Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sebahagian pembaca pasti sudah membaca berita di website eQurban tentang mengambilan alihan pengurusan operasi eQurban Resources Sdn Bhd oleh Denaihati Network Sdn Bhd. Perubahan ini berlakukan atas kesempakatan bersama apabila operasi Al Ansar Health semakin besar keseluruh negara. Selain dari itu melangkah 2015 eQurban selaku peneraju Qurban dan Aqiqah Malaysia perlukan nafas baru untuk memberi khidmat yang lebih meluas kepada ummah seluruh alam.
Ini satu tugas yang sangat berat kepada semua team Denaihati bersama CEO eQurban yang baru iaitu Tuan Hj Masrukhin untuk memikul tanggungjawab dengan penuh amanah. Setiap sen yang masuk adalah amanah manusia dan amanah ALLAH yang perlu disempurnakan oleh kami untuk dilaksanakan. Pelaksana qurban dan aqiqah pasti mempunyai harapan yang sangat tinggi supaya ibadah yang ditanggungjawabkan dapat disempurnakan sebaik mungkin. Manakala penerima daging qurban dan aqiqah di Kemboja dan negara-negara miskin yang lain menanti dengan harapan untuk meringankan beban kedaifan hidup mereka.
Langkah pertama yang diambil adalah mengubahsuai pengurusan eQurban menggunakan sistem 100% online daripada tempahan hinggalah pemprosesan data untuk meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kesilapan. Borang tempahan secara online juga telah diubah suai untuk memudahkan membuat tempahan samada aqiqah atau qurban juga pilihan lokasi yang lebih banyak. Tempahan juga boleh dibuat secara offline dengan pergi terus ke pejabat di alamat yang disebut di website eQurban.
Selain daripada itu sistem affiliate juga dikemaskini dengan azam untuk membayar komisen setiap bulan bagi memberi motivasi kepada rakan niaga untuk terus mempromosi terutama untuk ibadah aqiqah. Cabaran dengan hadiah yang hebat juga akan disediakan kepada rakan niaga untuk meningkatkan tempahan dengan niat untuk membantu seramai mungkin ummah yang daif di Kemboja. Kepada rakan blogger yang sudah mendaftar sebagai rakan niaga masih boleh menggunakan link affiliate yang sama dan kepada yang belum apalagi jom daftar sekarang sebagai rakan niaga eQurban. Setiap bahagian yang berjaya anda dapat ada bahagian untuk satu keluarga miskin dan daif di Kemboja.
Kepada semua yang berhasrat buat qurban tahun ini jangan lupa kepada eQurban kerana setiap bahagian yang anda qurbankan tersebut akan diserahkan kepada keluarga yang sangat daif dan miskin di Kemboja. Kepada yang yang berhasrat buat aqiqah untuk anak-anak samada yang bakal lahir atau yang belum disempurnakan kenapa tidak memilih eQurban kerana aqiqah yang sempurna pasti akan memberi impak yang positif kepada anak-anak dan keturunan kita kelak.
Doakan semuga Denaihati Network Sdn Bhd dapat mengalas tanggungjawab yang berat dengan baik untuk kesejahteraan ummah seluruh alam. Tidak lupa ucapan ribuan terima kasih kepada semua team Al Ansar yang telah membawa eQurban sehingga dikenali ramai. Jasa kalian pasti ada ganjaran terbaik di sisi ALLAH.
106 Comments
serius saya sangat gembira dengan berita sebegini, tahniah team Denaihati
Curahan rasa myrujukan @ ..Beli Prepaid Sim Kad BESTMobile Malaysia Sekarang
wahhh, tahniah team denaihati, moga usaha murni ini mendapat keberkatan dari ALLAH swt. amin
Curahan rasa siti hazreen @ ..Permohonan Kemasukan Pengajian Tinggi Diploma Tahfiz (ITQAN + JAKIM) Tahun 2015
Usaha yang dilakukan untuk eQurban ni sangat bagus. Tak dak arang melintang saya tolong promote sekali eQurban untuk kali ni sebagai top affliate..hehe
Curahan rasa Syahril Hafiz @ ..Senarai 10 Malaysia Best Blog 2015
dah beralih pemilik e-qurban semoga lebih berkembang dan kepengurusannya juga lebih teratur Amin
Curahan rasa blogwalking @ ..Kunci-Kunci Kebaikan dan Penutup Kejahatan
usaha yang sangat murni. syabas kepada team yang terlibat! sesungguhnya janji Allah itu 1 dibalas dengan 10..betapa besar ganjaran..
