Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, teringat beberapa tahun lepas ketika aku berada di Lapangan Terbang Suvarnabhumi Bangkok ketika pemeriksaan masuk tiba-tiba terdengar jerit pekik sekumpulan remaja wanita sambil berlari-lari mengejar sesuatu. Ada yang memegang kamera, ada yang memegang video cam dan ada yang memegang kain sepanduk berlari terjerit-jerit histeria. Pada mulanya pelik juga aku melihat fenomena yang tak pernah aku nampak.
Sebelah baris aku kelihatan beberapa remaja yang menutup kepala juga sedang melalui pemeriksaan masuk. Apabila melepasi pemeriksaan masuk mereka membuka tutup kepala maka terdengarlah jeritan yang kuat dari remaja-remaja perempuan tersebut. Rupanya inilah kumpulan K-Pop yang baru pulang buat konsert di Bangkok yang menjadi kegilaan remaja yang sedang terjerit pekik di luar tu.
Beberapa bulan selepas itu ketika aku berada di KLIA menunggu seorang teman suasana yang sama seperti di Airport Suvarnabhumi juga berlaku. Sekumpulan remaja perempuan berlari terjerit-jerit mengejar kumpulan K-Pop yang hendak pulang dari acara anugerah K-Pop yang berlansung di Genting Resorts World. Cuma jangalnya di KLIA terdapat remaja perempuan yang bertudung juga terjerit-jerit mengejar kumpulan K-Pop. Siapa sangka rupanya remaja perempuan Islam yang bertudung bukan sahaja tergila-gila dengan kumpulan K-Pop malah sanggup dipeluk dan dicium oleh penyanyi Korea seperti yang berlaku di konsert K-Pop B1A4.
Memang ramai remaja perempuan yang terlalu minat kumpulan K-Pop dan pelakun Korea sehingga menjadi fenomena termasuklah anak perempuan aku. Berjam-jam masa mereka habiskan untuk menonton konsert K-Pop dan drama Korea di saluran Astro. Minat tidak salah tetapi yang salah apabila keterlaluan sehingga sanggup dipeluk dan dicium oleh penyanyi Korea di khalayak ramai tanpa memikirkan hukum agama. Menghalang minat remaja perempuan bukan penyelesaian kerana apabila sudah suka berbagai cara akan dilakukan demi minat.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Ketahui Betapa Mudahnya Poligami Jika Kena Pada Caranya. Klik Sini
Cara terbaik suami yang ingin memuaskan isteri dengan cara yang sensasi. Klik Sini
Cara terbaik isteri yang ingin memuaskan suami dengan cara yang sensasi. Klik Sini[/box]
Teringat kata-kata Prof Dr. Muhaya bahawa anak-anak ini adalah cermin ibu bapa. Jadi jangan salahkan 100% kepada anak-anak remaja bertudung yang bertindak agak keterlaluan memeluk artis K-Pop kerana pasti ada kepincang dalam kehidupan keluarga mereka sehingga mereka tidak dapat membezakan minat dan batas agama.
Ayah tahu kakak minat sangat artis Korea tetapi jangan sampai terperangkap dengan fenomena keterlaluan. Agama lebih tinggi dari segalanya.
129 Comments
segala macam bentuk tipu daya setan untuk menggoga dan menggelincirkan umat manusia kita harus mencegah dan memberi arahan kepada putra putri kita agar menjauhi hal seperti ini
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Awas Jangan Datangi Pelayan Setan
begitulah hakikat klu anak kita didedahkan dgn dunia hiburan..parents wajib terapkan agama yang kuat pada anak2
Curahan rasa yani lee @ ..Anda Tidak Minat Berniaga??Fikir Kembali!!
semakin hari semakin takut dengan fenomena yang macam ni..masa zaman anak-anak saya nanti ape pulak dugaannya..semoga kita semua tak terjebak dengan gejala camni…taknak kutuk banyak2 sebab what goes around comes around! Doakan yang terbaik!
Curahan rasa faezahjalil @ ..PROMOSI SUPLEMEN SHAKLEE SEPANJANG JANUARI 2015
Astaghfirullah.. sejujurnya saya sgt risau dgn perkara2 sebegini kerana saya juga ada anak-anak. Sebagai ibu bapa, yg plg penting dlm mendidik anak2 ialah didikan agama & psikologi. Kenapa psikologi sgt penting? Kerana anak2 kite ada perasaan. Dan kalau kite dpt menyentuh hati mereka, ditambah dgn didikan agama yg btul, inshaAllah perkara sebegini dpt dielakkan.
Curahan rasa Mama Olin @ ..Masalah keputihan : Bagaimana mengatasinya?
malu dan sedih bila takde pulak bangsa lain sampai macam ni sekali..bangsa dan agama kita jugak yang jadi mainan mereka.
Curahan rasa maria @ ..Sakit Senggugut Rupanya Sakit Seperti Contraction Bersalin!!
bab main peluk-peluk nih..
memang pening kepala dibuatnya melayan budak pempuan zaman sekarang nih.
Curahan rasa titan @ ..Jom Aktifkan Mykad
Bukan setakat k-pop..drama2 dan filem2 Melayu pun dah lama merosakkan budaya dan jati diri ummat Islam
Curahan rasa hafizmd @ ..Cara Mudah Lulus Pinjaman Loan Rumah dengan Bank
setuju….filem kita sendiri pun dah lama tunjukkan aksi2 peluk cium seolah best sangat. Itu yang buat depa nak cuba
Curahan rasa maria @ ..Sakit Senggugut Rupanya Sakit Seperti Contraction Bersalin!!
Agaknya inilah ancaman dari Timur ke atas ummat Islam. Ya Allah lindungilah kami dari kejahatan bisikan Syaitan yg direjam
Curahan rasa hafizmd @ ..Jom Aktifkan Mykad. Kenapa Nak Aktifkan MyKad?
begitu banyak godaan dan tipu daya setan mengintai muslimah diluar sana sepatutnya mereka membentengi diri dengan aqidah yang lurus
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Penyimpangan dalam Kehidupan Manusia
anak-anak ini adalah cermin ibu bapa. Jadi jangan salahkan 100% kepada anak-anak remaja bertudung yang bertindak agak keterlaluan
Didikan agama sahaja tidak cukup jika sekadar menjadi ilmu yang tersimpan didada tanpa di amal dan dipraktikkan dalam kehidupan. Semoga kes ini membuka minda kita semua utk bertindak dan mengubah kepincangan yg ada dalam kehidupan kita agar menjadi seorang mukmin yg sejati.
Curahan rasa BM @ ..Syukur Di Pagi Ahad – Terima Kasih Akma Omar
Jika ingin melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah anak mudanya pada masa kini..astagfirullah.
Curahan rasa En.Zam @ ..Pillow case macam ni la mama kena beli
didikan agama dari usia muda adalah sgt penting..ibubape juga harus memantau anak2 mereka supaya tidak terjebak dgn aktiviti yg tidak berfaedah
Curahan rasa Vimax Malaysia Original @ ..Vimax 3D Izon Hologram
perlu penanaman aqidah kepada anak-anak sejak dini tentang bagaimana menjadikan Nabi Muhammad sebagai Teladan
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Kupas Tuntas kesurupan
Inilah satu proses liberalisasi agama. Merosakkan umat islam secara halus dan lembut tetapi cukup terancang.
Comments are closed.