Assalamualikum dan salam sejahtera, abah aku dulu nak hidupkan kami adik beradik buat berbagai kerja satu masa antaranya kerja buruh di kilang kelapa sawit berdekatan. Selesai kerja kilang beliau akan ke sungai melihat jaring dan joran yang dipasang semalam kemudian pasang semula untuk esok. Hasil tangkapan ikan dan udang galah akan dijual sendiri di pasar. Dalam perjalanan balik kerja kilang, menangkap ikan di sungai atau menjual ikan di pasar bila terjumpa pucuk paku, pucuk meranti atau rebung akan diambil untuk kegunaan sendiri atau kalau banyak dijual di pasar.
Emak pula awal pagi menoreh getah kemudian bertani menanam sayur untuk kegunaan sendiri dan dijual kepada orang kampung. Awal pagi sempat masak mee hoon goreng, mee goreng dan buat kuih untuk anak-anak jual semasa pergi sekolah. Mungkin kami sudah biasa melihat emak & abah buat lebih daripada satu kerja jadi ianya juga sudah jadi budaya kami adik beradik. Memang tak ramai ada budaya begini sebab itu ramai yang marah-marah apabila idea buat lebih satu kerja diketengahkan.
Daripada survey Santapan Minda hasilnya sama dengan survey Astro Awani lebih 67% rakyat Malaysia tidak bersedia untuk bekerja lebih daripada satu dengan berbagai alasan. Majoriti generasi Malaysia sekarang adalah generasi hasil daripada budaya subsidi jadi jangan pelik apabila survey oleh Santapan Minda kata 67% tak minat nak buat dua Kerja. 20 tahun lagi akan lahir pulak generasi dewasa BR1M. Ketika itu apabila buat survey mungkin 80% tak nak buat dua kerja.
Inilah hasil generasi daripada apa yang telah kerajaan usahakan. Aku tahu 67% pembaca tidak akan setuju dengan apa yang aku tulis kali ini. Memang susah menerima hakikat tapi suatu masa nanti kita akan melihat hakikat.
Malaysia tidak selamanya mewah begini.
Ada segelintir rakyat memilih untuk berubah dengan melakukan lebih daripada satu kerja tanpa mengharap bantuan Kerajaan. Kerja kedua sekarang bukan seperti dulu perlu membanting tulang tetapi dengan ilmu boleh buat bisnis online dan bisnis menggunakan sosial media. Sentiasa ingat Kerajaan adalah politik apabila berkuasa mereka tetap akan berusaha menjaga kuasa dengan apa cara jadi jangan diharapkan sangat.
Klik sini utk belajar cara Jana income dalam USD
Juga jangan fikir ALLAH tak akan uji kita dengan bencana besar yg bakal memusnahkan segalanya. Banyak negara sudah diuji dan memerlukan berbelas tahun untuk membangun semula. Ketika itu hanya yg sudah biasa kuat akan bertambah kuat.
149 Comments
Bukan semua boleh buat dua kerja setiap hari jika tiada kemahuan yang sungguh-sungguh.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Dimana ada kemahuan disitu ada jalan, mereka yang sedar diri sudah tentu akan melakukan tindakan untuk mengatasinya.Bukan berpeluk tubuh sahaja.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Yea. bukan senang. Insyallah bila dapat hasil baru kita akan rasa suka untuk kerja kedua tersebut.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
walaupun cadangan tu baik..
tapi ramai yang ketawakan dan tak anggap serius.
namun dari satu sisi, bukan semua orang mampu nak buat dua kerja dan “dibenarkan” untuk buat dua kerja dalam masa yang sama.
Curahan rasa titan @ ..Kini, SEMUA orang boleh bayar zakat dengan lebih MUDAH.
