Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, menjelang pembentangan budget 2013 semakin ramai rakyat mengeloh dengan kenaikan harga barang yang menghimpit kehidupan. Ini pendapat peribadi walaupun siapa yang memerintah harga barang tidak akan dapat diturunkan seperti dahulu walaupun apa sahaja janji pilihanraya. Harga barang terutama harga komuditi ditentukan oleh pasaran dunia jadi kalau harga dipasaran dunia naik macam mana pulak harga di Malaysia nak diturunkan. Ada satu cara je boleh menurunkan harga iaitu SUBSIDI tetapi kalau dah semua subsidi pasti ekonomi negara akan runtuh melainkan kita menggunakan 100% sistem ekonomi Islam.
Apa kata kita tukar strategi daripada asyik memikirkan dan mengharapkan harga barang turun yang entahkan bila … mulai dari sekarang kita fikirkan bagaimana untuk meningkatkan pendapatan. Sampai bila kita nak menadah tangan meminta simpati dengan janji-janji orang politik … kita mesti bangun membina ekonomi keluarga yang juga boleh dimanafaatkan kepada yang memerlukan seperti konsep Hidupkan Untuk Memberi.
Ramai yang sudah mencipta pendapatan secara online seperti Blogger ini dan Blogger ini. Apabila pendapatan sudah masuk pasti kelohan akan berkurangan kerana kebebasan kewangan dapat membantu ekonomi keluarga dan dapat menyumbang kepada insan lain untuk menambah keberkatan rezeki.
Selain mencari pendapatan tambahan secara online ramai juga yang menceburi bidang jual beli emas dan perak. Lihat sahaja harga emas terkini yang terus melonjak naik purata 20% setahun. Untuk menceburi bidang jual beli emas dan perak bukan perlu tunggu modal juta-juta, tak percaya tanya Blogger ini yang memang dah buat duit dengan pelaburan emas fizikal.
Ramai juga tanya macam mana nak melabur dalam emas dan perak ni. Ada bermacam-macam cara :
1. Buka akaun emas di bank-bank tempatan.
2. Simpan emas fizikal bila harga naik jual balik.
3. Trade saham emas beli ketika harga rendah dan jual bila harga naik. Kebanyakan syarikat luar negara yang sediakan perkhidmatan ini.
Aku lebih suka simpan emas fizikal. Tapi ada juga masalahnya. Kalau dulu ramai yang beli jongkong emas kemudian simpan di Ar Rahnu Bank Rakyat dan Agro Bank tapi sekarang dah tak boleh. Ramai yang tersangkut tak tahu nak buat apa. Masa ini lah jerung-jerung emas ambil kesempatan dengan membeli gold bar pada harga yang rendah … kesian kepada yang terkena. Ada pulak yang membiarkan sehingga dilelong oleh Ar Rahnu. Kepada yang ada gold bar melebihi 100 gm bolehlah DM sebab ada kawan ni boleh ganti setiap gold bar kepada barang kemas dengan fee tertentu ikut berat.
Satu lagi masalah kalau nak simpan gold bar nak beli brand apa? Ini pandangan peribadi aku jangan pulak ada yang melompat marah heeee. Emas ini seperti matawang yang sepatutnya boleh digunakan dimana-mana di dunia apabila diperlukan. Ramai jemaah haji dari berbagai negara membawa emas dan perak untuk ditukarkan kepada Saudi Riyal di Money Changer di Mekah dan Madinah. Soalnya bolehkah jongkong emas dan perak tempatan ditukar di luar negara? Masalahnya di Malaysia jongkong emas dan perak keluaran syarikat XXX tidak diterima di syarikat YYY inikan pulak nak bawa keluar negara. Kalau kita beli jongkong emas dan perak di syarikat XXX makanya kita hanya boleh jual balik hanya ke syarikat XXX dan selalunya harga beli balik memanglah rendah. Sepertinya kita terperangkap dengan sistem syarikat tersebut.
Untuk itu aku lebih suka menyimpan gold bar dan silver bar brand antarabangsa yang diterima diseluruh dunia tanpa dipersoalkan ketulenan emas dan perak tersebut.
Kepada yang modal kecil boleh beli emas secara kecilan atau boleh juga simpan perak. Harga perak terkini pun boleh tahan terjangkau.
Sekarang aku tengah survey harga terkini platinum katanya akan jadi next trend juga.
Jadi ini semua sebahagian cara menambah pendapatan …. mulakan dari sekarang … sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Semua Jutawan bermula dari seorang yang biasa. Entri Tips Menjadi Jutawan mungkin boleh memberi sedikit panduan pada kita semua. Selepas ini dah tak perlu mengeloh harga barang mahal dan tunggu pembentangan budget untuk dapat bonus sebaliknya kita sudah bebas dari belenggu himpitan kewangan dah tu pulak boleh membantu insan lain.
