Assalamualikum dan salam sejahtera, abah aku dulu nak hidupkan kami adik beradik buat berbagai kerja satu masa antaranya kerja buruh di kilang kelapa sawit berdekatan. Selesai kerja kilang beliau akan ke sungai melihat jaring dan joran yang dipasang semalam kemudian pasang semula untuk esok. Hasil tangkapan ikan dan udang galah akan dijual sendiri di pasar. Dalam perjalanan balik kerja kilang, menangkap ikan di sungai atau menjual ikan di pasar bila terjumpa pucuk paku, pucuk meranti atau rebung akan diambil untuk kegunaan sendiri atau kalau banyak dijual di pasar.
Emak pula awal pagi menoreh getah kemudian bertani menanam sayur untuk kegunaan sendiri dan dijual kepada orang kampung. Awal pagi sempat masak mee hoon goreng, mee goreng dan buat kuih untuk anak-anak jual semasa pergi sekolah. Mungkin kami sudah biasa melihat emak & abah buat lebih daripada satu kerja jadi ianya juga sudah jadi budaya kami adik beradik. Memang tak ramai ada budaya begini sebab itu ramai yang marah-marah apabila idea buat lebih satu kerja diketengahkan.
Daripada survey Santapan Minda hasilnya sama dengan survey Astro Awani lebih 67% rakyat Malaysia tidak bersedia untuk bekerja lebih daripada satu dengan berbagai alasan. Majoriti generasi Malaysia sekarang adalah generasi hasil daripada budaya subsidi jadi jangan pelik apabila survey oleh Santapan Minda kata 67% tak minat nak buat dua Kerja. 20 tahun lagi akan lahir pulak generasi dewasa BR1M. Ketika itu apabila buat survey mungkin 80% tak nak buat dua kerja.
Inilah hasil generasi daripada apa yang telah kerajaan usahakan. Aku tahu 67% pembaca tidak akan setuju dengan apa yang aku tulis kali ini. Memang susah menerima hakikat tapi suatu masa nanti kita akan melihat hakikat.
Malaysia tidak selamanya mewah begini.
Ada segelintir rakyat memilih untuk berubah dengan melakukan lebih daripada satu kerja tanpa mengharap bantuan Kerajaan. Kerja kedua sekarang bukan seperti dulu perlu membanting tulang tetapi dengan ilmu boleh buat bisnis online dan bisnis menggunakan sosial media. Sentiasa ingat Kerajaan adalah politik apabila berkuasa mereka tetap akan berusaha menjaga kuasa dengan apa cara jadi jangan diharapkan sangat.
Klik sini utk belajar cara Jana income dalam USD
Juga jangan fikir ALLAH tak akan uji kita dengan bencana besar yg bakal memusnahkan segalanya. Banyak negara sudah diuji dan memerlukan berbelas tahun untuk membangun semula. Ketika itu hanya yg sudah biasa kuat akan bertambah kuat.
149 Comments
dari dulu memang cari alternatif jana pendapatan, mane boleh harapkan income dari satu sumber je nak hidup kat bandar ni…
Curahan rasa huda @ ..Cara Mudah Atasi Rambut Gugur Dengan Shaklee
Saya yg tinggal dekat kampung ni pun kadang tu tak cukup.. lagi pula mereka yang duduk dekat bandar..
Curahan rasa anuar @ ..3 Tips untuk Terus Aktif Menulis Blog!
Dah tentulah kena buat 2, 3 kerja dalam satu masa.. supaya ada back up income..
Curahan rasa anuar @ ..3 Tips untuk Terus Aktif Menulis Blog!
