Dinar Iraq

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, teman-teman pernah dengar Dinar Iraq ke? Ketika Amerika menjajah Iraq perkara pertama yang dibuat adalah menghapuskan Dinar Iraq Sadam Hussin dan digantikan dengan Dinar Iraq berkeselamatan tinggi. Pecahan Dinar Iraq baru adalah 25k, 10k, 5k, 1k, 500, 250 dan 50. Nilai Dinar Iraq sebelum dijajah oleh Amerika ada USD1 = 3.23 Iraq Dinar. Nilai sekarang adalah USD1 = 1168 Iraq Dinar.

Tiga iPhone 5s untuk dimiliki

Mengikut pakar analisa matawang Dinar Iraq akan melonjak naik kepada nilai asal setelah sekatan ekonomi ditarik balik dan Dinar Iraq diapungkan di pasaran wang dunia. Fakta ini diperkukuhkan dengan simpanan Dinar Iraq di Amerika yang melebihi 1trillion dan di samping itu Israel juga mengalakkan rakyatnya menyimpan Dinar Iraq.

Note Dinar Iraq 25k

Angin bertiup kencang dalam pasaran matawang dunia bahawa Dinar Iraq akan diapungkan di pasaran matawang dalam masa terdekat. Berdasar pengalaman aku Dinar Iraq boleh diterima di Money Changer diseluruh Arab Saudi dan beberapa Money Changer di Batam, Indonesia. Di Arab Saudi  1juta Dinar Iraq = Riyal3450. Semalam aku dapat SMS dari seorang teman yang katanya sudah ada Money Changer di Kuala Lumpur juga sudah mula menerima Dinar Iraq.

Mengikut analisa yang aku baca Dinar Iraq akan dinilai semula  USD1 = 0.85 – 2.85 Iraq Dinar. Kalau betul berita ini pasti teman-teman yang sudah simpan Dinar Iraq lebih 4 tahun akan tersenyum lebar terutama aku lah. Tak sia-sia aku menunggu lebih dari 4 tahun menyimpan Dinar Iraq ni. Kalau USD1=0.85 Iraq Dinar pun aku dah syukur sangat.

Banyak lagi informasi Dinar Iraq di link  “Dinar Iraq Suatu Penipuan?”.


Spread the love

88 Comments

  1. Sekarang ni dinar kuwait yang paling..Dinar iraq ada potensi juga untuk naik…bila dah untung jag lupa bayar zakat..n laburkan sikit dalam emas n bantu la golongan yang susah. lagi murah rezeki

  2. ayoo.. cari punya cari dinar iraq tahun 2002 dulu , jumpa dinar iraq 10,000 2 keping..rezeki..

  3. di kl banyak tempat boleh beli dinar iraq. harga sekitar 3 – 4 ribu rm saja. ada yang anggap mungkin dinar iraq palsu. ini orang yang tidak belajar. apakah ada pihak yang mau palsukan dinar iraq yang murah itu. orang hanya palsukan wang yang bernilai tinggi.
    ada pula yang kata dinar iraq tipu. yang tipu adalah penjualnya, yang tidak tepat janji setelah menerima bayaran. jadi untuk elak tipu, jangan serah duit dulu. bila kita lihat penjual memang ada dinar irak, baru kita bayar. tidaklah kita tertipu! banyak orang cakap bodoh! mereka tidak tahu tentang dinar iraq. di luar negara ramai yang menyimpan dinar irak, bahkan di amerika hampir semua kotanya ada menjual dinar irak, bahkan di beberapa bank di sana ada jual dinar irak!
    janganlah karena tidak tahu tentang dinar iraq, kita kata tipu, jangan beli. akhirnya rakyat kita di malaysia yang rugi bila dinar irak naik, tapi tidak ramai orang malaysia yang memilikinya. di singapura sendiri ada agen yang jual dinar irak. jadi, kita di malaysia, mau ke mana? balik2 cakap macam orang bodoh!

  4. Aku tgok yang ni pun banyak muka kau Steward John..udah lah tu sekali komen cukup la..tengok gambar kau yang control maco tu pun macam pondan tua..apa-apa pun gua cakap yang benai.aku baca komen kau pun banyak yang kau cakap simpan..lebih baik aku rasa kau simpam je gambar kau yang tak lawa tu…

      1. Matawang iraq is real bro cuma kadang2 agen je yg tak real jadi untuk tidak tertipu kena beli dari agen yg betul. Aku dan tukar dinar iraq di di tempat yg berkelayakan dan dah dapat pun cash mengikut nilai semasa.

        1. Kat mana nk tukar?aku ada kirim ngan kawan kat dubai..kat bank ngan money changer tk terima…

  5. apa nama money changer di kuala lumpur dan di Batam yang boleh tukar dinar irak?..mohon info nya.

    1. Di batam boleh cuba money changer di mall lucky plaza n Nagoya hill. Di KL masih survey atau boleh kirimkan pd jemaah haji tukar di madinah n mekah

  6. Salam. Wah menarik.
    Tak tau pulak dinar iraq kat malaysia takde.

    Aku tgk cad je, tapi skg malaysia naik, so kalau aku tukar cad rugi lak. Kena tunggu masa yang sesuai, dulu 1 cad dalam 3.2 ringgit, skg 3 ringgit je.
    Curahan rasa Affan @ ..Kenapa scam adalah bahayaMy Profile

  7. Salam, lama aku tak singgah sini…
    Dah 4 tahun ko simpan.. memang kalau jadi kenyataan boleh ada contest lagi kot.. ha ha ha..

    Kalau aku cari skrg dinar iraq berbaloi tak?

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!