Assalamualaikum dan Salam 1Duni, berikut adalah doa munajat Ramadhan yang dikongsikan oleh seorang rakan wassap yang telah dibaca oleh iman tempat beliau bersolat sunat terawih. Semuga boleh menjadikan paduan untuk kita bermunajat kepada ALLAH kerana ALLAH sangat sayang kepada hambanya yang mengangkat tangan memohon doa kepada Nya seperti maksud ayat 186 Surah Al Baqarah : “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (ALLAH) sentiasa hampir (kepada mereka) Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKU. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul“.

Ya Allah…ya Rahman…ya Rahim…
Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepada Mu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkau lah Tuhan yang Maha Mendengar.
Ya Fattahu ya alim…
Ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yang baik-baik untuk diri kami, Janganlah kau menguji kami pada apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu-pintu rahmat Mu untuk kami ya Allah…
Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yg baik..supaya dengannya kami dapat beribadah kepada Mu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepada Mu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pada Mu bila ditimpa sakit, Kami lupa kapada Mu ketika senang, kami ingat pada Mu bila datang kesusahan. Kami lupa kapada Mu disaat kami gembira, Kami ingat kepada Mu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingati Mu tika usia sudah tua, ..justeru ya Allah…ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa melalaikan kami daripada mengingatimu ya Allah…
Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mengalir dalam diri kami…kau gantilah dengan kebajikan untuk nya yang boleh membawanya ke Syurga Mu ya Allah…ya Rahman…pada setiap keringat yg mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezeki kepada keluarga kami…kau gantikanlah dengan keampunan yg membawa ke syurga Mu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan…Justeru kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurga Mu ya Allah…..
Ya Allah….
Kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami dan guru-guru kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah mereka dlm orang-orang Kau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakh MU..maka Kau ambillah kami dalam keadaan yg baik-baik…dalam keampunan dan rahmat Mu ya Allah…
Ya Allah ya Aziz…
Kurniakanlah kepada kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.
Ya Rashid…ya Rahman…ya Rahim..
Jika ada dikalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka, jika ada di kalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada dkalangan kami mereka yang derhaka kepada ibu bapa atau terkurang dalam melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak-anak yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…
Ya Allah ya Malikal mulk…
Ya Razak..ya fattahu ya alim…
Kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati. dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat dengan Mu..sebaliknya, janganlah kau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.
Ya Allah….
Bantukanlah kami dalam menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-lamanya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kepada Mu dgn jiwa yg tenang….
Ya Allah ya zal jalali wal ikram…
Ya Allah….Jaganlah kau jadikan Ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati, jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa-dosa kami.. Ya Allah…temukanlah kami dengan lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yang dapat beramal di malam al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubah kami..ampunkanlah segala dosa kami…amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi…kurniakanlah kepada kami syurga Mu yg maha luas nikmatnya…
Amin Ya Rabbal Alamin.
Nota : Dalam tazkirah yang lain Ustaz menyatakan kita orang biasa banyak dosa kerana itu doa kita ada hijab dengan ALLAH sehingga kurang makbul. Adalah lebih baik kita perbanyakan doa kepada orang lain kerana setiap kali kita berdoa untuk orang lain maka para malaikat akan mendoakan doa yang sama untuk kita dan doa para malaikat tiada hijab dengan ALLAH. Jadi di bulan mulia Ramadhan marilah kita perbanyakan munajat kepada ALLAH kerana kuasa doa memanglah sangat hebat sebagai bekalan 11 bulan yang mendatang.
Amir Denaihati
Founder Denaihati
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
213 Comments
Ramadhan tahun ni sangat bermakna buat diri saya. Saya berharap supaya saya dipanjangkan usia untuk bertemu Ramadhan pada tahun hadapan dan seterusnya.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
ramadhan adalah bulan yang terbaik untuk meraih doa kepadaNya. kehadirannya pula hadir dalam setahun sekali
Curahan rasa cahayacinta @ ..Cara Menggunakan Pemerah Pipi Mengikut Bentuk Wajah_ RMK Malaysia
berdoalah supaya hati kita tetap kekal beriman kepadanya selagi hayat masih ada
Curahan rasa cahayacinta @ ..Ada Hantu Bungkus Sayur Dalam Peti Ais Kami? Tidak!!
indahnya dalam berdoa sebab doa kita boleh minta macam-macam hajat baik dariNYA
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 24/2014_HP PC Demand Gen Digital Campaign
itulah untungnya bila berdoa kita akan rasa dekat dengan Sang Pencipta itu.