123 Comments
thanks for this information.. 🙂
Curahan rasa razya4greatlife @ ..Cristiano Ronaldo Masuk Islam Gara-gara Film Innocence Of Muslim ??
Ramai juga kawan-kawan sarankan beli emas fizikal seperti cincin belah rotan,rantai atau gelang,apa-apa pun entri bro DH pada hari ni memang sangat berguna untuk semua
Curahan rasa wazy @ ..Bertukar Kepada 4G Dan Nikmati Ganjaran Dari P1
betul kata DH.. bermula dari sikit kalau tak mampu bermula dari nilai yang besar.. sikit2 lama2 jadi bukit.. jgn asik jadi pemerhati kepada kekayaan org lain.. kita kena berusaha untuk menjadi jutawan juga
Curahan rasa Myvitrd @ ..Pembentangan Bajet 2013 Apa Yang Diharapkan?
ada member beli sebentuk cincin belah rotan tiap2 kali gaji… rasanya dah segenggam simpanan cincin belah rotan dia… katanya hobi…
Curahan rasa StaiBaqhang @ ..Canon 6D vs Nikon D600
memang bijak dia tu dan tak akan menyesal nanti … strategi bagus
Curahan rasa denaihati @ ..Budget 2013 idea Blogger untuk PM @NajibRazak
Hanya saja kalau kita beli Emas dalam bentuk perhiasan, harganya jauh lebih tinggi dibanding jika kita yang menjual karena dihitung biaya kerja.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Inilah 10 Pemilik Klub Sepakbola Terkaya di Dunia
aku pun lebih suka simpan emas fizikal
Curahan rasa lewisdotmy @ ..Google Nexus 7 Versi Baru Lebih Murah Bakal Dilancarkan
Kalau ada rezeki memang ingat simpan emas. Buat setakat ini mengalakkan isteri beli barang kemas emas pun tak apa. 🙂
Curahan rasa akubiomed @ ..Live Streaming Bajet 2013
Barang kemas isteri tu pun kira pelaburan juga.
Curahan rasa denaihati @ ..Budget 2013 idea Blogger untuk PM @NajibRazak
Saya tdk tahu dalam hal jual beli emas,perak ni… kena belajar dulu dari mula,nampak siok saja carta duit turun naik ….terutama yg warna biru-biruan tu….!
Curahan rasa galut @ ..3 TABIAT KEWANGAN SIHAT
Asben Myra berjinak2 dengan jual beli emas fizikal jugak, walau tak banyak tapi bolehla menampung kami saat terdesak ;D
Curahan rasa Myra Jay @ ..Tak sangka dah 5 tahun rupanya
Kalau rajin berusaha dan berfikiran dengan matang, insya Allah .. pasti akan memperolehi kekayaan .. =)
Curahan rasa anastasyea @ ..Bajet 2013 : Bonus Tambahan, Bonus Setengah Bulan
Tips yang bagus sekali buat yang suka bisnis emas
Curahan rasa Dadan @ ..Di Bawah Satu Komando
sangat setuju pendapat saya ialah simpan emas jangan trade…
Curahan rasa Bean Moreno @ ..Rasulullah Ajar Kita Supaya Bersederhana Dan Bersabar
Wah tip yang baik. Tahun lepas pernah nak melabur emas tapi bila fikir modal yang sangat rendah, hasrat terpaksa di batalkan. Nanti boleh la cuba ni. Macam DH kata tadi memang betul, harga barang memang tak boleh nak di turunkan. Jadi ada dua cara saja untuk tambahkan pendapatan. Kurangkan duit keluar ataupun tambahkan duit masuk.
Curahan rasa Naziman @ ..15 cara Jana Trafik blog dengan Mudah
wah bagus gak perkongsian tentang emas dan perak ni..memang nak gak menyimpan dgn bahan berharga ni tapi modal menjadi kengkangan..tapi tak per..kumpul sikit sikit dulu baru lama-lama jadi bukit
Curahan rasa kak ina kl @ ..Nasi Arab Dan Kari Kerbau
Betul tu saya setuju.. Kita kena berusaha menambahkan sumber pendapatan supaya tidak mengeluh dengan kenaikan barang dan tidak asyik mengharap subsidi daripada pihak kerajaan semata-mata..
Pada hari ini banyak cabang bisnes yang boleh kita usahakan untuk menambah pendapatan.. Perkara yang penting sekali kita perlu mencari ilmu yang bermanfaat disebabkan ilmu adalah pelaburan utama yang kita perlukan untuk membantu kita meningkatkan pendapatan…
Curahan rasa Anuar @ ..Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2
kalau tentang emas istri yang biasa menyimpannya
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Hikmah Keutamaan Haji
Di Indonesia juga harga emas semakin meningkat saja
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Hikmah Keutamaan Haji
Comments are closed.