Betul tu. Keadaan tekanan hidup di bandar makin terasa. Ramai juga yang berhijrah balik kampung sekarang ni.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Berhasil Ada Masuk Lagi-Wordless Wednesday
Memang hidup di bandar besar seprti Kuala Lumpur, memang suami isteri kena kerja dan tambah pekerjaan lain juga sebagai alternatif.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Untung lah tinggal di kampung, tak terasa pun.kenaikan kadar tol pada tahun hadapan.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Segala galanya memerlukan. Nak bayar parking, nak bayar tol dan macam macam lagi.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Di kampung banyak sumber sumber tempatan yang boleh dikomersialkan. Banyak perusahaan yang boleh dimajukan dan dionlinekan.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Kena cari incoe kedua jika ada masa. Jika tak ada nak buat macam mana. Kalau gaji ok boleh bertahan dengan apa yang dapat. Jika tak ok, buat kerja secara online ada baiknya juga.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Betul tu. kena cuba buat kerja online. dapat tambah pendapatan jadilah kan.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat Duit Setiap Hari Dengan Kerja Online
Ramai blogger sekarang sedang giat mencari income, kalau tidak sia-sia saja ada blog tetapi sekadar tulis artikel sahaja. Kalau papar iklan di blog seperti Nuffnang, ada juga hasilnya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Bukan setakat dua kerja, ada yang sampai 3 atau 4 kerja disapunya. Lebih lagi semua kerja itu menjadi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Jika menjadi macam ni lagi seronok. dua tiga kerja semuanya ok. Kena cuba juga tu.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat Duit Setiap Hari Dengan Kerja Online
sekarang 2 kerja dalam satu masa tidak asing lagi..malah ada yang buat 4-5kerja dalam satu masa,
Curahan rasa hasif @ ..Hosting Murah di Malaysia
betul tu. Ramai juga kawan-kawan yang buat 4-5 kerja dalam satu masa. Cuma kena pandai bagi masa.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Wah banyak tu, sampai 5 kerja. Kerja buat apa tu Hasif? Apa pun itu satu tindakan yang betul dan patut diteruskan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Kena buat dua kerja zaman sekarang di mana kos hidup kini melambung tinggi. Itu pun kalau nak mewah sikit lah
Curahan rasa Idea Berita @ ..SAPS – Semakan Online Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
Betul tu. Jikan rasa nak selesa sikit dari biasa, Boleh buat dua kerja atau lebih. Usaha tangga kejayaan kata orang.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Sekarang ini, walaupun buat banyak kerja tetapi bukannya boleh kaya pun tetapi bolehlah hidup senang sikit.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Sekarang ni saya dan isteri masing2 buat lebih dari satu kerja..
Curahan rasa anuar @ ..3 Tips untuk Terus Aktif Menulis Blog!
Sebabnya selain daripada anak2 ada tanggungan lain yang terpaksa kami pikul….
Curahan rasa anuar @ ..3 Tips untuk Terus Aktif Menulis Blog!
Setakat ni kami bantulah mana yang termampu… kalau sampai dah tak mampu nanti, terpaksa juga kami berterus terang…
Curahan rasa anuar @ ..3 Tips untuk Terus Aktif Menulis Blog!
Di harap satu hari nanti, mereka dapat memahami apa yang sedang kami rasai sekarang ni..
Curahan rasa anuar @ ..3 Tips untuk Terus Aktif Menulis Blog!
Dan jadilah orang yang bertanggungjawab… cubalah berusaha untuk mempelbagaikan sumber pendapatan.. supaya kita tidak lagi mengharap belas ikhsan daripada orang lain..
Curahan rasa anuar @ ..3 Tips untuk Terus Aktif Menulis Blog!
Bagus macam tu tuan. Boleh tambah income untuk perbelanjaan harian diri dan keluarga.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Yalah..anak dah nak masuk lima orang, pasti banyak perbelanjaan yang harus dikeluarkan, jika satu kerja maknanya memang susah hidup.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Zaman sekarang ni kalau nak merasa hidup selesa kena buat lebih dari satu kerja..
Curahan rasa anuar @ ..3 Tips untuk Terus Aktif Menulis Blog!
Kalau setakat mengharap kerja makan gaji semata-mata memang tak cukup…
Curahan rasa anuar @ ..3 Tips untuk Terus Aktif Menulis Blog!
Tapi secara realitinya bukan semua orang sanggup buat lebih satu kerja dalam satu masa…
Curahan rasa anuar @ ..3 Tips untuk Terus Aktif Menulis Blog!