Curahan rasa cahayacinta @ ..Resepi Diet Ikan Kukus Serai Cahayacinta Tersedut Harum
ramai orang kata tak mampu hidup sendiri sebab rasa tidak lalu dan tempapat beradu nasib katanya
Curahan rasa cahayacinta @ ..Ada Hantu Bungkus Sayur Dalam Peti Ais Kami? Tidak!!
mereka yang berfikirna begini sempit sebenarnya. bila sesuatu tiada di sisi kita sebenarnya yang ada selalu di sisi kita adalah Pencipta
Curahan rasa cahayacinta @ ..Manis Hanya Sementara
berdoa untuk orang lain juga akan mendapat manfaatnya cuma kita tak namapak akan ganjarnanya pahala ada pada insan berdoa pada seseorang secara dalam diam
Curahan rasa cahayacinta @ ..Pengalaman Mendaftarkan Anak Untuk Sesi Tahun Satu
Saya pernah tidak berdoa selama beberapa bulan karena merasa Allah memberi karunia bukan karana doa saye dan tidak mengabulkan permintaan pun karana itu yang terbaik buat saye. tap saye salah, bahwa doa adalah pendekatan diri kita kepada Allah SWT layout majalah
Curahan rasa Layout Majalah @ ..Jasa Desain Layout Majalah Internal Perusahaan
Allah Maha Pendengar Lagi Mangasahani kita jangan lupa itu sampai bila-bila pun
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 24/2014_HP PC Demand Gen Digital Campaign
setiap orang akan uji dengan pelbagai sudut sama ada kesakitan, kebahagian atau kelapangan
Curahan rasa cahayacinta @ ..Ada Hantu Bungkus Sayur Dalam Peti Ais Kami? Tidak!!
hamba yang sering berdoa adalah hamba yang sering ingat akan kelemahannya di sisi Pencipta
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 24/2014_HP PC Demand Gen Digital Campaign
insyallah segala doa kita akan Maha Teliti mendegarnya.jangan sesekali berputus asa dalam berdoa
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 23/2014_ Sunsilk Silhouette
terima kasih admin denaihati atas doa yang di berikan baik insyallah bolehlah kita amalkan selalu.
Curahan rasa cahayacinta @ ..Kisah Tiga Tetamu Yang Hadir Majlis Keraian
doa yang bagus adalah doa bila mana ia kita lakukan secara berterusan tanpa jemu. insyallah doa kita akan perkenankan
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 20/2014_ SENHENG Online Store One
kit aboleh berdoa sama ada sebelum tidur, untuk makan, doa untuk mohon kesejahteraan semua bolehkan.
Curahan rasa cahayacinta @ ..Cara Membuat Jubah Princess Cut Polka Dotku Renungan Matanya Tajam
selain doa di atas banyak lg yang dapat kita amal kan.insyaallah
Curahan rasa adna2029 @ ..Bantuan Untuk Rumah Jagaan Orang Tua Al Ikhlas Puchong
sungguh banyak doa untuk ramadhan apa lagi doa dalam solat seharian kita itu pun tidak harus dilupakan
Curahan rasa cahayacinta @ ..Kesedihan Berlagu Jernih Di Air Matamu Abu Hurairah
perlu juga kita ingat akan satu perkara ya iaitu mati. bila kita ingat mati kita akan rasa banyak dosa dan lantas beribadat kepadanya umpama kita akan mati pada hari esoknya
Curahan rasa cahayacinta @ ..Kesedihan Berlagu Jernih Di Air Matamu Abu Hurairah
berdoa beri kesihatan yang baik mudah kita beribadat kepadanya.jangan hanya berdoa asyik mohon murah rezeki sahaja
Curahan rasa cahayacinta @ ..Manis Hanya Sementara
betul tu…bayakkan kan berdoa kepada Allah in syaa Allah, Allah pasti akan dengar doa kita, banyakkan melakukakan solat sunat taubat kepada Allah..
Curahan rasa Nurul Aina @ ..Mudahnya Menjemput Rezeki
semoga kita akan sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang di berikannya kepada kita. Allah Maha Besar.
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 21/2014_ Sime Darby LPGA 2014
Dia Maha Mendengar doa akan makbulkan sama ada lambat atau cepat kita mesti tahan sabar. itu kekuatan seorang hamba Allah yang yakin adanya Pencipta
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 20/2014_ SENHENG Online Store One
jika doa kita tidak makbulkan mesti ada sebab yang lainkan.cuba lihat apa perlu kita perbaiki lagi.terkadang bila doa tidak kesampaian selalunya Allah akan gantikan perkara yang lain
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 19/2014_RWG – Ice Age Adventure
salah satu solat amat kita sarankan dalam seharian kehidupan kita.moga ia permudahkan
Curahan rasa cahayacinta @ ..The Boxtrolls
berdoalah sesungguhnya doa kita Dia sedia mendengar walaupun kita sering sahaja lalai dengan urusan dunia dan keluarga lebih dari Pencipta
Curahan rasa cahayacinta @ ..HILANG dan gILA
insyaallah kita amalkan doa2 macam ni setiap hari dan bukan di bulan ramadan shj..
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Doa yang menyentuh hati dan boleh mengalirkan air mata apabila kita menghayati doa ini.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
doa sepenuh hati itu lebih menusuk dalam jiwa dan sanubarikan.doa ikhlas itu memang amat sarankan tekankan selalu
Curahan rasa cahayacinta @ ..Panaslah Ayah..Memori Minum Air Dalam Piring, Kasihmu Sejuk Memayung Jiwaku
Ya. Salah satu tips yang bagus untuk dipakai. Doakan orang lain dalam setiap doa kita. Pasti Malaikat mendengar. InshaAllah. Terima kasih atas perkongsian ini.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
Comments are closed.