Dinar Iraq Suatu Penipuan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kewangan dan pelaburan memang tajuk kesukaan yang dah lama aku nak kongsikan tetapi belum sempat nak berkongsi rasa. Nak tersedak juga bila ada orang sebut-sebut nama aku dalam salah satu entri di blog Ariffshah “Kenapa Melabur Emas” suatu ketika dulu tentang matawang dinar iraq.

Slay : March 16, 2011 at 10:27 amSori bro off-topic sikit komen aku ni. Tapi sebab kau pun ada sentuh pasal nilai mata wang kertas kan dalam entri ni, jadi aku nak tanya sikit la. Apa pendapat kau tentang nilai mata wang dinar Iraq yang dijangka akan melambung tinggi dalam masa terdekat ni?

Ariffshahoh. yang tu aku tak tau sangatlah. Kena tanya orang yang simpan mata wang tu.. Tapi kalau ikutkan, bila ekonomi dia dah kukuh, memang nilai matawang tu akan naik. Cuma nak cari bank/money changer yang boleh terima tukaran wang tu je yang mungkin bermasalah sikit.

SlayThanks bro. Saja nak tau pendapat kau tentang hal ni. Aku dah banyak baca pasal potensi mata wang dinar Iraq ni, dan macam berminat untuk invest tapi bila fikir-fikir balik macam ‘too good to be true’. Tak silap aku denaihati ada simpan. Dan kalau aku tanya orang yang simpan, confirm diorang kata yang baik-baik je ye tak?

Matawang Dinar Iraq 25k

Aku dah simpan matawang dinar iraq sejak 2006. Sejak itu nilai Dinar Iraq berbanding USD telah meningkat walaupun tak banyak. Matawang dinar iraq boleh ditukar dimana-mana money changer di negara Arab tetapi tidak di negara lain kerana nilai matawang belum diapungkan lagi. Sebelum Iraq di serang US dan Sekutu, matawang dinar iraq adalah kedua tertinggi di Arab setelah Kuwait.

Jika mengambil contoh kes Kuwait nilai matawangnya meningkat setelah di revalue selepas perang tamat. Cuba teman-teman lihat berapa nilai USD untuk setiap1 Dinar Kuwait. Perkara yang sama akan berlaku kepada Iraq yang merupakan mengekspot minyak utama dunia. Sebulan dua ni memang heboh diperkatakan nilai matawang dinar iraq akan di revalue dan khabarnya dijangka akan meningkatkan 3 digit. Nak faham apa itu peningkatan 3 digit boleh ke Blog Dinar Iraq.

Memang tidak dinafikan ada juga penipuan dinar iraq bukan pada sistemnya tetapi pada sebahagian kecil penipu yang telah mencetak matawang palsu jadi teman-teman perlu ada kemahiran untuk mengenal matawang dinar iraq yang asli bukan palsu. Untuk mengetahui perkembangan terkini matawang dinar iraq teman-teman boleh ikut Group Kelab Jutawan Dinar atau dapatkan info di Jadi Jutawan Dinar Iraq.

Semua penyimpan matawang dinar iraq harap bersabar kalau 3-4 tahun boleh tunggu kenapa tidak 3-4 bulan lagi. Kalau revelue separuh dari nilai Dinar Kuwait pun dah syukur sangat… tak lari gunung dikejar but its really true to be true.


Spread the love

66 Comments

  1. Should i buy the iraq dinar?
    is this a scam or a chance to make money? i wouls like to see a chart on this .

    * 2 weeks ago

    Best Answer – Chosen by Voters
    Dinar investing is a long time scam.

    The usual sales pitch is that a revaluation will happen soon (been promised for at least 5 years) and will make you rich (also not true). Another sales pitch is that the Kuwaiti Dinar soared after the first Gulf War – easily verified as a lie. Lately the dinar thieves are claiming that Iraq joining the WTO (World Trade Organization) is the key to wealth – yet another lie.

    Here are three links from high quality independent sources; Utah Securities Division, NASDAQ, Better Business Bureau. All info is still accurate.

    If you already got scammed on dinar, here is the address to file a formal complaint.

    SEC Complaint Center, 100 F Street NE, Washington, D.C. 20549-0213
    Source(s):
    http://www.securities.utah.gov/press/top…
    http://www.nasdaq.com/newscontent/200904…
    http://www.bbb.org/us/article/bbb-warns-…

    * 2 weeks ago

    1. en zool,carilah kawan2 yg pandai dlm kewangan..kalau x pun dlm internet bnyak maklumat blh membantu…blm ada lgi wanita yg ingin tampil,tp sya berani ambil risiko..sya baru berusia 21 tahun tetapi sya berani…walaupn x bnyak ttpi sya ada..sya dptkan maklumat dri pelbagai cara….usaha tgga kjayaan..kalau tkt kne tipu blh cek wang di money changer…saya ada kenal supplier wang dinar ini tpi stok terhad…ni no tel sya..sms sya jika berminat…jangkaan dinar akan di apungkan semakin hampir……sama2 kita nntikan….yg telah memilikinya,Tahniah buat anda..anda mmg bijak…sma2lah kita berdoa..smoga allah mmberikan rezeki buat kita smua….

    1. Mudah je beli matawang dinar iraq dan simpan apabila matawang diapungkan di pasaran dunia kita jual balik. Insyallah nilai akan meningkat cuma tak pasti berapa nilai yg akan naik. Kalau sebelum perang setiap 1 dinar iraq = usd3.75 tapi lepas ni tak pasti lagi kalau dapat nilai yg sama memang syukur sangat.

    1. Macam2 cerita dan versi tapi bagi aku kalau dapat 1 dinar iraq = USD0.10 pun dah kira power. Kira je kalau ada 1juta dinar iraq berapa USD dapat tu.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!