Assalamualaikum dan Salam 1Duni, berikut adalah doa munajat Ramadhan yang dikongsikan oleh seorang rakan wassap yang telah dibaca oleh iman tempat beliau bersolat sunat terawih. Semuga boleh menjadikan paduan untuk kita bermunajat kepada ALLAH kerana ALLAH sangat sayang kepada hambanya yang mengangkat tangan memohon doa kepada Nya seperti maksud ayat 186 Surah Al Baqarah : “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (ALLAH) sentiasa hampir (kepada mereka) Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKU. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul“.
Ya Allah…ya Rahman…ya Rahim…
Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepada Mu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkau lah Tuhan yang Maha Mendengar.
Ya Fattahu ya alim…
Ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yang baik-baik untuk diri kami, Janganlah kau menguji kami pada apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu-pintu rahmat Mu untuk kami ya Allah…
Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yg baik..supaya dengannya kami dapat beribadah kepada Mu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepada Mu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pada Mu bila ditimpa sakit, Kami lupa kapada Mu ketika senang, kami ingat pada Mu bila datang kesusahan. Kami lupa kapada Mu disaat kami gembira, Kami ingat kepada Mu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingati Mu tika usia sudah tua, ..justeru ya Allah…ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa melalaikan kami daripada mengingatimu ya Allah…
Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mengalir dalam diri kami…kau gantilah dengan kebajikan untuk nya yang boleh membawanya ke Syurga Mu ya Allah…ya Rahman…pada setiap keringat yg mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezeki kepada keluarga kami…kau gantikanlah dengan keampunan yg membawa ke syurga Mu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan…Justeru kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurga Mu ya Allah…..
Ya Allah….
Kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami dan guru-guru kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah mereka dlm orang-orang Kau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakh MU..maka Kau ambillah kami dalam keadaan yg baik-baik…dalam keampunan dan rahmat Mu ya Allah…
Ya Allah ya Aziz…
Kurniakanlah kepada kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.
Ya Rashid…ya Rahman…ya Rahim..
Jika ada dikalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka, jika ada di kalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada dkalangan kami mereka yang derhaka kepada ibu bapa atau terkurang dalam melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak-anak yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…
Ya Allah ya Malikal mulk…
Ya Razak..ya fattahu ya alim…
Kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati. dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat dengan Mu..sebaliknya, janganlah kau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.
Ya Allah….
Bantukanlah kami dalam menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-lamanya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kepada Mu dgn jiwa yg tenang….
Ya Allah ya zal jalali wal ikram…
Ya Allah….Jaganlah kau jadikan Ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati, jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa-dosa kami.. Ya Allah…temukanlah kami dengan lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yang dapat beramal di malam al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubah kami..ampunkanlah segala dosa kami…amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi…kurniakanlah kepada kami syurga Mu yg maha luas nikmatnya…
Amin Ya Rabbal Alamin.
Nota : Dalam tazkirah yang lain Ustaz menyatakan kita orang biasa banyak dosa kerana itu doa kita ada hijab dengan ALLAH sehingga kurang makbul. Adalah lebih baik kita perbanyakan doa kepada orang lain kerana setiap kali kita berdoa untuk orang lain maka para malaikat akan mendoakan doa yang sama untuk kita dan doa para malaikat tiada hijab dengan ALLAH. Jadi di bulan mulia Ramadhan marilah kita perbanyakan munajat kepada ALLAH kerana kuasa doa memanglah sangat hebat sebagai bekalan 11 bulan yang mendatang.
Amir Denaihati
Founder Denaihati
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
213 Comments
sesungguhnya DOA ada tools paling berharga utk umat Islam.
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
Kembali utk mencari doa yang cukup bagus ni…
terima kasih tuan DH berkongsi
Curahan rasa hafizmd @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak – This Is Something Different!
suka sangat ngan entri gini..leh jadikan panduan.
kehidupan kita bukan setakat di dunia ini sahaja, oleh itu kita perlu berdoa agar diberi kebahagiaan di dunia dan di akhirat juga
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
Sebab itu juga ada doa khas supaya kita minta kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
setuju tu bro faizal..doa senjata utama kita…sentiasalah kita istiqomah
Curahan rasa hafizmd @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak – This Is Something Different!
Sesuatu amalan yang kecil namun dilakukan secara istiqamah lebih baik dari amalan besar yang dilakukan sekali sekala
Jom istiqamah
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Borong Tudung Labuh Dari Cik Wina
insyaAllah sentiasa istiqamah dalam berdoa..pasti ada kebaikan
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
Ya. Berdoa agar segala urusan kita dunia akhirat dipermudahkan oleh Allah dan mendapat redha Allah.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
seperti yang kita sedia maklum dalam bulan Ramadhan ada satu malam lailatul qadar, kalau kita benar-benar mahu bertemu dengan malam lailatur qadar, berdoalah agar diberi kekuatan untuk terus beramal sehingga malam lailatul qadar
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
tip yang mudah diberikan oleh Tuan Denaihati cara hendak dapatkan Lailatul Qadar adalah beramal sepenuhnya 10 malam terakhir
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
moga2 Allah pilih kita untuk bertemu lailatul qadar…ameen
Curahan rasa hafizmd @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak – This Is Something Different!
itu yang kita cari…berdoalah tanpa henti setiap malam kan
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
Ya. Pasang azam yang kuat dan berdoa setiap hari supaya Allah beri kita kekuatan untuk tingkatkan amal baik kita agar akhirnya dapat juga kita merasa malam lailatul qadar.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
sesetengah orang alim berdoa kepada Allah agar dimatikan dalam bulan Ramadhan.
