Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, cerita durian ni memang sehari semalam tak habis. Aku memang peminat durian tegar kamana pun sanggup mencari. Kalau sebulan dua tak pekena durian memang tercari-cari. Pernah beberapa tahun dulu aku sanggup membayar RM60 sekilo hanya kerana sebiji durian di Jalan Alor Bukit Bintang. Kepada kekawan kalau ada isteri yang mengidam durian bukan pada musim pergi je lah ke Jalan Alor memang ada je durian sepanjang tahun. Punya gila aku pernah makan durian di Macau, boleh tahanlah rasanya sebab durian pun dari Malaysia mestilah dah agak lama.
Aku dengan geng sekolah siap ada group wassap “Durian Party“. Kami selalu berjumpa untuk makan durian dan selalunya di Jalan SS2 Petaling Jaya. Pernah juga beberapa kali makan durian dengan geng blogger di tempat yang sama termasuklah melastik bintang, abang ensem, shakiddo, eizil, sweet kurma dan ramai lagi. Makan durian di Jalan SS2 best sebab ada kerusi meja ala buffet durian dan boleh bayar guna kad debit atau kredit. Kalau tak tahu macam mana nak pergi ke Jalan SS2 tengok je ni peta menuju ke SS2. Kalau nasib baik boleh jumpa artis dan vip yang juga hantu durian di sini.
Makan durian sorang-sorang memang tak best. Bila makan durian ramai-ramai ni tak lah kita makan banyak sangat sebab sambil makan sambil berbual. Makan durian paling best di lokasi jualan jadi kalau durian tak bagus boleh tukar terus. Kalau beli bawa balik rumah, jika rosak memang kena pasrah sahaja. Orang tua kata kalau terlebih makan durian minum air dari pangsa durian supaya badan tak panas.
Durian memang ada macam-macam jenis antara musang king, udang merah, durian kampung, durian ioi, D29 dan sebagainya. Ada yang kata durian Segamat yang sedap, ada pulak kata durian Balik Pulau, aku tak kisah semua durian aku dah rasa. Durian ini kalau off musim harga memang melangit pernah sekali kawan hantar gambar mencecah RM80 sekilo. Yang aku teringin sangat nak makan durian yang rare iaitu durian merah tapi katanya hanya ada di Borneo.
Durian Malaysia memang sedap. Siapa kat sini geng dengan aku suka makan durian??
128 Comments
Teringat plak masa preggy anak sulung kat US, ternampak durian kat kedai Korea, rasa nak makan. $30 sekilo/sebiji gitu.
Walaupun dari Thai dan tak berbau sangat, tak kisahlah, asal dapat makan durian 🙂
Curahan rasa Myliferia @ ..Panduan Membuat Pilihan Tepat Karbohidrat Sihat – Part 1
Fuhh meleleh airliur tengok.
Sedapnya nampak kekuningan isi tue.
Kalau yang hantu durian, memang wajib pergi dah.
Curahan rasa AZENI AHMAD @ ..Wanita Tidak Perlu Kurus Sebenarnya?
Wiih.. Hijau ya kalau kulit durian di malaysia, jadi pengen durian
Curahan rasa new pelita beton @ ..Jual Paving Block, Batako, Buis beton
Kat tapak pasar malam Seksyen 7 (depan simpang masuk iCity) tu pun selalu ade orang jual durian. Tak kira musim. Kalau dah kempunan sangat tu, mahal pon takpe.
Durian Kunyit Rm20/kg, Udang Merah Rm 30/kg.
Curahan rasa Hafiz Mustapha @ ..Selamat Datang ke Alam Suites
kensel rasa kempunan kalau mahal sangat cenggini. hamboi ape ke mahal sangat tu?
Curahan rasa faezahjalil @ ..Nak jadi ahli keluarga Shaklee saya tak?
Durian buat pengat durian makan dengan roti. Fuhh, memang sedap 😀
Curahan rasa Ani Haryani @ ..Penyelesaian Kepada Sakit Tekak Tanpa Ubat
memang tersangat lah sedap.. lebih lebih lagi bila masuk musim dia… wahhhh
Semalam baru makan durian. Sekilo RM25. Memang mahal sedikit tapi rasanya memang terbaik!!
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Khasiat Kunyit Kepada Kesihatan Ibu dan Anak
Info jual rumah idaman, apartemen, tanah, condotel di Jakarta, Bali, dan wilayah lain di Indonesia. Dapatkan harga terbaik hari ini.
rumah dijual, rumah idaman, jual rumah, rumah murah, rumah dijual di jakarta, rumahdijual, tanah dijual, jual apartemen, condotel, kondotel
hubungi U L A N= 087748246399
mungkin durian aceh lebih sedap lagi, kunjungan pertama salam kenal saya dari aceh indoneisa
Curahan rasa softpedia @ ..Safari Browsers 2015 Free Download For Mac
saya pun suka makan durian, kalau x pekena setiap tahu x sah, hehe
Curahan rasa myrujukan @ ..Peluang Menjalankan Bisnes Taufufah Untuk Raya
jarang dengar orang tak suke durian, biasenye sume hantu durian…sedap tak hingat!
Curahan rasa huda @ ..Contest ‘Kurus Cara Sihat Dengan Shaklee’
pergh kenduri durian woo
Durian malaysia memang power, cuma sekarang belum berkesempatan untuk mencarinya
Curahan rasa onlajer @ ..Pasar Malam Tempat Lahirnya Putu Bambu Gred A+
kat N9 ni tak sampai lagi. Biasa dah nak dekat bulan puasa meriah pesta durian kat sini.
Tu yang hari hari buka pulut durian.
😀
Curahan rasa faezahjalil @ ..Nak jadi ahli keluarga Shaklee saya tak?
Uhhh syoknya dapat makan durian … baru semalam anak saya suruh cari durian … bila dah jumpa gerai jual durian, tetiba tak nak plak .. adeh.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Biodata Sultan Perak ke 35 – Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah
perrgghhh… terliur tengok durian tue. nyum.. nyum.. nasib baik tak mengidam. hehehe…
ade terbaca kat FB yang durian dekat SS2 tu ade style buffet hah, RM20 sekepala, makanlah sampai kembung…hailaaa..kot dekat lama dah bertapa kat situ agaknye~
Curahan rasa faezahjalil @ ..Turunkan paras kolestrol secara semulajadi dengan Phytocol-ST
Comments are closed.