Gempa bumi semakin kerap berlaku, petanda dunia menuju ke penghujungnya

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Gempa bumi sudah semakin kerap berlaku pada masa ini.

Masih teringat lagi baru-baru ini Gempabumi Palu dan Donggala, korban jiwa meningkat, tempat tinggal musnah, mayat bergelimpangan dan pelbagai lagi keadaan yang tidak terbayang. 

Gempa bumi adalah suatu fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu, tiba-tiba terlepas.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Gempa bumi dengan magnitud 5 skala ritcher seringkali berlaku.

Di dalam Al Quran, telah pun disebut tentang gempa bumi ini.

Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan (yang dahsyat), dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya, dan manusia bertanya: “Mengapa bumi (menjadi begini)?”, pada hari itu bumi menceritakan beritanya, kerana sesungguhnya Rabbmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya. Pada hari itu manusia ke luar dari kuburnya dalam keadaan bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sekecil apa pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sekecil apa pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula.” (QS. Al Zalzalah: 1-8)

Bumi menjadi saksi kepada orang yang rajin berzikir.

Dalam surah Al Zalzalah ini, Allah mengkhabarkan apa yang terjadi pada hari kiamat di mana saat itu bumi bergoncang begitu dahsyatnya dan meruntuhkan segala yang ada di atasnya. Juga akan diterangkan bagaimanakah setiap amalan baik dan buruk akan mendapat balasannya.

Orang yang sentiasa berzikir di jalanan, di rumah, di padang yang hijau, ketika safar atau di pelbagai tempat, itu akan membuatnya mendapatkan banyak saksi di hari kiamat. Kerana di tempat-tempat tadi, misalnya gunung dan tanah, akan menjadi saksi baginya di hari kiamat.

Pada hari kiamat, manusia dikeluarkan dari bumi dalam keadaan beraneka ragam lalu dinampakkan kebaikan dan kejelekan yang pernah mereka buat semasa hidup, kemudian mereka akan melihat balasannya.

Gempa bumi Turki 2011 skala 7.2 richter

Perbuatan baik dan buruk yang kita dilakukan walaupun sebesar zarah, maka itu akan dibalas. Tentu lebih pantas lagi jika ada yang beramal lebih dari itu dan akan dibalas.

Surah Al Zalzalah itu memotivasi untuk kita beramal baik walau sedikit. Begitu pula menunjukkan peringatan bagi yang perbuatan buruk walau itu hanya dosa kecil.

Hanya Allah yang memberi taufik untuk mengingati hari akhir dan memberi petunjuk beramal soleh.


Spread the love

55 Comments

  1. Nak kena perbanyakkan berzikir, solat, ngaji di zaman yang semakin menghampiri akhir zaman nih. Ibadat ibadat dan teruskan beribadat.

  2. Ya dah banyak petanda ke akhir zaman berlaku sekarang. Ia sedikit sebanyak agak menakutkan. Moga kita semua dapat membawa bekalan yang cukup ke akhirat.

    1. Semoga kita semua tergolong dalam golongan mereka mereka yang di lindungi Allah swt. Dihindarkan dari segala memungkaran.

  3. Gempa bumi yang berskala besar akan menyebabkan kemusnahan yang teruk dan dahsyat.

    paling nyata Tsunami kerana akan membadai kawasan rendah .

    kehidupan akan hancur dan musnah dalam sekelip mata

      1. ikut teori sains memang gempa bumi berlaku kerana pergerakan plat bumi..

        namun semua ini berlaku dengan izin Allah jua lah..

        sebagai manusia hanya mampu mengelak untuk berada ditempat yang selamat

  4. Gempa bumi begini amat memberi iktibar kepada insan yang berfikir untuk akhirat..

    usia dunia semakin tua dan menghampiri ke pennghujungnya..

    semoga kita semua ambil iktibar dan pengajarannya sewajarnya

    1. memang gerun kan. Sekali Dia lipat segala apa yang ada di langit dan bumi, memang kita nampak seakan-akan seekor semut..

    1. memang Malaysia bertuah cuma gegaran sudah terasa di Sabah suatu ketika dahulu..

      bagaimanapun tiada perkara buruk yanbg berlaku kerana negara kita bukan terletak tepat pada lingkaran api Pasifik

    2. Betul tuh, kita nih kire bertuah sesangat tak termasuk dalam senarai gempa bumi. Syukur sesangat kan.

    3. Malaysia bertuah sebab tak terletak di lingkaran gunung berapi dsb. tapi di negara jiran kita sgt aktif aktivit gnung berapi dan gempa bumi sejak akhir akhir ini.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!