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
bulan Ramadhan adalah bulan kebaikan, orang yang mati dalam bulan Kebaikan ada kelebihannya
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
sama seperti arwah ayah aku..semoga dicucri rahmat
Bulan Ramadhan adalah bulan yang ditunggu oleh pencinta Allah, jadi kita mohon agar dipanjangkan usia kita untuk dapat bertemu dengan Ramadhan yang akan datang
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
Mudah-mudahan kita sentiasa berada dalam kebaikan dan beramal di bulan Ramadhan
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
para arifin atau sufi bergembira tatkala menjelang ramadhan dan bersedih tatkala berakhirnya Ramadhan
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
amin ya rabb..semoga dipertemukan lagi next ramadhan
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
orang-orang yang mengasihi Allah tidak sabar untuk mati kerana kematian adalah suatu yang menenangkan dan tempat untuk mereka berehat
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
orang yang syahid itu tidak mati, mereka hanya berpindah ke alam lain (barzakh) untuk mendapat nikmat di sana.
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
di dunia mereka sudah berkerja keras untuk agama Allah. Bila mati mereka mendapat habuan nikmat
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
MATI ITU pasti..tak dapat lari..hanya menanti masa
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
Kematian husnul khatimah adalah kematian yang kita harapkan. mudah-mudahan mudah untuk kita menjalani kehidupan di alam barzakh. ini juga satu permintaan yang perlu kita doakan
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
di akhir zaman, ada hadis Rasulullah SAW yang menyatakan tentang kematian mengejut banyak berlaku. oleh itu, doa mati dengan husnul khatimah amat perlu di amalkan
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
kematian mengejut memang banyak berlaku sekarang ini umpamanya, kemalangan jalan raya,kapal terbang, lemas dan sebagainya
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
ada juga yang Allah tunjukkan kepada kita kematian yang baik seperti meninggal ketika sujud dan terbaru meninggal ketika bertadarus Al-Quran di Kedah
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
pengakhiran husnul khatimah yang kita harapkan..insyaAllah
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
setiap urusan kita tidak akan dapat dilakukan tanpa pertolongan Allah. lantaran itu, kita perlu memohon agar dimudahkan urusan di dunia dan di akhirat kita
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
memang ada doa yang khusus dalam meminta pertolongan dari Allah agar dimudahkan segala urusan dunia dan akhirat
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
Kita juga perlu memohon pertolongan kepada Allah melalui doa agar dikurniakan dengan sifat mahmudah seperti syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
bulan Ramadhan ini adalah bulan yang terbaik untuk melatih diri menjadi hambaNya yang bersyukur, sabar, redha, dan ikhlas
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
sabar itu boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu sabar dalam mentaati perintah Allah dan sabar dalam menjauhi larangan Allah
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
walaupun apa pekerjaan yang kita lakukan, amanah adalah perkara utama
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
Sifat mazmumah adalah sifat yang paling susah untuk kita kawal. orang-orang sufi sentiasa bermujahadah untuk melemahkan sifat mazmumah seperti sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
apabila syaitan diikat, kita perlu ambil peluang untuk melatih diri menghindari sifat mazmumah
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
ujub ini memang mudah berlaku sebab ia tidak melibatkan orang lain. diri sendiri yang tahu
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
Ujub bermaksud bangga akan diri sendiri, merasa kagum terhadap diri sendiri kerana kelebihan atau sesuatu yang terdapat padanya
Semua sifat-sifat mazmumah ini bukan sahaja merosakkan diri sendiri, bahkan orang lain juga
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
Riak pula ialah tidak ikhlas menunaikan ibadat atau melakukan sesuatu dengan mengharapkan balasan yang setimpal.
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
suke ngan komen2 bro faizal..ni kalu compile boleh buat satu entri hehe
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
setiap rezeki yang Allah anugerahkan mungkin hanya pinjaman ,jadi kita perlu berdoa agar kita tidak lupa diri tatkala mendapat rezeki dari Allah swt
Curahan rasa faizal @ ..Ihya’ Ramadhan – Giveaway By Ummudd80
semua yang ada kt dunia ni hanya pinjaman drp Allah swt..
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
kita dituntut mencari rezeki selagi hidup namun, kita perlu berdoa agar rezeki yang kita dapat adalah rezeki yang halal dan mendekatkan diri kita kepada Allah
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
Kita juga perlu memohon di beri keampunan kepada mereka yang hidup dan yang mati kerana kita juga bakal menyusul nanti
Curahan rasa faizal @ ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
Comments are closed.