Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang naik darah aku bila tengok seorang gadis yang menaiki kereta Peugeot dengan plate CDM25 mengamuk macam kena histeria hanya kerana kereta baru tercalar sedikit. Mungkin dia tak menyangka lagak samsengnya telah dirakam oleh seseorang dan menjadi trending di sosial media. Ramai lagi pemandu lain yang terlibat kemalangan yang lebih hebat dari ini tetapi tidak bertindak mengetuk-getuk kereta yang melanggar dengan stereng lock.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia Berjaya dengan Bisnes Tudung. Klik Sini
Jana Wang Di Rumah – Khas Untuk Wanita! Klik Sini
Rahsia Mudah Hamil – Tips Kesuburan Untuk Wanita. Klik Sini[/box]
Aku sendiri ada pengalaman beberapa kali dilanggar dan melanggar kereta orang lain tapi tak lah nak mengamuk macam ini. Tak percaya baca kisah aku langgar kereta seseorang di entri “Malang tidak berbau“, punyalah sabar tuan punya kereta yang aku langgar ini. Kita ada tuhan bila berlaku sesuatu mesti ada sebabnya. Paling teruk peristiwa ini berlaku di bulan Ramadhan ketika umat Islam dikehendaki bersabar dengan ujian tapi gadis ini meroyan macam tak puasa.
Daripada siasatan yang di keluarkan oleh sebuah blog Asamboi.my kereta Peugeot CDM25 di daftarkan atas nama syarikat Rangkaian Kerja Kahwin Sdn Bhd yang beralamat di Puchong.
Dalam dunia teknologi memang gadis ini tidak akan dapat lari. Di maklumkan facebook beliau sudah ditutup setelah diserang oleh mereka yang tidak berpuas hati. Anak kepada lelaki tua tersebut pun sudah memberi komen pedas di facebook dan berbagai maklumbalas di kongsikan di sosial media oleh rakyat Malaysia. emuga tiada lagi pemandu yang mengulangi kesilapan gadis Peugeot CDM25 ini. Cik adik kereta Peugeot kalau di Perancis hanya kereta biasa je macam kereta Proton di Malaysia jadi jangan nak lebih ya!!
[box]Berita terkini Gadis Peugeot CDM25
Alhamdulillah gadis Peugeot CDM25 (Kiki Kamaruddin) dalam akaun facebook telah mengeluarkan kenyataan mohon maaf : “After all what had happened, my sincere apologies. People make mistakes, so do I. Tq for your understanding.” Beliau juga sudah memohon maaf secara live di TV3. Pak Cik Sim Siak Hong, juga sudah memaafkan gadis ini dan tidak akan mengambil tindakan undang-undang. Walaubagaimanapun Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu bahawa polis akan mengambil tindakan terhadap wanita ini [/box]
Pengajarannya sebab tu banyak ayat Al Quran dan hadis yg minta kita banyak bersabar terutama bila ada masalah. Bila tak sabar macam-macam akan berlaku yg menyebabkan macam-macam perkara lain akan berlaku. Gadis ini terpaksa menanggung akibat dari akhlak yg tidak baik dan dia juga bakal diambil tindakan oleh polis. Apa sahaja yg berlaku pasti ada hikmah kebaikan bukan sahaja pada beliau malah pada kita juga.
666 Comments
saya amat berharap pengamal media tidak memburukkan lagi keadaan ..kesian juga kepada pihak mangsa..lagipun dia dah kena denda dan mengakui kesilapan diri
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Cara Pujuk Hati Jika Tak Cuti Raya
Takpe lah, insya-Allah 2-3 bulan berlalu, pasti masyarakat lupa kisah ini.
Mari sama-sama ambil pengajaran dari peristiwa ini
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Vivix Shaklee Untuk Kesihatan Yang Premium
ya..lama-lama manusia akan lupa juga..paling bagus ambil yang jernih dan buang yang keruh
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Cara Pujuk Hati Jika Tak Cuti Raya
Ya. Pasti akan dilupakan setelah ada benda baru yang boleh menimbulkan kontroversi yang lagi hangat dari biasa. Hehe.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Layak ke cabaran seterusnya
Harap lepas ni kes sebegini dah tak ada. Amin.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
saya berharap ramai yang ambil ikltibar dan tidak mengulangi perkara yang sama pada masa yang akan datang!
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Cara Pujuk Hati Jika Tak Cuti Raya
Ya. Moga-moga. Kita kena jaga perlakuan di luar sana sebab ramai yang memandang.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Layak ke cabaran seterusnya
Makin hari makin banyak isu hangat yang diperkatakan di tanah air.
Kes kiki dah selesai, sekarang kes maki MH17 pula belum selesai.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Peugeot mobil anti mainstream tuh hehehe, bentuknya unik.
Curahan rasa Obat Jerawat Yang Sudah Meradang @ ..Obat Jerawat Yang Sudah Meradang
Semoga selepas ini tidak ada lagi pihak yang mencaci Kiki. Dia dah sedar dari kesilapan. Beri dia peluang kedua.
Semoga kisah kiki ini akan menjadi tauladan buat kita semua agar tidak mengulangi kesilapan pada masa akan datang.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Baru tonton berita di TV bahawa Kiki akan dikenakan dengan 5000 ringgit plus kerja komuniti selama 240 jam.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Kiki akhirnya telah dikenakan denda RM5000 dan kerja komuniti 240 jam kerana bersalah atas pertuduhan melakukan kerosakan ke atas kereta uncle sim..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
Semoga dengan denda yang dikenakan terhadap beliau akan memberi pengajaran berharga buat kita semua.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Aduh, mcm-mcm ragam remaja zaman ini. Semoga tak berpanjangan kes ini.
Curahan rasa BKB @ ..Rawatan Gout: Rhizoplus Dan Apple Cider
Harapnya, Tuan. Masa remaja inilah yang akan menjadi pengalaman untuk kita menempuhi kehidupan esok hari.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
kalau tengok cara ni, seakan dia sedang memendan rasa amarah yg mendalam..mungkin dendam?
Curahan rasa JMR @ ..Mampukah kita boikot?
Rasa amarah itu kerana hasutan syaitan. Cara untuk hilangkan marah adalah dengan mengambil wuduk.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
mengenai perkara ini ada dua perkara yang patut kita lihat.
1. apa punca sebenarnya yang menjadikan kiki naik minyak. apakah tidak ada unsur menghina atau sebagainya?
2. Kiki yang juga seorang melayu atau mudah dikenali sebagai Islam perlu menjaga adab.
apapun orang malaysia yang sangat rajin update tentang sesuatu video yang memberi kesan kepada kes ini berpanjangan. Sedangkan ada saja kes lain yang lebih teruk dari kiki
Curahan rasa aRz MoHa @ ..Apa Yang Istimewa Sangat Entry ini?
Kita tak berada di tempat kejadian tak tahu apa yg sebenarnya berlaku..yg kita tahu si kiki naik minyak selepas kereta kesayangannya dilanggar..
Curahan rasa UpProfits @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
apa-apa pon, paling penting kena SABAR..kalau tak, ginilah kesudahannya heheh
Curahan rasa JMR @ ..Selfie yang keterlaluan.
Kerana sesungguhnya sabar itu merupakan sebahagian dari iman.
Comments are closed.