Gerhana Bulan, Matahari dan Solat Kusuf

Kita memulakan 2010 dengan Gerhana Bulan Separa. Gerhana Bulan Separa berlaku pada jam 1.00 – 5.00 am pagi Jumaat. Selang 15 hari pada petang Jumaat akan berlaku pula Gerhana Matahari Cincin dari jam 3.01 – 5.38 pm. Aku pernah terbaca sekiranya berlaku Gerhana Bulan Dan Gerhana Matahari pada hari jumaat dalam bulan yang sama adalah pertanda akan berlaku bencana besar. Maaflah puas aku selongkar untuk cari sumber cerita ini tapi masih belum terjumpa.

Pada 12/01/2010 jam 4.53 pm waktu Malaysia telah berlaku gempa yang sangat hebat di Haiti yang membunuh ratusan ribu jiwa. Aku ada terbaca satu pesanan di Twitter yang menyatakan bahawa jumlah korban di Haiti mungkin mencecah 500,000 orang. Kalau mengikut tanda Gerhana ini Kita tunggu apalagi bencana besar akan menimpa manusia yang semakin jauh dengan Allah sehingga kalimah Allah pun manusia politik dan rebutkan.

Rasulullah SAW bersabda yang ertinya :

Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut, hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada pandangan” – (HR. Bukhari dari Abi Barkah)

Apabila terjadi gerhana matahari, umat Islam disunatkan mengerjakan solat sunat gerhana matahari atau solat kusuf sebanyak dua rakaat, dan sunat pula dikerjakan secara berjemaah. Waktu mengerjakan solat kusuf adalah sejak matahari mula gerhana sehingga terang semula sepenuhnya. Sekiranya matahari terbenam dalam keadaan masih gerhana, masa solat kusuf habis dengan terbenamnya itu.

Video cara solat gerhana

Lafaz Niat : “Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat menjadi makmum kerana Allah

Cara Solat Kusuf :

1. Setiap rakaat dua qiyam (berdiri), dua kali Fatihah, dua rukuk dan dua sujud. Jadi setelah membaca Fatihah dan surah pada rakaat pertama terus rukuk, bagun dari rukuk, berdiri, terus membaca Fatihah yang kedua dan juga surah. Seterusnya rukuk, bangun dari rukuk dan terus sujud dua kali seperti biasa. Setelah itu berdiri untuk rakaat kedua, baca Fatihah dan surah, rukuk, bagun dari rukuk, Fatihah dan surah, rukuk, bangun dari rukuk dan terus sujud seperti biasa. Dengan itu solat kusuf itu terdiri dari 4 kali Fatihah, 4 rukuk, 4 berdiri, 4 sujud dan satu salam.

2. Makmum yang hanya dapat mengikut imam dalam berdiri kedua atau rukuk kedua dalam rakaat pertama dianggap tidak dapat rakaat pertama.

Mari kita azam bersama-sama untuk mengerjakan solat kusuf yang hanya berlaku sesekali sahaja dalam seumur hidup kita sebagai tanda kita hamba yang kerdil mengagungkan kebesaran Allah swt. Insyallah 2 jam yang kita tinggalkan kerja dan dunia untuk sementara akan dibalas Allah dengan pahala dan imbuhan diluar jangkaan pemikiran kita.

Semuga Allah swt memilih kita hendaknya.

@Sila rujuk Hidup Biar Sedap untuk cara melihat gerhana matahari.

@Sila rujuk Aku Dan Kamu untuk melihat waktu paling tepat berlaku gerhana matahari di kawasan anda.

@Boleh juga terus ke Falak Online.

45 Comments

  1. Dari hal itu semua shalat memiliki kedudukan yang sangat penting dalam kehidupan manusia, sehingga layaklah setiap insan yang mengaku dirinya muslim untuk melaksanakan printah shalat dengan sebaik-baiknya dan menjadikan shalat sebagai kebutuhan bukan kewajiban yang membebani diri sehingga ketika menunaikan ibadah ini dilakukan dengan baik dan khusyu .
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Yes I am the WinnerMy Profile

  2. Shalat merupakan ibadah yang sangat penting, selain merupakan salah satu rukun Islam yang lima, shalat juga merupakan tiang agama, pembeda antara iman dan kafir dan amalan yang akan pertama dihisab oleh Allah pada hari kiamat nanti.
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Yes I am the WinnerMy Profile

  3. Pingback: IMCurtain.com
  4. Pingback: negaraku.net
  5. Pingback: uberVU - social comments
    1. @yangbaik, yang jarang2 inilah yg kita nak tengok. Lepas ni, lama lagilah fenomena ini akan berulang.
      .-= Precious´s last blog ..Gerhana Matahari Separa =-.

  6. Belum pernah lagi tengok sendiri gerhana matahari…masih belum berani utk melihat.
    .-= eyriqazz´s last blog ..Ada Apa Dengan Hanis Zalikha =-.

    1. @eyriqazz, saya pun pernah tengok. Kalau nak tengok ada cara yg betul. Salah cara boleh memudaratkan …
      .-= Precious´s last blog ..Anak Hisap Rokok =-.

        1. @denaihati, aku dah menyahut seruan ko supaya buat entri cara2 tengok gerhana walaupun aku bukan seorang expert. Hahahaaa… tapi aku seorang yg rajin membaca meluaskan pengetahuan. Hihiiii, puji diri sikit .. jom baca!
          .-= Precious´s last blog ..Cara-cara Tengok Gerhana Matahari =-.

    1. @beliamuda, Memang ini adalah amaran dari Allah. Sudah banyak amaran yg diberi. Bila manusia nak sedar …
      .-= Precious´s last blog ..Gerhana Matahari Separa =-.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!