Emosi Aidil Fitri

Bila Aidil Fitri yang putus jari dan buta mata anak-anak Melayu kerana bermain MERCUN. Bila Tahun Baru Cina dan Depavali kenapa tak ada pulak anak-anak Cina dan India putus jari dan buta mata. Adakah kerana orang Melayu ni miskin jadi beli Mercun murah so nak jadi power anak-anak Melayu modify supaya boleh meletup kuat?

Bila Aidil Fitri yang jadi korban kemalangan jalanraya orang Melayu. Orang Cina dan India pun balik kampung tapi kenapa kurang sangat yang terlibat dengan kemalangan ngeri jalanraya. Yang paling malang bila cuti Tahun Baru Cina dan India yang terkorban juga orang Melayu.

Aku rasa orang Melayu ni ramai yang sombong, EGO, tak sabar, tiada tolak ansur dan pantang tercabar terutama di atas jalanraya. Sifat kita mudah sangat berubah apabila berada di atas jalanraya. Orang Melayu adalah umat Islam yang hanya dibibir tapi tidak lansung di hati. Kita jadi umat yang kufur nikmat apabila Allah anugerahkan dengan kesenangan, keamanan, rezeki melimpah ruah, kereta yang cantik dan laju dan sebagainya. Dengan semua anugerah yang Allah beri ni kita jadi sombong dan EGO sehingga kita lupa pada ALLAH yang memberi. Kita rasa kita lah yang hebat, kereta kita lah yang hebat.

Jangan kita salahkan orang lain dan janganlah kita salahkan pemerintah. Marilah kita betulkan diri sendiri. Jika semua betulkan diri sendiri insyallah masalah kemalangan ngeri jalanraya akan dapat dikurangkan atau mungkin dapat dihapuskan.

Itu pendapat aku mungkin ramai yang tak setuju …. tak gitu!!! Apalah silapnya dengan orang Melayu ni??

Iklan : Cubalah keberkesanan MINYAK DARA HABBATUS SAUDA kami yang diproses dari perahan pertama menggunakan ORGANIC COLD PRESS serta dikawal mutu pengeluarannya sila klik @ PESANAN dan kepada yang nak jadi agen klik @ Rakan Usahawan SaudaCare atau sms dengan menaip ANSAR INFO hantar ke 36553.

[ad#nuffnang336]

22 Comments

  1. Sama ada sedar atau tidak, pada hakikatnya dengan melakukan perkara sedemikian kita seolah-olah meniru sesuatu kaum atau agama lain bagaimana cara mereka merayakan hari kebesaran atau perayaan mereka. Walhal umat Islam sangat dilarang dari meniru dan mengikut-ikut itu.

  2. Perkara ini adalah satu perkara yang bertentangan dengan kehendak syara’ dan bercanggah dengan sunnah Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam yang perlu diperbetulkan.

  3. Pada kebiasaannya perkara ini dilakukan oleh golongan muda dan kanak-kanak. Di samping itu juga lagu-lagu hiburan yang bermacam-macam terus berkumandang diikuti dengan pesta-pesta sehingga beberapa hari untuk memeriahkan lagi suasana sambutan hari raya.

  4. sebaik saja diumumkan bahawa hari raya telah jatuh pada malam tersebut sejurus itulah kedengaran bunyi-bunyi mercun yang dipasang bagi meyemarakkan musim perayaan ini.

  5. Idulfitri sebagai hari yang berkat dan hari yang hanya terkhusus bagi kaum muslimin dan juga merupakan satu syiar maka ada cara dan adabnya yang tersendiri yang perlu diikuti seperti mana yang telah digarispandukan oleh syara’.

  6. Ketetapan awal Syawwal bagi negara kita adalah berpandukan penglihatan anak bulan. Jika ia berhasil dilihat maka awal Syawal jatuh pada hari tersebut dan kita diharamkan berpuasa pada siang hari esok.

  7. Berlainan halnya dengan masyarakat Islam lain seperti di Timur Tengah, bagi mereka Hari Raya Adhha lebih dimeriahkan dan mendapat perhatian dari Idulfitri.

  8. Sememangnya telah menjadi tradisi bagi masyarakat kita sambutan Idulfitri ini lebih meriah dari hari-hari kebesaran Islam yang lain umpamanya Idul Adhha, yang juga salah satu perayaan yang besar dalam agama kita.

    1. dul Fitri juga diartikan dengan kembali ke fitrah (awal kejadian). Dalam arti mulai hari itu dan seterusnya, diharapkan kita semua kembali pada fitrah.

      1. Idul Fitri adalah hari kemenangan sejati, dimana hari ini Allah Swt akan memberikan penghargaan teramat istimewa yang selalu dinanti-nanti oleh siapapun, termasuk para nabi dan orang-orang shaleh, yaitu ridha dan magfirahNya,

          1. Islam tak menghendaki perayaan simbolik, bermewah-mewah. Apalagi sambil memaksakan diri. Islam menganjurkan perayaan ini dengan kontemplasi dan tafakur tentang perbuatan kita selama ini.

            1. Ada pemandangan paradoks, betapa disaat kita berbahagia ini, saudara-saudara kita di tempat-tempat lain masih banyak menangis menahan lapar. Bersyukurlah kita!

  9. Setelah umat Islam berusaha selama sebulan penuh di bulan Ramadhan mengekang nafsu dari melakukan perkara yang ditegah semasa menunaikan ibadah puasa sama ada yang haram atau yang harus di lakukan di luar puasa, sudah setentunya kita bergembira serta bersyukur dengan kedatangan 1 Syawal iaitu hari kemenangan bagi mereka yang benar-benar menghayati Ramadhan.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!