Assalamualaikum dan Salam 1Duni, berikut adalah doa munajat Ramadhan yang dikongsikan oleh seorang rakan wassap yang telah dibaca oleh iman tempat beliau bersolat sunat terawih. Semuga boleh menjadikan paduan untuk kita bermunajat kepada ALLAH kerana ALLAH sangat sayang kepada hambanya yang mengangkat tangan memohon doa kepada Nya seperti maksud ayat 186 Surah Al Baqarah : “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (ALLAH) sentiasa hampir (kepada mereka) Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKU. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul“.
Ya Allah…ya Rahman…ya Rahim…
Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepada Mu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkau lah Tuhan yang Maha Mendengar.
Ya Fattahu ya alim…
Ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yang baik-baik untuk diri kami, Janganlah kau menguji kami pada apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu-pintu rahmat Mu untuk kami ya Allah…
Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yg baik..supaya dengannya kami dapat beribadah kepada Mu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepada Mu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pada Mu bila ditimpa sakit, Kami lupa kapada Mu ketika senang, kami ingat pada Mu bila datang kesusahan. Kami lupa kapada Mu disaat kami gembira, Kami ingat kepada Mu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingati Mu tika usia sudah tua, ..justeru ya Allah…ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa melalaikan kami daripada mengingatimu ya Allah…
Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mengalir dalam diri kami…kau gantilah dengan kebajikan untuk nya yang boleh membawanya ke Syurga Mu ya Allah…ya Rahman…pada setiap keringat yg mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezeki kepada keluarga kami…kau gantikanlah dengan keampunan yg membawa ke syurga Mu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan…Justeru kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurga Mu ya Allah…..
Ya Allah….
Kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami dan guru-guru kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah mereka dlm orang-orang Kau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakh MU..maka Kau ambillah kami dalam keadaan yg baik-baik…dalam keampunan dan rahmat Mu ya Allah…
Ya Allah ya Aziz…
Kurniakanlah kepada kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.
Ya Rashid…ya Rahman…ya Rahim..
Jika ada dikalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka, jika ada di kalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada dkalangan kami mereka yang derhaka kepada ibu bapa atau terkurang dalam melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak-anak yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…
Ya Allah ya Malikal mulk…
Ya Razak..ya fattahu ya alim…
Kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati. dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat dengan Mu..sebaliknya, janganlah kau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.
Ya Allah….
Bantukanlah kami dalam menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-lamanya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kepada Mu dgn jiwa yg tenang….
Ya Allah ya zal jalali wal ikram…
Ya Allah….Jaganlah kau jadikan Ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati, jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa-dosa kami.. Ya Allah…temukanlah kami dengan lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yang dapat beramal di malam al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubah kami..ampunkanlah segala dosa kami…amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi…kurniakanlah kepada kami syurga Mu yg maha luas nikmatnya…
Amin Ya Rabbal Alamin.
Nota : Dalam tazkirah yang lain Ustaz menyatakan kita orang biasa banyak dosa kerana itu doa kita ada hijab dengan ALLAH sehingga kurang makbul. Adalah lebih baik kita perbanyakan doa kepada orang lain kerana setiap kali kita berdoa untuk orang lain maka para malaikat akan mendoakan doa yang sama untuk kita dan doa para malaikat tiada hijab dengan ALLAH. Jadi di bulan mulia Ramadhan marilah kita perbanyakan munajat kepada ALLAH kerana kuasa doa memanglah sangat hebat sebagai bekalan 11 bulan yang mendatang.
Amir Denaihati
Founder Denaihati
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
213 Comments
Boleh amalkan doa ni ni walaupun bukan dalam bulan Ramadhan. Doa adalah salah satu cara kita memohon pada Allah.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Review Blog Mereka.
betul tu fatihafazlin, bukan bulan Ramadhan pun boleh baca doa ini.. jadikan amalan.. mohon kebaikan daripada Allah..
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Follower ke 2300
Ya betul. Moga doa ini menjadi amalan seharian kita. Banyak juga doa-doa lain yang kita boleh amalkan selain dari doa ini.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
Doa yang baik untuk dijadikan amalan untuk kita semua… harini kami semua berdoa untuk kakak yang tengah berjuang di dalam labor room..
Curahan rasa shamiera osment @ ..Wordless Wednesday : 100 Followers Akhirnya…
doa dalam diam itu lebih indahkan moga selamat anak bakal lahir nanti.amin dia Maha mendengar doa kamu
Curahan rasa cahayacinta @ ..Panaslah Ayah..Memori Minum Air Dalam Piring, Kasihmu Sejuk Memayung Jiwaku
Semoga semua amalan kita di bulan ramadhan akan di terima oleh Alah SWT.
Curahan rasa Wira Merah @ ..3 Cara Meningkatkan Ranking Alexa Berkesan
Ya. Begitulah hendaknya. Teruskan juga membuat amal baik di bulan-bulan lain.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
boleh doa doa amalkan setiap hari. supaya kita lebih dekat dgn pencipta.
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
semoga setiap doa kita dimakbulkan allah. jangan berhenti berdoa dan meminta darinya
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
kita buat terbaik semoga ada kurang dapat sadurkan amalan baik lebih banyak hendaknya.