Cadangan nak buat kerja 2 atau 3 memang digalakkan tetapi sangguhkah mereka berpenat-lelah jika hasilnya tidak seperti yang diharapkan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Ada yang satu jawatan pun banyak kerja yang perlu dilakukan. Siap kerja lebih masa dan sebagainya, kalau tiada kemahiran bagaimana mungkin untuk melakukannya.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Ada yang saya baca bangla yang kerja diMalaysia ni yang melakukan 2 kerja, siang sebagai pemotong rumput, dan petangnya memotong rumput dirumah rumah pelanggan biasanya. Bila malam ada yang ambil sebaldi air dan pergi ke apartment apartment untuk ambil upah cuci kereta dengan kadar rm5.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Betul tu. Kadang-kadang ad ayng tak benar kan kita buat kerja lebih dari satu. Tak nak ganggu kerja utama kita.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
betullah tu tak pelik kalau dua kerja, yang pelik kalau satu kerja tapi claim ada tiga empat lima kerja.
Curahan rasa zul @ ..Buat Dua Kerja tu biasalah #2kerja
Mungkin kita tak tahu dia ada dua kerja agaknya, Sebab tu dia boleh kata dia ada dua kerja agaknya.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
sekarang ni dah tak pelik kalau orang buat dua kerja. tapi bila menteri yang keluarkan kenyataan dan bandingkan dengan pangkatnya mmg ade yg tak kena
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Cinta Si Wedding Planner di Tv3
Betul tu. agaknya sebab tu lah jadi isu ini. Sebab ramai yang tak puas hati dengan kata-kata beliau sebelum ini.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
isu dua kerja mmg sedang hangat diperkatakan sejak menteri mention hari tu
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Cinta Si Wedding Planner di Tv3
saya ingatkan ramai lebih ramai rakyat malaysia buat kerja 2 dan lebih kerja..rupanya majorit memilih tidak…. uisshkk..
sy sendiri , lebih dari 2 kerja buat dalam 1 masa..huhuhuhuu.
Tak pelik dah sekarang orang buat 2 kerja dalam satu masa. Orang dulu-dulu buat macam-macam kerja untuk tampung keluarga.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Berhasil Ada Masuk Lagi-Wordless Wednesday
Buat dua atau lebih kerja lagi baik. Dapatlah menampung hidup di kota dan taklah teruk sangat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Ada kawan saya, balik dari kerja utama, Buat kerja part time pula. Dia masih bujang boleh kerja kuat sikit.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Bila buat lebih dari satu kerja. mungkin masa kita akan jadi berubah juga. Cuma kena jaga dan pandai bagi masa. Insyallah akan ada hasilnya.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Masa memaninkan peranan yang penting dalam membuat banyak pekerjaan dalam satu hari. Pagi jual nasi, lepas tu masuk kerja pukul 8.30 pagi. Rehat jual nasi lagi masa rehat jam 12.00 tengahari dan malam cari duit melalui online pulak.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Saya pun buat lebih dari satu kerja. Cuma apa yang penting kena pandai bagi masa. Kena jaga makan dan rehat juga.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Bukan semua orag suka buat dua kerja. Jika nak tambah pendapatan boleh buat dua kerja dalam satu masa. Macam buat kerja dari rumah.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Budaya dua kerja dalam satu masa kena amalkan sekarang. Jika gaji dah besar tak ada masalah.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
pasal kerja lebih daripada satu memang tidak pelik, bukan nak suruh kerja membanting tulang.
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Wordless Wednesday – Pengguna Shaklee 40 Tahun
pelik gak tetiba ketidakpuashatian #2kerja ni menjadi viral..padahal ramai je yg mmg dah buat dua kerja atau lebih..tidak bermakna buat dua kerja, perlu gandakan keringat selepas 8 jam bekerja di siang hari..
Curahan rasa JMR @ ..Minuman Botani GlamoHealth – Pemecah Batu Karang
Betul tu. Mungkin yang marah tu sebab mereka rasa kerja mereka dah ok. Bagi yang rasa nak tambah income. Buat dua kerja dah jadi biasa.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Betul tu bro Jmr, selamat 5:30 Leary lakukan kerja kerja sampingan, antaranya seperti berniaga burger dan berniaga air balang.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Comments are closed.