Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, teringat beberapa tahun lepas ketika aku berada di Lapangan Terbang Suvarnabhumi Bangkok ketika pemeriksaan masuk tiba-tiba terdengar jerit pekik sekumpulan remaja wanita sambil berlari-lari mengejar sesuatu. Ada yang memegang kamera, ada yang memegang video cam dan ada yang memegang kain sepanduk berlari terjerit-jerit histeria. Pada mulanya pelik juga aku melihat fenomena yang tak pernah aku nampak.
Sebelah baris aku kelihatan beberapa remaja yang menutup kepala juga sedang melalui pemeriksaan masuk. Apabila melepasi pemeriksaan masuk mereka membuka tutup kepala maka terdengarlah jeritan yang kuat dari remaja-remaja perempuan tersebut. Rupanya inilah kumpulan K-Pop yang baru pulang buat konsert di Bangkok yang menjadi kegilaan remaja yang sedang terjerit pekik di luar tu.
Beberapa bulan selepas itu ketika aku berada di KLIA menunggu seorang teman suasana yang sama seperti di Airport Suvarnabhumi juga berlaku. Sekumpulan remaja perempuan berlari terjerit-jerit mengejar kumpulan K-Pop yang hendak pulang dari acara anugerah K-Pop yang berlansung di Genting Resorts World. Cuma jangalnya di KLIA terdapat remaja perempuan yang bertudung juga terjerit-jerit mengejar kumpulan K-Pop. Siapa sangka rupanya remaja perempuan Islam yang bertudung bukan sahaja tergila-gila dengan kumpulan K-Pop malah sanggup dipeluk dan dicium oleh penyanyi Korea seperti yang berlaku di konsert K-Pop B1A4.
Memang ramai remaja perempuan yang terlalu minat kumpulan K-Pop dan pelakun Korea sehingga menjadi fenomena termasuklah anak perempuan aku. Berjam-jam masa mereka habiskan untuk menonton konsert K-Pop dan drama Korea di saluran Astro. Minat tidak salah tetapi yang salah apabila keterlaluan sehingga sanggup dipeluk dan dicium oleh penyanyi Korea di khalayak ramai tanpa memikirkan hukum agama. Menghalang minat remaja perempuan bukan penyelesaian kerana apabila sudah suka berbagai cara akan dilakukan demi minat.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Ketahui Betapa Mudahnya Poligami Jika Kena Pada Caranya. Klik Sini
Cara terbaik suami yang ingin memuaskan isteri dengan cara yang sensasi. Klik Sini
Cara terbaik isteri yang ingin memuaskan suami dengan cara yang sensasi. Klik Sini[/box]
Teringat kata-kata Prof Dr. Muhaya bahawa anak-anak ini adalah cermin ibu bapa. Jadi jangan salahkan 100% kepada anak-anak remaja bertudung yang bertindak agak keterlaluan memeluk artis K-Pop kerana pasti ada kepincang dalam kehidupan keluarga mereka sehingga mereka tidak dapat membezakan minat dan batas agama.
Ayah tahu kakak minat sangat artis Korea tetapi jangan sampai terperangkap dengan fenomena keterlaluan. Agama lebih tinggi dari segalanya.
129 Comments
Suka yang keterlauan kepada hiburan ini membuktikan jiwa anak-anak ini masih ‘kosong’. Kekosongan inilah yang menggelapkan hati sampai tidak tahu di mana haram dan halalnya.
Curahan rasa ahmdyani @ ..Bagaimana Menjadikan Blog Sebagai Mesin Duit
apa yg dah berlaku nie bukan terbina dalam sehari dua..mgkn sejak sebelum anak2 muda hari ni lahir lagi..cuma bila dah jadi macam nie baru kita tersentak. padahal selama nie dalam rumah kita sendiri ia dh lama menceroboh masuk tanpa kita sedar pun. dalam tv ada banyak kan? dan bila anak2 keluar, itu jugalah yg terhidang utk mereka tengok.
Curahan rasa Oja Samid @ ..Pengalaman dan Tips Melancong Bersama Anak Kecil
makna KPOP mungkin boleh diterjemahkan sebagai Kuat Peluk Orang Perempuan 🙂
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Seksyen Pengetahuan Am Peperiksaan Separa Perubatan
doakan anak-anak kita terhindar dari situasi begini. yg penting kesalahan itu tidak perlu diletakkan hanya pada gadis-gadis bertudung itu yang mungkin telah pun bertaubat, punca lebih besar dari itu juga kena lihat seperti pengharaman konsert-konsert sebegitu dinegara kita
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Milk Collector , Jangan Bazirkan Susu Anda!
hal yang tak pantas dilakukan tapi . . .ini sembuah kenyataan yang nampak abad ini miris memang . . .
