1001 macam perkara yg perlu difikirkan supaya tidak menjadi satu kesalahan besar utk negara.
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun NasihatMy Profile

  2. Janji ditepati, amat sesuai sekali. PM mahu rakyat sendiri menjadi hakim dan menilai corak pemerintahannya, Kalau tidak tepati, lain kali kita jgn percaya lagi pada janji2 beliau. Apa macam setuju ke tidak?? 🙁
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun NasihatMy Profile

  3. Soal ekonomi biar kerajaan yg uruskan, apa kata bajet ni kita kutip hasil keuntungan negara. Sbb tulah PM bagi BR1M 2.0, supaya rakyat sama2 nikmati haasil keuntungan negara. Kalau dai tidak ikhlas, itu hak dia. Yang penting rakayat berpendapatan miskin dan sederhana dpt juga menikmati.
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun NasihatMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!