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..3 Syarat Untuk Sperma Yang Berkualiti
Semoga lebih ramai yg tahu tentang korban di kemboja ni. Blogger boleh promosi di blog. Dlm msa yg sama dpt komisen.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kepentingan Blog Mobile-Friendly
insyaAllah, makin ramai blogger yang promosikan eQurban..ada manfaat 2 hala utk blogger dan team eQurban
Curahan rasa JMR @ ..Jangan bersedih dik.
Salam buat semua…tahniah untuk Denaihati dan bersama teamnya. Semoga E-Qurban bertambah maju jaya. Semoga Allah berkati segala kerja-kerja amal ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Akhirnya Blog Hasrul Hassan Kecundang Jua
Adakah mungkin komisen untuk affiliate bertambah?? Teruja nak promosi kembali equrban.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Cara Buat Rayuan BR1M 2015
komisen masih sama, tapi bayaran setiap bulan, tak perlu tunggu lama lagi, InsyaAllah
Curahan rasa Denaihati @ ..10 individu terkaya Malaysia 2015
bayaran setiap bulan tu yang best dengar tu..makin bersemangat masing-masing nak promot
Curahan rasa JMR @ ..Taman Burung Kuala Lumpur
Tahniah tuan,semoga segala yang dibuat oleh tuan dan team ini bukan sahaja di raikan penduduk bumi malah di rahmati oleh penghuni langit
Curahan rasa che @ ..Salam Ramadhan
insyaAllah, ramai orang akan mendapat manfaat daripada sini. Rezeki pun harus dikongsi bersama kan
Curahan rasa JMR @ ..Jangan bersedih dik.
Program bagus nih mas, kayaknya ini patut ditiru deh. Terimakasih sudah berbagi info …
Curahan rasa info-menarik.NET @ ..Bingung Membuat Breadcrumb WordPress?
usaha ini agak berat dan besar tanggungjawab..semoga segela urusan Team Denaihati Network dipermudahkan
Curahan rasa blogger lelaki @ ..eQurban Kini Diurus Oleh Denaihati Network Sdn Bhd
Ya, memang berat sbb ada amanah yang perlu dilunaskan. Semoga team denaihati dapat lakukan dengan terbaik. In Sha Allah.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Cara Buat Rayuan BR1M 2015
bagus juga kalau dpt komisen affiliate equrban ni. pahala pun dapat.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kepentingan Blog Mobile-Friendly
Tuhan selalu bersama orang yang jujur dan bekerja keras. yakin dari semua usaha kan ada imbalannya,
Curahan rasa Kuta Bali @ ..Daftar 9 Nama, Alamat Dan Nomor Telepon Guest House Di Kuta Bali
Tahniah Tn. Denaihati. Semoga diberi kemudahan dan kelancaran dalam melaksanakan amah yang diberkan ini.
Curahan rasa myliferia @ ..Tips Hidup Luar Biasa Dengan Muhasabah Yang Berbeza
**amanah (pembetulan, tersilap eja lah pulak pada komen entry yang lepas)
Curahan rasa myliferia @ ..Tips Hidup Luar Biasa Dengan Muhasabah Yang Berbeza
Semoga lebih ramai yang akan menyertai qurban dan akikah pada tahun ini dan masa akan datang. InsyaAllah..
Curahan rasa Siti @ ..Promosi Shaklee Mac 2015 di Shaklee Jalan Kebun, Kota Kemuning, Bukit Rimau, Shah Alam, Klang
Aameen, insha Allah, dengan usaha murni pihak Denaihati ni, pasti lagi mudah untuk orang lain melakukan ibadah dan berbuat amal soleh.
Curahan rasa myliferia @ ..Tips Hidup Luar Biasa Dengan Muhasabah Yang Berbeza
Ya, mudah sangat buat Qurban/Aqiqah melalui eQurban ni, utk rakan niaga pun tak kurang hebatnya, boleh dapat komisen setiap bulan.
Curahan rasa Denaihati @ ..10 individu terkaya Malaysia 2015
Aameen, inshaa Allah, pasti dengan usaha murni pihak Denaihati ni, lagilah ramai orang berpeluang nak buat kebaikan 🙂
Curahan rasa myliferia @ ..Tips Hidup Luar Biasa Dengan Muhasabah Yang Berbeza
Semoga bisnes ini berkembang dan memberi manfaat kepada semua.. good luck
Curahan rasa nikkhazami @ ..Malaysia Best Blog 2015
Aameen, Denaihati banyak dapat doa daripada semua orang, pasti perjalanan yang akan datang lebih gemilang 🙂
Curahan rasa myliferia @ ..Tips Hidup Luar Biasa Dengan Muhasabah Yang Berbeza
Comments are closed.