Assalamualikum dan salam sejahtera, abah aku dulu nak hidupkan kami adik beradik buat berbagai kerja satu masa antaranya kerja buruh di kilang kelapa sawit berdekatan. Selesai kerja kilang beliau akan ke sungai melihat jaring dan joran yang dipasang semalam kemudian pasang semula untuk esok. Hasil tangkapan ikan dan udang galah akan dijual sendiri di pasar. Dalam perjalanan balik kerja kilang, menangkap ikan di sungai atau menjual ikan di pasar bila terjumpa pucuk paku, pucuk meranti atau rebung akan diambil untuk kegunaan sendiri atau kalau banyak dijual di pasar.
Emak pula awal pagi menoreh getah kemudian bertani menanam sayur untuk kegunaan sendiri dan dijual kepada orang kampung. Awal pagi sempat masak mee hoon goreng, mee goreng dan buat kuih untuk anak-anak jual semasa pergi sekolah. Mungkin kami sudah biasa melihat emak & abah buat lebih daripada satu kerja jadi ianya juga sudah jadi budaya kami adik beradik. Memang tak ramai ada budaya begini sebab itu ramai yang marah-marah apabila idea buat lebih satu kerja diketengahkan.
Daripada survey Santapan Minda hasilnya sama dengan survey Astro Awani lebih 67% rakyat Malaysia tidak bersedia untuk bekerja lebih daripada satu dengan berbagai alasan. Majoriti generasi Malaysia sekarang adalah generasi hasil daripada budaya subsidi jadi jangan pelik apabila survey oleh Santapan Minda kata 67% tak minat nak buat dua Kerja. 20 tahun lagi akan lahir pulak generasi dewasa BR1M. Ketika itu apabila buat survey mungkin 80% tak nak buat dua kerja.
Inilah hasil generasi daripada apa yang telah kerajaan usahakan. Aku tahu 67% pembaca tidak akan setuju dengan apa yang aku tulis kali ini. Memang susah menerima hakikat tapi suatu masa nanti kita akan melihat hakikat.
Malaysia tidak selamanya mewah begini.
Ada segelintir rakyat memilih untuk berubah dengan melakukan lebih daripada satu kerja tanpa mengharap bantuan Kerajaan. Kerja kedua sekarang bukan seperti dulu perlu membanting tulang tetapi dengan ilmu boleh buat bisnis online dan bisnis menggunakan sosial media. Sentiasa ingat Kerajaan adalah politik apabila berkuasa mereka tetap akan berusaha menjaga kuasa dengan apa cara jadi jangan diharapkan sangat.
Klik sini utk belajar cara Jana income dalam USD
Juga jangan fikir ALLAH tak akan uji kita dengan bencana besar yg bakal memusnahkan segalanya. Banyak negara sudah diuji dan memerlukan berbelas tahun untuk membangun semula. Ketika itu hanya yg sudah biasa kuat akan bertambah kuat.
149 Comments
Jika nak tambah pendapatan ini adalah cara yangs esuai dengan buat dua kerja. Bagi yang tak nak, tak ada paksaan.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Buat Kerja Part Time Dari Rumah
Dah tak pelik buat dua kerja dalam satu masa. Agaknya yang rasa pelik bila mereka tak pernah buat dua kerja. Bagi yang biasa, benda ni dah jadi macam biasa.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Buat Kerja Part Time Dari Rumah
bila diingat semula, ayah sendiri juga melakukan bermacam kerja untuk menghidupi kami adik-beradik. saya tiada masalah dengan idea “kerja lebih daripada satu” asalkan pandai bahagikan masa sebaik-baiknya. jangan sampai keluarga terabai pula. 😉
Curahan rasa Oja Samid @ ..Ikhtiar Seorang Anak Turunkan Kadar Gula Dalam Darah Ibu Yang Ada Kencing Manis
Betul tu. Banyak kita dengar kisah orang dulu-dulu buat kerja labih daripad satu. Apa yang penting kena pandai urus masa dengan baik.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Kepingin untuk lakukan dua kerja tapi kerja sedia ada sendiri telah membataskan masa untuk mencari kerja kedua…macam mana beb? any idea?
Curahan rasa si bongkok @ ..KESIAN hasil komisen ciput jek
Jika masa kerja pertama dah banyak habis. Susah sikit nak bagi masa buat kerja kedua. Buat part time boleh kot.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Buat Kerja Part Time Dari Rumah
Sekang dah tak pelik buat dua kerja. Ada yang boleh buat lebih daripada dua kerja pun ada. Mengikut masa yang ada pada diri masing-masing.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat Tugasan AdvertorialMY Akhir Tahun
yang penting, semak perjanjian dengan majikan..kang tak pasal2 kenaberhenti kerja sebab langgar peraturan.hehe
Curahan rasa permohonan upu @ ..Permohonan UPU Ke UA IPTA/Politeknik/ILKA Sesi 2016/2017
Betul tu. Yang ni kena jaga betul-betul. Sebab tu rasanya kalau buat kerja secara online tak jadi masalah sangat.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat Tugasan AdvertorialMY Akhir Tahun
Jika majikan yang tak boleh buat dua kerja kena jaga-jaga. Nanti diri sendiri yang merana.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Buat Kerja Part Time Dari Rumah
2015 dah nak habis. Nanti esok akan datang 2016. Boleh fikirkan mana-mana kerja yang boleh dijadikan kerja kedua kita bagi yang belum ada lagi kerja kedua.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Hari ni ramai juga saya perasan yang buat lebih dari dua kerja. Mereka ada masa boleh guna peluang ini.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Ada juga buat kerja online unutk kerja kedua. di mana-mana boleh buat. cuma nak tak nak aje.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Ada juga yang tidak ada masa, cari masa buat dua kerja. Hasilnya mereka yang dapat, tapi kena pandai bagi masa. agar yang lain-lain tidak terabai.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Sekarang ni yang tak puas hati dengan dua kerja agaknya kerja pertama mereka dah banyak makan masa. Sebab tu mereka tak boleh terima bila isu ini di timbulkan. Bagi yang ada masa, mereka memang akan buat lebih dari satu kerja.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Jika dengan buat dua kerja tersebut tak ganggu diri kita boleh teruskan buat dua kerja. Tapi jika terganggu kena berhenti dari buat dua kerja tersebut.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Buat dua kerja dah jadi kebiasaan pada sesetengah orang. Yang tak biasa aje marah-marah bila isu dua kerja ini di timbulkan. Bergantung kepada masa yang ada pada diri kita.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Saya pun dah biasa buat 2 kerja…Dan ia akan jadi seronok bila kita minat.Buat 2 kerja tidak semestinya mengabaikan keluarga dan anak2,Kita sendiri perlu bahagi masa sebaiknya.Saya suka dengan bisnes online.Dimana2 pun boleh berbisnes.hihi
Curahan rasa Inspirasi Huda @ ..Cara Membuat Homemade Play doh
Betul tu Huda selagi ada telefon dan line internet dimana mana pun boleh melakukannya.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Saya juga turut melakukan bisnes part time untuk mencari pendapatan sampingan, almaklumlah kos makin bertambah pada tahun hadapan.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Betul tu. ramai yang kerja dari internet sebagai kerja kedua mereka. akan ada hasilnya.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
memang keadaan skarang memaksa semua buat dua kerja..walau apa pun kerjanya..
Curahan rasa reezluv @ ..Pengalaman Shopping Online di Superbuy.my Mengecewakan
Comments are closed.