Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sebahagian pembaca pasti sudah membaca berita di website eQurban tentang mengambilan alihan pengurusan operasi eQurban Resources Sdn Bhd oleh Denaihati Network Sdn Bhd. Perubahan ini berlakukan atas kesempakatan bersama apabila operasi Al Ansar Health semakin besar keseluruh negara. Selain dari itu melangkah 2015 eQurban selaku peneraju Qurban dan Aqiqah Malaysia perlukan nafas baru untuk memberi khidmat yang lebih meluas kepada ummah seluruh alam.
Ini satu tugas yang sangat berat kepada semua team Denaihati bersama CEO eQurban yang baru iaitu Tuan Hj Masrukhin untuk memikul tanggungjawab dengan penuh amanah. Setiap sen yang masuk adalah amanah manusia dan amanah ALLAH yang perlu disempurnakan oleh kami untuk dilaksanakan. Pelaksana qurban dan aqiqah pasti mempunyai harapan yang sangat tinggi supaya ibadah yang ditanggungjawabkan dapat disempurnakan sebaik mungkin. Manakala penerima daging qurban dan aqiqah di Kemboja dan negara-negara miskin yang lain menanti dengan harapan untuk meringankan beban kedaifan hidup mereka.
Langkah pertama yang diambil adalah mengubahsuai pengurusan eQurban menggunakan sistem 100% online daripada tempahan hinggalah pemprosesan data untuk meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kesilapan. Borang tempahan secara online juga telah diubah suai untuk memudahkan membuat tempahan samada aqiqah atau qurban juga pilihan lokasi yang lebih banyak. Tempahan juga boleh dibuat secara offline dengan pergi terus ke pejabat di alamat yang disebut di website eQurban.
Selain daripada itu sistem affiliate juga dikemaskini dengan azam untuk membayar komisen setiap bulan bagi memberi motivasi kepada rakan niaga untuk terus mempromosi terutama untuk ibadah aqiqah. Cabaran dengan hadiah yang hebat juga akan disediakan kepada rakan niaga untuk meningkatkan tempahan dengan niat untuk membantu seramai mungkin ummah yang daif di Kemboja. Kepada rakan blogger yang sudah mendaftar sebagai rakan niaga masih boleh menggunakan link affiliate yang sama dan kepada yang belum apalagi jom daftar sekarang sebagai rakan niaga eQurban. Setiap bahagian yang berjaya anda dapat ada bahagian untuk satu keluarga miskin dan daif di Kemboja.
Kepada semua yang berhasrat buat qurban tahun ini jangan lupa kepada eQurban kerana setiap bahagian yang anda qurbankan tersebut akan diserahkan kepada keluarga yang sangat daif dan miskin di Kemboja. Kepada yang yang berhasrat buat aqiqah untuk anak-anak samada yang bakal lahir atau yang belum disempurnakan kenapa tidak memilih eQurban kerana aqiqah yang sempurna pasti akan memberi impak yang positif kepada anak-anak dan keturunan kita kelak.
Doakan semuga Denaihati Network Sdn Bhd dapat mengalas tanggungjawab yang berat dengan baik untuk kesejahteraan ummah seluruh alam. Tidak lupa ucapan ribuan terima kasih kepada semua team Al Ansar yang telah membawa eQurban sehingga dikenali ramai. Jasa kalian pasti ada ganjaran terbaik di sisi ALLAH.
106 Comments
sekarang ni mudah je nak buat akikah dan qurban. tak perlu buat majlis kat ruma dah
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Dhia Sofea di Tv3
semoga equrban terus maju dlm bisnes ini. bisnes yg mmberi manfaat kpd org lain akan diberkati
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Dhia Sofea di Tv3
Alhamdulillah tahniah eQurban di atas program yang hebat ini. Semoga berterus dan sentiasa terus maju
Curahan rasa #AbangMunz @ ..Ibadah Qurban Dan Aqiqah Secara Online Dari eQurban Di Tempat Yang Lebih Memerlukan
semoga tahun ini lebih banyak lagi yang memakai jasa Equrban untuk tempahan kurban
Curahan rasa Web Guru @ ..Tips to optimize your adsense ads for higher revenue
alhamdulillah, semoga ALLAH mencurahkan rezeki kepada anda semua yang menjalankan program sebegini
Curahan rasa Tim Nusara Catering @ ..Video Kenangan Indah oleh Eternity Production
rombakan pengurusan begini memberi satu input yang sangat berharga kepada para peserta di kemudiaan hari
Curahan rasa mrhanafi.com @ ..Bosan Kerja Buatlah Bisnes Telco
dengan peralihan kepengurusan semoga e qurban ini akan berkembang lebih pesat dari yang lalu
Curahan rasa xaxac @ ..20 WordPress SEO Guide [Infographic]
Comments are closed.