Curahan rasa suparjo @ ..Obat Jantung Koroner Alami Ace Maxs
bila tahu fakta tentang korea berkenaan pelacuran, bunuh diri, budaya pembedahan plastik, pandangan diorang tentang isu palestin-israel..terus hilang rasa nak minat lebih-lebih.
ps: layan running man 🙂
Curahan rasa Amir @ ..Review: Cara buat logo online guna Logo Genie Pro
Sekali-sekala layan running man oklah kot, budaya diaorang sangat jauh berbeza.
Curahan rasa Denaihati @ ..Charlie Hebdo lukis lagi kartun Rasulullah
Dengar KPOP ni memang best lebih-lebih lagi awek dia.fuhh tapi yelah..kalau boleh jangan sampai over sangat….
Curahan rasa ishak @ ..Malaysia Best Blog 2015
Gelombang KPOP telah menyebabkan seluruh dunia menjadi gila dengan wajah PLASTIK mereka.
Curahan rasa MNH @ ..MENGAPA BADAN KITA BANYAK ANGIN?
Gelombang ni pun merisaukan juga kalau tak terkawal dan sampai tahap peminat fanatik.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tragedi Charlie Hebdo kerana menghina Rasulullah
perkembangan remaja banyak di pengaruhi oleh rakan , sebaya, ibubapa, masyarakat dan sekolah.
Curahan rasa Blog Kreatif @ ..Fenomena Sejuk Luar Biasa Bakal Berulang.
tapi bagi saya itu bukan hanya pengaruh dari orang tua, tapi karena lingkungan tempat dia tinggal dan pengaruh dari teman-temannya juga
pabila taksub melampau inilah jadinya
lupa segalanya
tudung entah ke mana
siapa nak dipersalahkan?
semua menunding cari salah sana sini…
Curahan rasa AUC @ ..Malaysia Best Blog 2015
secara jujur memang susah nak pantau bab nih.. sebab golongan remaja nih selalunya dah hidup di luar.. di kolej di universiti bebas dengan kawan kawan.. jadi tak boleh salahkan ibu bapa semata.. jati diri mesti kuat.. perlu kenal mana baik mana buruk.. mana berfaedah mana yang tidak memberi manfaat.. perkara seperti ini sukar untuk diajar.. atas kesedaran seseorang itu..
Curahan rasa Kak Kep @ ..Tips Memilih Hadiah Hari Lahir : 4 Kesilapan Yang Sering Suami Lakukan
yup, betul tu.. memang susah nak pantau kalau anak dah besar lepastu futher study., pengalaman saya, ramai juga yg culture shock masa sambung blajar ni..
Curahan rasa Zehn Ali @ ..Cara Buat Logo Percuma (Mudah je)
Memang agak sukar untuk menyekat minat para remaja sekarang. Di sinilah pentingnya kita sebagai ibu bapa menegur dan memberi nasihat kepada mereka yang betul dan salah. Jika dari kecil tidak diterangkan batas-batas pemisah antara lelaki dan wanita, maka beginilah jadinya. Jangan lupa, ini juga merupakan agenda Dajjal. Sebab itulah kita kena perkukuhkan jati diri anak-anak dengan bekalan iman dan taqwa… Semoga insiden ini memberi kesinsafan kepada semua ibu bapa di mana silapnya kita dalam mendidik anak-anak…
Curahan rasa Ummi Naimie @ ..BERHENTI MEROKOK DENGAN VIVIX SHAKLEE
itulah keburukannya jika terlalu fanatik dengan hiburan begini…maruah dan moral diri boleh tergadai
Curahan rasa Hanafi Abdullah @ ..Panduan Lulus Temuduga Pembantu Tadbir
Fenomena K-Pop ini memang sedang melanda sebagian dunia, Indonesia juga termasuk salah satunya
Curahan rasa Tino Berita @ ..Calon Kapolri Jadi Tersangka Oleh KPK dan DPR Menyetujui Budi G Jadi Kapolri
Comments are closed.