Kemudian bila duit tak cukup mengharap subsidi.. mengharap bantuan, termasuk bantuan daripada ibu bapa… walaupun dah berkahwin…
Curahan rasa anuar @ ..3 Tips untuk Terus Aktif Menulis Blog!
Huhuhu… memang kesian dekat emak ayah yang ada anak macam ni…. masa kecil emak ayah dah sara mereka… bila belajar emak dan ayah sara mereka… bila dah kahwin pun masih ada yg mengharap bantuan daripada emak dan ayah?
Curahan rasa anuar @ ..3 Tips untuk Terus Aktif Menulis Blog!
Cukup2 lah tu.. kesian dekat emak ayah kita… saban hari mereka dah semakin berumur.. sepatutnya kita usahakan pelbagai sumber pendapatan, supaya dapat bagi duit dekat emak dan ayah pada setiap bulan..
Curahan rasa anuar @ ..3 Tips untuk Terus Aktif Menulis Blog!
Hidup kini tidak seperti dulu lagi. Semuanya kena pakai duit. Ramai dah sekarang cari ikhtiar untuk mencari rezeki tambahan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Betul tu. Jika nak rasa selesa boleh buat dua atau lebih dari satu kerja. Boleh tambah pendapatan yang ada.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Apa boleh buat, beginilah kehidupan sekarang, hidup memang susah dan penuh cabaran, jika tidak berusaha untuk membuat banyak kerja dalam satu masa, pasti tidak noleh hidup di bandar besar.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Betul tu, Jika di bandar besar kos hidup lagi tinggi. Jika tinggal di kampung tak rasa macam di bandar.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Saya selalu berdoa agar dimurahkan rezeki ketika menjual nasi bungkus dan berniat untuk menjual sebelah malam pula,
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Usaha yang berterusan akan mambuahkan hasil yang lumayan. Orang dulu-dulu memang rajin berusaha.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Saya kagum dengan semangat orang tua zaman dahulu, walaupun hodup di kampung namun demi sesuap rezeki mereka rela dan sanggup bersusah payah dengan membuat pelbagai kerja.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Orang tua dulu-dulu memang rajin berusaha mencari hasil untuk keluarga tercinta. Kena rajin macam mereka juga.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Sekarang ini pun suami dan isteti kena kerja untuk menyara keluarga, jika tidak memang susah nak jalani hidup seharian.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Betul tu, namun ada juga yang satu pihak aje bekerja. Allah bagi rezeki. Kena usaha sebaiknya.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Kedua orang tua dulu pun memang buat banyak ketja untuk menyara kami adik-beradik. Sekarang pun kena ikut jejak mereka tetapi caranya berbeza.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Saya kini pun dah buat 3 kerja .
1- Menjula nasi bungkus seperti nasi belauk ayam goreng, gulai ayam, ayam kicap, ayam masak merah dan nasi lemak
2- Kerja di kilang buat kek.
3- Berblog sambil mengharapkan ada pendapatan m lalui iklan dan sebagainya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
banyaknya kerja u buat. patutla pandai buat kek, cantik-cantik deko kek, jeles dibuatnya.
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Cara Kerja Lebih Daripada Satu
Ha..ha… nak bestkan boleh buat banyak kerja tetapi itu pun belum tentu boleh hidup senang. Kalau betul-betul serius memang boleh jana pendapatan yang masyuk.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Banyak juga kerja tu, entri pun selalu aje up dan aktif.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Bagus tuan buat banyak kerja. Semoga boleh menjadi contoh untuk kawan-kawan yang lain juga.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Itu contoh multi job seperti saranan Tuan Menteri AM. Boleh jadi contoh buat generasi muda.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Nampak sangat Gen-X dan Gen-Y zaman ini (esp Malays & other races) dah pampered sangat… what a shame… so anything…. semuanya bermula dari “RUMAH”….. #2kerja #rekaan #semata nampak sangat takda poin nak alihkan pandangan semasa.. wahai gen-x dan gen-y nih…
Curahan rasa irsah indesigns @ ..Easy Guide How To Empty Shopping Cart Use simpleCartjs Blogger Store Plug-ins
Buat kerja dari rumah salah satu peluang kerja yang boleh kita cuba juga. Banyak manfaatnya jika bekerja dari rumah.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Berblog pun satu kerja juga. Nak dapatnya kena masuk contest, mana tahu boleh menang ribu-riban. Kalau tak dapat hadiah wang tunai, ada juga dapat gajet terkini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Saya memang dah lama praktiskan 2 kerja. siang buat kerja 8 jam, malam buat kerja sampingan.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Kalau kita dah kenal saiz baju kita, kita akan tahu apa tindakan yang perlu diambil sebelum ekonomi menjadi parah.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Betul tu saya setuju… bila pendapatan makan gaji tak cukup untuk menampung kos sara hidup… apa salahnya buat kerja part time..