Curahan rasa cahayacinta @ ..DIY Kasut Macam Retis
bulan Ramadhan adalah bulan mulia dan bulan Ramadhan juga doa kita akan di makbulkan oleh Allah sebab itulah kita harus banyakkan amalan di bulan mulia
Curahan rasa iuzira @ ..kenali AL-QASSAM
Ya. Bulan Ramadhan juga merupakan bulan umat Islam dan bulan yang berkat. Moga doa kita akan dimakbulkan olehNya.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
bulan yang lain kita galakkan berdoa moga doa kita di terima olehnya nanti moga doa baik akan jalankan mudhakan nanti
Curahan rasa cahayacinta @ ..Selamat Menyambut Hari Satu Malaysia Dan Aktiviti Kami Sekeluarga
Amalan dibulan Ramadhan ini wajar kita teruskan dan dijadikan amalan harian… Marilah sama2 kita bermunajat dan muhasabah diri agar kita tidak tergelincir terus dari landasan…
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Menjaga Dan Memelihara Alam Sekitar Menurut Islam
selain di bulan ramadhan pun kita semua boleh amalkan doa2 seperti ini amin.
Curahan rasa adna2029 @ ..Cute little people for your wednesday
ramadhan sungguh meninggalkan kita pergi buat hati ini menjadi sesungguhnya sayu sekali
Curahan rasa cahayacinta @ ..Selamat Menyambut Hari Satu Malaysia Dan Aktiviti Kami Sekeluarga
InshaAllah, moga kita dapat bertemu kembali dengan Ramadhan yang seterusnya untuk terus dapat merasai nikmat di bulan Ramadhan.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
rasa sedih sebab ramadhan kali ini serasa cepatnya pergi belalu..oh ramadhan. harap akan kembali lagi
Curahan rasa cahayacinta @ ..HILANG dan gILA
Cepat sungguh bulan Ramadhan berlalu. Semoga kita dapat bertemu bulan Ramadhan lagi untuk tahun depan. 😉
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen Bloggers : 20 Facts About Me
ramadhan sungguh kita dekat pada Tuhan pada dunia mudah sahaja kita lupakan.tapi sampai tamat ramadan segala jadi cam hantu semacam
Curahan rasa cahayacinta @ ..Cara Membuat Pau Kukus Atau Pau Bakar Dalam Oven
Huhu. Itulah bila kita berpuasa, kita akan cuba untuk tak buat benda yang bukan-bukan. Manusia. Imannya ada turun naik.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
moga usia akan panjangkan lagi melukuk rezeki bumi bahagian indan ini terima kasih ya Ilahi
Curahan rasa cahayacinta @ ..Selamat Menyambut Hari Satu Malaysia Dan Aktiviti Kami Sekeluarga
Ya Allah izinkanlah wawa untuk bertemu bulan ramadhan lagi pada tahun hadapan. Begitu banyak perkara yang ingin wawa mohon dan minta keampunan di bulan yang mulia ini. Rindunya suasana bulan ramadhan.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI11] : KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK
Amin. Semoga Ramadhan yang akan datang kita sedar untuk menghargai dan menghayati Ramadhan dengan sebaik-baiknya.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
Ya Allah..rindunya bulan Ramadhan..entah dpt jumpa ke tak tahun hadapan…mmg mujarab jika berdoa di bulan Ramadhan..terutama sekali pada malam laitul Qadar.. Ya Allah, aku harap dapat bertemu lagi Ramadhan akan datang…Aminnn
Rindu memang rindu. Jadi marilah kita berdoa kepada Allah agar Allah panjangkan umur kita untuk merasa lagi Ramadhan pada tahun hadapan.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
Ramadhan begitu cepat berlalu.
Joms sama sama kita puasa sunat isnin dan khamis untuk menghidupkan kesan ramadhan yang lepas
Puasa itu banyak hikmahnya
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Beli Tudung Labuh Koshibo Dari Kota Kinabalu
Ya. Amalkan puasa sunat yang selalu Rasulullah buat. InshaAllah dapat juga merasa nikmat puasa seperti puasa dalam bulan Ramadhan.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
Hati memang rindu dengan Ramdhan. Semoga di pertemukan dengan ramadhan akan datang
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Shawl Halfmoon Labuh Helwa Untuk Puan Izan
sayu baca doa munajat ni..rindu pd Ramadhan..
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
Ameen ya Rabbal ‘Alameen.
Kena print dan baca selepas solat.
Bila selalu baca, pasti akan melekat di hati.
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Vivix Shaklee Untuk Kesihatan Yang Premium
Ya betul. Kita tidak perlu lihat lagi kertas untuk membaca doa tersebut kerana sudah sebati dalam ingatan kita. Moga mendatangkan kebaikan untuk kita. InshaAllah.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
bila kita berdoa untuk orang lain malaikat yang tidak terhijab doa akan mendoakan untuk kita
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
Ya betul. Saya sokong. Memang terbukti doa itu senjata terkuat bagi umat islam. Jadi kita kena rajin untuk berdoa tak kiralah pendek ataupun panjang.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
Comments are closed.