Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, cerita durian ni memang sehari semalam tak habis. Aku memang peminat durian tegar kamana pun sanggup mencari. Kalau sebulan dua tak pekena durian memang tercari-cari. Pernah beberapa tahun dulu aku sanggup membayar RM60 sekilo hanya kerana sebiji durian di Jalan Alor Bukit Bintang. Kepada kekawan kalau ada isteri yang mengidam durian bukan pada musim pergi je lah ke Jalan Alor memang ada je durian sepanjang tahun. Punya gila aku pernah makan durian di Macau, boleh tahanlah rasanya sebab durian pun dari Malaysia mestilah dah agak lama.
Aku dengan geng sekolah siap ada group wassap “Durian Party“. Kami selalu berjumpa untuk makan durian dan selalunya di Jalan SS2 Petaling Jaya. Pernah juga beberapa kali makan durian dengan geng blogger di tempat yang sama termasuklah melastik bintang, abang ensem, shakiddo, eizil, sweet kurma dan ramai lagi. Makan durian di Jalan SS2 best sebab ada kerusi meja ala buffet durian dan boleh bayar guna kad debit atau kredit. Kalau tak tahu macam mana nak pergi ke Jalan SS2 tengok je ni peta menuju ke SS2. Kalau nasib baik boleh jumpa artis dan vip yang juga hantu durian di sini.
Makan durian sorang-sorang memang tak best. Bila makan durian ramai-ramai ni tak lah kita makan banyak sangat sebab sambil makan sambil berbual. Makan durian paling best di lokasi jualan jadi kalau durian tak bagus boleh tukar terus. Kalau beli bawa balik rumah, jika rosak memang kena pasrah sahaja. Orang tua kata kalau terlebih makan durian minum air dari pangsa durian supaya badan tak panas.
Durian memang ada macam-macam jenis antara musang king, udang merah, durian kampung, durian ioi, D29 dan sebagainya. Ada yang kata durian Segamat yang sedap, ada pulak kata durian Balik Pulau, aku tak kisah semua durian aku dah rasa. Durian ini kalau off musim harga memang melangit pernah sekali kawan hantar gambar mencecah RM80 sekilo. Yang aku teringin sangat nak makan durian yang rare iaitu durian merah tapi katanya hanya ada di Borneo.
Durian Malaysia memang sedap. Siapa kat sini geng dengan aku suka makan durian??
128 Comments
saya makan juga durian tetapi nak kata suka sangat sampai nak buat group ‘durian party’ tu takdelah. Sesiapa yang ada kencing manis, kenalah kawal ya makan durian tu, nanti naik melambung gula dalam darah.
Curahan rasa Kurnia @ ..Cara Bermain Masteria
saya pun peminat durian. walaupun dalam hati nak rasa sikit je..tapi kalau dah amik sikit..mesti amik sikit lagi..dan sikit lagi…mak saya cakap buah ni ‘berhantu’… hehe…betul katanya…
Curahan rasa Kaki Pelangi @ ..CEGAH KANSER USUS
bukan takat berhantu je, siap ada saka lagi..hihihihi..tapi part yang nak hilangkan bau kat tangan dan mulut tu yang payah..tapi tetap tak serik ye dakkk
Curahan rasa faezahjalil @ ..Cegah kolestrol dari menyerap ke dalam badan dengan Phytocol-ST
Wah, geng! Saya memang hantu durian. Sedapnya pulut lemak makan dengan durian berkuahkan santan. *gulp, kecur air liur
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Percutian Ke Jepun & Magic Dari Allah : Hari Pertama Part 2
Sedapnya durian..sy dah lama mengidam nak makan tapi belum ada kesempatan. baca entry ni makin menjadi2 mengidam..huhuhu
Curahan rasa Miss Zairul @ ..Tips perjalanan jauh bagi ibu hamil trimester ke 3
Sekalai-sekala layan juga makan durian ni…cuma sekarang belum musim lagi, kat puchong ni tak sampai lagi..mungkin boleh usha di SS2 untuk cuba nasib disana…
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Buat Duit Dengan Website Online Game!
aih durian siapa tak suka durian dimakan langsung enak diolah dengan bahan makanan lain juga enak jom makan durian
Curahan rasa islam di dadaku @ ..10 Tips Ramping Tanpa Diet
terliur tengok gini ..lama dh x mkn durian.. lain kali nak makan ajak saya sekali..hehehe
iya durian makanan enak 😀
di daerah saya juga terkenal dengan durian petruk asal “ngabul jepara”
Curahan rasa karimunjawa tour @ ..Paket Wisata Karimunjawa Tahun 2015
Haha aku paling suka part makan durian sorang2 mmg tak best 🙂 Setuju sgt. Sama mcm tgk bola dlm gua bila team kita kalah heheh
Curahan rasa Hilmi Hasan @ ..6 Kriteria Produk Kuruskan Badan Yang Baik
Hilmi. Setuju sangat kalau makan ramai-ramai memang seronok. Part yang best, masa berebut nak ambil durian dari pangsanya…:-)
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Buat Duit Dengan Website Online Game!
haah..berebut tak nak yang tengah..nak2 lagi yang bentuk kucing tidur ke hape tah tu..memang fevret sangat!
Curahan rasa faezahjalil @ ..Cegah kolestrol dari menyerap ke dalam badan dengan Phytocol-ST
Betul tu…. sememangnya makan durian secara berjemaah memang jadi suatu aktiviti yang meriah dan happening……
Curahan rasa Hazman Fadzil @ ..Ramai ibubapa gembira apabila anak mereka suka makan NASI BUBUR BERLAUK D LAILA MMA SANTAI CORNER
HF: Saya nak joint juga kalau ada kelapangan dan ruang untuk berjemaah..
Curahan rasa Sani @ ..9 Fakta Menarik Berkenaan Online Game!
durian memang sedap…bile makan banyak-banyak kepala jadi pening daaa..hihih..
Kegemaran emak saya. Tapi dia suka buat kuah berbanding makan begitu saja. 🙂
Curahan rasa arnamee @ ..Al-Quran, kita & kesibukan
Smell like hell, taste like heaven kata mat salleh..sape yang tak suke durian alangkah ruginyeeee..tapi kami memang stenbai air badak kalau makan durian..sekali hadap mau 3 4 biji paling sikit..haih..tibe2 nak buat bubur kacang campur durian pulak malam-malam ni..
Curahan rasa faezahjalil @ ..Turunkan paras kolestrol secara semulajadi dengan Phytocol-ST
mantap, jadi kepingin, kalau di indonesia yang paling mantap nama durianya montong kalau disana montong nama lainya apa ya
Curahan rasa android, download film terbaru, komputer, pc @ ..Download Avengers Age Of Ultron 2 Subtitle Indonesia
Comments are closed.