Curahan rasa anuar @ ..3 Tips untuk Terus Aktif Menulis Blog!
Banyak kerja part time yang bole kita buat… cuma tinggal samada nak atau taknak jer…
Curahan rasa anuar @ ..3 Tips untuk Terus Aktif Menulis Blog!
Antara kerja part time yg boleh kita buat ialah tulis blog, jahit baju, memasak, jual simkad, jual topup, jadi ejen dropship mana2 produk dan sebagainya…
Curahan rasa anuar @ ..Keyword PANAS : Dividen ASB 2015
Betul apa yang Tuan Anuar sarankan, pasti beliau dah buat semua itu. Mana boleh hidup hanya satu kerja saja, lainlah gaji RM20,000 sebulan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Sebelum ini bekerja di Kota Bharu pun buat dua kerja juga. Siang hari bekerja buat kek dan malam part time buat kek jugak. Di dua tempat berasingan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Itulah untungnya kalau ada kemahiran, kemana manapun boleh hidup. Mungkin nanti boleh buka kedai kek siapa tahu kan?
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Tuan kamil ada terfikir untuk buka kedai ka nanti. Manalah tahu kan.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Bagus buat kerja macam ni jika nak tambah income dari kerja sampingan kan tuan .
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Boleh guna sela masa yang ada seperti lepas waktu kerja dengan berniaga. Kalau banyak mengeluh sahaja tiada guna, tidak akan dapat hasil pun.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Ya, memang ramai orang buat 2 kerja sehari. Tapi mostly generasi sekarang suka enjoy & nak hidup mudah je. Jadi bila ekonomi makin menekan, macam2 la jadi.
Curahan rasa Fyda Noh @ ..Bayi Menangis Malam Boleh Buat Mak Ayah Menangis Sekali
Ini generasi BR!M yang banyak terima subsidi dari memberikan subsidi. Mereka pelu diberikan pendidikan bagaiaman menguruskan kewangan.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
brim tu pun kerajaan yang bagi, bukan depa ni mintak pun sebenarnya. akhirnya polisi kerajaan dan pelaksanaan pun penting juga. rakyat ini kena teruskanla buat lebih daripada 1 kerja. ish memang geram dibuatnya dengan kerajaan yang tidak prihatin.
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Cara Naikkan Berat dan Tinggi Anak Dengan Cepat
Penerimaan BR1M buakn banyak pun yang dapat, ia juga hasil negara untuk rakyat. Walau pun dapat tetapi kena buat banyak kerja jugak.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Itulah jadinya bila biasa dimanjakan. Pendidikan memang penting untuk maju kehadapan. Kalau tidak kita akan kekal ditakuk lama.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Pengurusan kewangan pun perlu bijak, duit yang dapat digunakan untuk sesuatu yang memberi pulangan yang lebih lagi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Duit bantuan yang diterima kena manfaatkan dengan sebaik baiknya, bukan digunakan untuk benda yang tidak perlu.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Betul tu. patut buat kerja yang boleh bantu tambah pendapatan dari duduk marah-marah sana sini.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Pengalaman Berjaya 2015
Duk marah situ-sini, duk komplen itu dan ini pun tiada guna jugak. Lebih baik, yg diberi kita ambil yang mnerima bersyukur. Yang tidak dapat berusaha keras.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Semakan Status BR1M 2016
Orang kita ni banyak cakapnya dari tindakan nya. Mind set orang kita kena betulkan dahulu, barulah mereka boleh nampak halatuju yang betul.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Comments are closed.